Ahad, 30 Mei 2010

CUCI MATA

Bertemu kembali.N3 kali ni nak tunjukkan sebahagian koleksi abg Din dan kak Gee. Alaah tak kenal ke,blogger antik,non blogger atau silent reader area KL dan Selangor mesti kenalkan , mereka berdua ni berniaga di stadium Shah Alam pada hari ahad dan sabtu di MAHA, Serdang.Jom kita jamu mata tengok koleksi mereka. Mengikut kata kak Gee beliau telah mengumpulkan koleksi pinggan mangkuk ni semenjak 12 tahun yang lalu dan koleksi pelita dah 8 tahun.Jauh beza gan aku baru tahun lepas.Kih kih kih.Jangan gelak yek.
Wah banyaknye pelita kak Gee ni. Ade yang aku tak pernah nampak pun kat blog kawan kawan.Kat Lia cantiq atau Eija tokey pelita ade tak?



Tengok pelita yang bulat tu. Entah datang dari negeri mana aku pun tak tau.Aku paling suka gan aladin yang rose tu.Meminang berapa kali pun aku rasa kak Gee tak akan jual, betul tak kak Gee.Terfikir lak aku bilalah aku nak kumpul pelita pelita banyak camni.Koleksi pelita aku boleh dikira gan jari sepuluh, itupun si Eija yang supplykan.






Tengok tu koleksi tureen abg Din dan kak Gee.Ade kelaccc tak?Macam macam ada kan.Teko kotak tak terkecuali. Aku takde langsung teko kotak.Hati yang berkotak kotak nak membeli adalah tapi maklumlah nama pun surirumah tak bekerja mana mampu nak beli. Nak nangis taw.







Amboi mak datukk, tengok tu berduyun duyun teko pelbagai bunga hinggap dekat lemari antik abg Din dan kak Gee ni.Macam tula memang sesuai citarasa dan hobi sehati sejiwa pasangan otai antik ni.Tahniah yea warisan nenek ke atau warisan zaman berzaman ke memang patut di simpan untuk anak cucu nanti menatap teko teko dan pinggan lama ni.



Ha ha ha ni gambar yang aku paling suka sekali bunga kangkung."Amboi manyak betoi la " koleksi kak Gee ni.Tengok tu semua ade.Kepada geng geng antik area KL jangan serbu lak rumah kak Gee ni nak beli sugar bowl dan creamer tuu sebab yang tu aku dah cop dulu.Jangan mare ye abg Din, kak Gee gurau je.


Diharapkan paparan kali ini boleh mencuci mata kekawan ye.Selamat berhari minggu.




Jumaat, 28 Mei 2010

Release Tension Part 2



Salam semua. Bertemu kembali. Nak sambung cerita cuti kat Bali haritu. Kelihatan restoren di atas sememangnya menyediakan makanan minang iaitu nasi padang yang paling classe" gituu. Cubalah tengok tempat yang saya posing tu "surrounding"nye memang cantik . Mengikut kata ketua rombongan makanan nasi padang kat sini bertarap lima bintang. Entahlah yang penting janji cuti cuti kat Bali ni saya dan suami dapat makan dan ianya adalah halal. Memandangkan penduduk di sini adalah beragama hindu makanya memang susah nak cari makanan halal kat sini biasanya para pengunjung memang "prefer' makan nasi padang aje.


Antara kenangan yang saya tak boleh lupa dekat restoren minang ni ialah nasi padang dan lauk pauknya di sajikan dalam pinggan lama (saya rase laa) berbunga bunga ros hitam lai tapi bukan spesis macam Malaysia nye, kot versi Indon agaknye tapi saya sempat lai membelek belek memang made in Indon. Itulah yang di katakan pengumpul tegar pinggan mangkuk masih ada masa lagi nak curi curi pandang. Nasib baik suami tak cakap ape ape pun. Kih kih kih.









Gambar ini pula di ambil di Pantai Jimbaran selepas menikmati matahari terbenam dan selepas makan malam. Kelihatan pasangan ini di hiburkan oleh para pemuzik yang menyanyi sambil memetik gitar. Nyanyiannya ala ala hawai jee.







Ini ialah tarian "kecak kecak". Tengok tu penarinye berkecak kecak dengan lirikan mata yang memukau ,melentikkan badan dan tangan persis penari profesional dan saya amat terhibur melihat gaya persembahan tarian tradisional Bali ni.




Yang ini pula tarian dipertontonkan sebelum tarian "kecak kecak" bermula. Saya rasa tarian "warming up" dulu kot yela perut dah penuh dengan makanan laut ketam, udang, ikan bakar jadi kenalah tengok tarian yang lemah gemalai dulu barulah makanan boleh turun ke perut dengan senang. Lihat di awan sana masih jelas sedikit demi sedikit matahari dah mula nak terbenam.






Gambar yang ini pula di ambil di Uluwatu iaitu salah satu tempat yang pasti dikunjungi kalau dah sampai ke Bali ni. Sebelum dapat menikmati pemandangan indah dari atas bukit ni kenalah naik tangga lenguh jugak kaki di buatnya. Sebelum itu setiap pengunjung yang ingin naik ke atas di mestikan memakai kain seakan akan tali pinggang yang perlu di lilit di pinggang sebagai adat menghormati salah satu tempat suci orang orang Bali di sini.


Apa yang menakutkan di sini adalah terdapatnya banyak monyet monyet liar di sepanjang laluan tangga untuk naik ke atas bukit ini. Mereka akan mengambil ape saja kamera, tudung, beg tangan, klip rambut atau benda benda yang menarik perhatian si monyet ni. Saya memang cuak dan takut betul kat monyet monyet ni. Banyak betul, mengikut ketua rombongan pengunjung tidak dibenarkan memarahi atau memaki hamun monyet ni kerana mereka telah berkurun lama tinggal di sini.



Tiada pagar atau pengadang tembok di tepi bukit bukit ni, jadi kalau nak mengambil gambar memang kena berhati hati. Cantikkan pemandangan di atas sesekali cuci mata apa salahnya. Ok lah untuk minggu ni ya, jumpa di minggu depan.





Rabu, 26 Mei 2010

Release Tension




Bertemu kembali sahabat sekelian. Memandangkan minggu ini dan minggu hadapan anak anak sibuk dengan peperiksaan dan sedikit sebanyak kita sebagai ibu pun stress dan tension juga menguruskan mereka maka n3 kali ini saya nak berkongsi dengan sahabat semua tentang percutian saya ke Bali pada tahun lepas. Jom layan cuci mata tengok gambar pantai tuu,,,,


Ha nilah dia yang dikatakan Pantai Kuta dekat Bali ni. Ia sangat popular semenjak tahun 1970 kerana kebanyakan pelancong asing yang datang menjadikan pantai ini tempat bermain sukan air. Semenjak tu banyaklah hotel, restoran dan bar dibina Hard Rock Cafe pun ade tak jauh dari pantai ni. Ape lai maka jadilah pantai ini salah satu tempat peranginan yang terkenal di dunia.Tengok tu pasirnya sungguh putih dan bersih.






Yang ini pula adalah Pantai Jimbaran. Ianya terletak di selatan Pantai Kuta.Biasanya pengunjung yang datang ke sini sudah pasti ingin menikmati makan malam di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Nak tau tak meja makannya betul betul menghadap ke laut.Oh memang best betul time ni santai je ngan husband berdua dan takde gangguan. Makanan lautnye pun di masak gan enak sekali di tambah pula gan sambal balinye yang tidak pedas dan rasanya manis. Nasi putihnya lembut dan terasa macam beras pulut pulak. Sambil makan sambil menonton tarian tradisional Bali. Sungguh mengasyikkan sekali.





Gambar yang ini pula di ambil dari pandangan sisi kuil di Tanah Lot.






Inilah dia pemandangan yang sungguh menakjubkan manusia. Terdapatnya kuil yang berdiri sungguh megah di atas batu yang di bina di pinggir laut dan menghadap lautan Hindi.Pada keseluruhannya pinggir laut di kelilinggi oleh kuil kuil yang telah di bina semenjak abad yang ke 15 lagi.



Ok ,, dah tengok gambar pantai,, jom kita tengok gambar pemandangan kat airport pulak,,,









Ina adalah papan tanda selamat datang ke Bali di lapangan terbang Ngurah Rai. Lapangan terbang ini sangat unik sebab ianya di bina di atas laut yang telah di tambak. Semasa pesawat hendak mendarat kelihatan lautnya yang biru dan berkilau kilau memancar seperti kristal. Siap ada simbolik pintu gerbang ukiran Bali lagi     di tepi sisi pintu kaca besar selepas turun dari kapal terbang.


Oklah,, nanti kita sambung cerita lagi. Bye bye.



















Selasa, 25 Mei 2010

Alahai Si Kangkung






Alamak sikecik dah bangun dari tido,,lak terus pergi kat meja nak tarik teko, makanya tak jadilak saya nak ambik gambar teko kangkung yang lain lain .Tengok tu sempat posing lagi dan tangan dia perlahan lahan nak tarik alas meja tu.








Ni gambar pinggan kuih kangkung.Besar dalam 15 cm.










Yang ni pinggan kuih jenis besar sikit dalam 17 cm dan 21 cm.








Yang ni pulak pinggan makan jenis kecil untuk budak budak bolehla kot. Untuk orang tua macam saya rasanya tak cukup lauk nak isi. Perhatikan coraknya ade dedalu pink dan pinggan lagi satu berdedalu hijau. Semestinya saya memang minat dengan spesis yang berdedalu hijau ni. Memang mengancam kalbu, setuju tak sahabat semua.








Ok lah yang ini pula pinggan makan yang saya memang suka bunganya memang terang sampai tak jadilak nak isi lauk pauk sampai penuh nanti tertutup pulak bunganya. Itulah kenangan semasa saya jadi kanak kanak dulu bila tiba time kenduri je kalau ade empat biji pinggan tuan rumah letak dekat sebelah dulang tu saya mesti akan ambik pinggan kangkung ni walaupun mase tu ade bunga hitam ke, pink ke dan lain lain lagi.



Alhamdulillah akhirnya dapat jugak saya kumpul sedikit sebanyak koleksi si bunga kangkung yang telah lama menjadi pujaan hati saya ini semenjak zaman kanak kanak lagi. Walaupun nenek saya memang tiada dalam simpanan beliau jenis pinggan berbunga kangkung ini tetapi Mak Long saya ada menyimpannya. Tulah yang dikatakan rezeki. Saya pun tak lokek duit nak membeli kalau terjumpa yang berkenan di hati untuk melengkapkan set bunga kangkung ini. Daa.



Sabtu, 22 Mei 2010

Bekas Telur dan Acuan Si Kangkung



Bertemu kembali. Cantik tak bekas telur si bunga kangkung ni. Bertuah badan kepada sesiapa para jemputan kahwin yang dapat "souvenier" ni. Emak kata zaman dulu, orang kaya kaya je yang boleh bagi buah tangan cam ni tau. Bukannya apa dulu nilai wang zaman 70 an besar maknanya bagi orang kampung yang kurang berkemampuan tapi bagi orang bandar atau pekan saya tak tau ekk. Bekas telur ni saya rembat dekat rumah emak di kampung.




Gambar yang lagi satu nii saja saya nak menunjukkan acuan kuih lompang si bunga kangkung ni. Kelass kan cik Jah, orang dulu dulu mengalahkan saya, hi hi hi saya cuma ada acuan lompang plastik je. Teko tu saja saya letakkan di tengah tengah bukanya apa sebiji macam cawan untuk minum teh cina tetapi rupa rupanya dah tersalah beli lak si kangkung lompang ni. Bye jumpa di lain n3.



Pinggan Bunga Kangkung
















Kali ni saya nak tunjuk pula berjenis spesis pinggan bunga kangkung yang saya ada. Ada bentuk sampan, oval kecil ,oval besar, yang berliku liku, bulat dan juga oval plate yang warna oren jingga tu. Saya tak pernah tengok lagi dekat blog sahabat semua ada n3 berkenaan bunga kangkung yang berwarna jingga oren ni. Kalau tak silap kak Ida Bakery pernah buat n3 pasal tempat rokok jenis jingga ni. Maaf ye kalau tersilap.






Bila dah mengumpul berbagai jenis pinggan kangkung ni barula mata ada terbuka sikit, kih3 tentang dedalunya ada warna pink, warna hijau, bunga terang, bunga tak terang dan yang lain lain lagi. Kalau dulu bila nampak je terus rembat dan beli tapi sekarang takde pasal lah. Saya akan pastikan bunganya mestilah besar dan terang. Bukan ape kekadang tu kepuasan kita bila tengok bunga terutama yang terang tu menyebabkan mata tak puas memandang "cantik sungguh si bunga kangkung tu". Betul tak sahabat di alam maya sekelian ,setuju tak? Daa









Jumaat, 21 Mei 2010

Cawan Si Bunga Kangkung



















Bertemu kembali kawan kawan semua. Jom kita lihat pelbagai bentuk cawan cawan bunga kangkung yang saya ada. Ada yang tinggi, yang berbiku, bermulut lebar, yang bergarisan berombak ombak dan sebagainya. Tak taulah den yang mana satu pilihan kalbu. Pwett, cewah perasan tak cawan kopitiam tu saya ada dua jenis je iaitu jenis tinggi dan rendah. Si tureen tu saja interframe untuk memenuhi ruang.



Mengumpul cawan cawan ni sememangnya bagus tapi kalau kita beli setiap jenis ada enam biji cuba kita bayangkan betapa penuhnya rumah dengan pelbagai spesis bunga sampai takde tempat nak parking, alamaknya tidur dalam kotak je lah. Hih hih hih itu yang selalu anak saya perli."Papa kat bilik bacaan dah penuh gan kotak barang mama".Oklah jumpa di lain n3 ye.





Khamis, 20 Mei 2010

Teko Si Bunga Kangkung




Gambar yang ini pula saya rasa pasti semua sahabat sekelian ada tekonya cuma ditengah-tengah tu je mangkuk sup yang susah didapati seperti kata penjualnya Abg Din dan kak Gee. Kalau ade sesiapa yang berminat ingin membeli barang daripada mereka bolehlah pergi ke MAHA,Serdang. Promote ni ye boleh dapat diskaun ni hih,hih. Gambar yang ada arissa jadi model tu kawan kawan perasan tak teko di tengah tu yang tuu memang unik sebab penutupnya ade munge lagi. Jangan jealous ye.





Nak tau tak dua barang yang bukan teko tu khas diterbangkan dari Senawang dan Terengganu sugar bowl dari cik Tasha dan tempat habuk rokok dari Chah teratak puteri, tapi creamer tak ada lagi jadi kalau sesiapa ade extra yang nak jual, roger roger saya ye.








Selamat mencuci mata ya kawan kawan semua. Melihat si bunga kangkung ni memang tak jemu mata memandang. Bye. Jumpa di lain n3.



Isnin, 17 Mei 2010

GA Kak Saidah


Salam maappp cpz aina ketinggalan ketapi nak join GA Kak Saidah nih. Memandangkan tarikh GA nih still ader lagi so pe salah aina cuba nasib tk gitu?ekekeke.Aina copy dari blog tokeypelita.

Syarat-syarat peraduan adalah seperti berikut:


1- Tarikh peraduan bermula hari ini hingga 30hb May, 2010


2 -Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadi Follower . Kepada yg belum jadi follower kenalah jadi follower Kak Saidah dahulu.


3- Linkkan blog Kak Saidah kepada blog masing-masing dan buat sedikit N3 berkenaan dgn blog saya ini. (done)


4- Memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) 4-Nama pemenang akan diumumkan pada minggu pertama bulan June. (done)


5 -1 Hadiah khas (misteri) akan diberikan kepada referral yg paling banyak disebut oleh pemberi komen. ( contoh kalau A tengok N3 giveaway ini dari blog B, sila mention nama B dalam komen mereka so that B akan dapat hadiah misteri)


6- Penghantaran hadiah adalah dari minggu kedua June hingga ke 30 June. Pemenang akan dihubungi jika terdapat sebarang kelewatan dalam penghantaran hadiah.Apa tunggu lagi, jomlah join GA ni....

Sabtu, 15 Mei 2010

Pinggan Warisan Nenek
















Mengikut kata nenek pinggan pinggan seperti gambar seperti diatas dibeli oleh beliau dalam tahun 50 an. Tapi sayang seribu kali sayang teko dan cawannya sudah pecah kerana selalu digunakan buat basahan. 

Hingga jumpa lagi.

Salam Perkenalan





Selamat berkenalan kepada semua sahabat di alam maya yang mempunyai hobi suka mengumpul barangan lama . Saya cukup teruja apabila melihat blog-blog anda semua yang dipenuhi dengan pelbagai corak bunga di pinggan, himpunan teko teko , mangkuk, tin lama dan sebagainya yang mengimbau kembali nostalgia lama saya semasa zaman kanak-kanak dahulu bersama datuk dan nenek.


Bermula dengan hanya membaca secara suka suka dan melihat gambar di blog rakan-rakan maya sekelian maka sedikit sebanyak telah menyuntik perasaan saya untuk bersama sama menyertai rakan maya semua untuk ber "blog" dan juga menimbulkan minat saya dalam mengumpul sedikit sebanyak apa jua barangan lama sebagai peninggalan warisan nenek moyang kita untuk tatapan anak cucu di masa hadapan.


Di harap kita semua dapatlah bertukar tukar idea dan fikiran serta bersama sama mempamirkan koleksi masing masing yang sudah semestinya sarat dengan pelbagai himpunan pinggan pinggan ,teko, mangkuk, pelita dan apa saja barangan lama. 


Salam perkenalan dari saya kepada semua sahabat maya di sana tidak kira di mana saja anda berada.