Selasa, 28 September 2010

Koleksi Abang Ngah

Hello kawan kawan semua, terasa lama diri ini tak bersiaran langsung di blog. Banyak ke pergi open house, beraya sakan ye tahun nii, mesti ada yang dah naik 2 atau 3kg ni. Hi hi bolehla puasa 6 lepas ni. Bulan shawal masih ada lagi seminggu lebih dan boleh diet balik. Harini saya nak story dan share gambar di rumah abang ngah saya di kampung. Abang ngah saya ni seorang guru, beliau mula stat kumpul barang barang lama ni semenjak dari sekolah menengah lagi bermula ngan mengumpul duit syiling lama.






Sebelum saya terjebak dalam mengumpul pinggan mangkuk lama nii, bila saya pergi ke rumah abang ngah saya toleh sebelah mata je tapi sekarang saya terenung renung harta karun beliau. Ha ha ha apalagi bila tengok barang tembaga yang berkilat kilat tuu. Abang saya ni hobi dia memang pelik sikit dan suka kumpul batu batu, tak kisahlah batu cincin dari pelbagai warna dan spesis atau diaorang panggil "batu akek". Kereta mini yang antik tuu pun dulu abang saya ada pelbagai warna tapi sekarang dia dah jual sebab takde tempat parking. Hi hi hi , jangan marah ye abang ngah.



Jom tengok koleksi yang antik nii, zasss












Ini macam teko lama jee, saya pun tak pernah tengok agaknya kat amcorp ada kot














Tengok tuu, pelbagai barang ada kat dalam lemari nii


















Bagi saya ni, nama pun orang perempuan mesti suka kumpul pinggan, mangkuk, cawan, dulang tetapi bagi orang lelaki mesti suka kumpul barang barang sebegini kan, setuju tak.












Tuu diaa, cincin pelbagai saiz dan warna yang tuu baru koleksi sebahagian je. Ada banyak lagi dalam lemari tu. Hi hi, boleh ke pakai cincin yang besar besar nii masa mengajar abang ngah, dah tentu anak murid kecut nama pun guru disiplin.










Koleksi duit syiling lama










Pelbagai spesis kayu atau rotan pun ada nasib baik mak ngah tak pening bila tengok




























Wah lihat tu, sebahagian koleksi tembaga memang cunn dan bersinar sinar. Abang ngah kata kalau orang sekampung atau kawan kawan beraya ke rumah beliau mesti suka toleh kat dalam almari dan terus interview tentang barang barang lama nii.




Ok lah tu je untuk kali nii semoga gembira membaca catatan ini ye. Bye bye.




















































Sabtu, 25 September 2010

Happy Birthday To Me



Salam rindu kepada kawan kawan maya semua. Hari ini adalah hari jadi saya yang ke 38 tahun. Alamak lagi 2 tahun nak menjejaki usia 40an. Hi hi hi.
Saya berdoa semoga saya dapat menjadi seorang isteri dan juga ibu yang terbaik untuk suami dan anak anak saya, mempunyai kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan berguna kepada bangsa dan negara, sentiasa bermotivasi tinggi dalam apa juga pekerjaan yang saya lakukan.
Semoga saya dikurniakan allah s.w.t kesihatan yang baik, di murahkan rezeki dan juga sentiasa bahagia di samping keluarga yang tersayang. Amin ya rabbal alamin.

Khamis, 23 September 2010

Lagi Cerita Raya 2010



Hai rakan semua, kita bertemu kembali di arena blogg nii, apa khabar semua kekawan kat luar sana. Masih teringat suasana beraya kat kampung lagi ke? Dah nak dua minggu kita beraya dah tentunya anak anak saudara saya yang baru lepas mengambil UPSR tentulah lega dan boleh sambung beraya semula, begitu jugalah dengan ibu bapa diaorang mesti lepas ni tenang sikit kepala tuu bila makan biskut raya. Hi hi hi. Jomlah tengok gambar gambar raya nii sambungan daripada n3 semalam.




Tengoklah tuu masih terbayang bayang lagi lauk hidangan pagi raya bila tengok gambar nii. Bagi yang ada anak kecil macam saya tak bolehlah nak makan sepuas puasnya , kena tunggu anak tidur atau ada orang nak tengok tengokkan. Yelah bila balik kampung apalagi operasi memanjat dan turun tangga bagi anak anak kecik nii. Farhan pulak pandai panjat tangga tapi turun tak berapa pass makanya saya dengan senang hati duduklah di tepi tangga tuu dengan setianya. Kwang kwang kwang.










Tengok tuu, tapai pulut yang dibuat daripada ragi dan air pucuk manis, emak dan kakak saya yang buat. Kat kampung saya majoriti masyarakat banjar memang famous gan tapai nii terutamanya masa raya. Memang sedap taww jangan pulak kawan kawan telan air liur ye.








Laa, budak budak nii memang dah get ready nak p rumah Onyang. Orang tua je yang letih belum bersiap siap lagii. Hi hi. Biasanya keluarga saya bertolak ke rumah nenek saya di Sri Gading selepas solat maghrib atau selepas asar tetapi tahun ni rombongan beraya lewat sikit habisnya sebab rehat sekejap, time sembahyang jumaat dan cuaca pun hujan jadinya jam lima petang baru selesai. Tabik hormat kat bapa saya dan orang orang veteran yang masih lagi setia menjunjung adat berombongan raya nii.





Kelihatan sebahagian pakcik dan cucu cucu nenek di ruang tamu hadapan. Amir dan Danish pun join sekali. Tradisi beraya ke rumah nenek nii memang menjadi agenda wajib ibu dan bapa saya semenjak dahulu lagi. Saya masih ingat lagi ketika saya kecil kami menaiki kereta ke rumah nenek saya yang di pandu oleh bapa pada petang raya pertama sehinggalah saya berkeluarga nii, tradisi berkunjung ke rumah nenek tetap di teruskan dengan berkonvoi bersama adik beradik yang lain.



Memandangkan bapa saya dah berumur 75 tahun jadi giliran kami adik beradik pula membawa bapa dan emak. Bila terkenangkan balik terasa begitu indah memori silam beraya bersama arwah atuk yang telah tiada yang riuh rendah menyambut anak cucu pulang beraya ke rumahnya.Kini tinggal nenek sebelah emak saya berserta pakcik bungsu dan keluarganya yang tinggal menemani nenek di sini.




Amboii tengok tuu, hubby saya macam nak tidur je kat buai tuu. Letih laa tuu sepetang beraya di kampung. Tengok tuu bapa saya, steady lagi berborak dengan pakcik dan abang emak saya yang berbaju merah tuu.



Lihat tuu penuh sesak ngan cucu dan cicit nenek saya. Ada seramai 37 orang cucu yang berkumpul menjengok nenek malam tuu dan cicit nenek yang kesemuanya ada 27 orang juga berkumpul di rumah nenek untuk merayakan syawal pada tahun ini manakala piutt nenek ada seorang jeek yang berusia enam bulan. Kesemua anak nenek saya yang seramai 11 orang juga bersama pasangan masing masing tetap setia menziarahi nenek untuk beraya bersamanya walau di mana saja mereka berada. Ada lapan orang cucu nenek dan keluarga mereka yang tidak dapat beraya bersama nenek pada tahun ini kerana berhari raya dengan mertua masing masing.






Tuu dia sebahagian cucu cicit nenek.







Nenek saya yang telah pun berusia 90 tahun bergambar bersama anak anak perempuannya kecuali seorang cucu sulong beliau yang bertudung coklat. Tidak seperti tahun tahun yang lepas, raya tahun ini nenek cuma berehat di katil kerana keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu sihat beberapa bulan ini. Dua minggu sebelum raya nenek telah di hantar pulang ke rumahnya di atas permintaan nenek sendiri ingin berpuasa dan berhari raya di rumah beliau. Setiap bulan nenek tinggal di rumah anak anak nenek yang berlainan kerana ingin berjalan jalan menikmati percutian bersama anak anak yang lain. Biasalah kan tukar tukar angin.





Ini adalah pemandangan biasa di dapur nenek bila raya, penuh dengan bermacam macam lauk pauk yang di bawa oleh anak anak nenek. Macam macam ada, tengok tu si Farhan pun sibuk gak bila tengok makanan banyak banyak tuu.



 Kelihatan emak saya juga tengah melihat lihat lauk pauk tuu bersama makcik saya yang bertudung hitam tu. Kalau dulu memang atuk dah menyediakan meja panjang untuk hidangan hari raya tapi meja itu terpaksa diubahkan kerana sebahagian ruang dapur telah di buat ruang menonton TV. Memang penuh sesak kat sini jadi saya tak boleh nak ambik gambar apalagi bila mendukung si kecikk nii. Dia pun rimas agaknya emaknya asyik snap gambar aje. Ha ha ha.





Gambar Amir dan Arissa dengan sepupu mereka iaitu anak adik saya yang duduk di Penang di pagi raya ke 2. Awal awal lagi budak budak nii dah bangun.













Tengok tuu, husband saya sibuk melayan saudara mara yang datang bertandang. Macam biasalah orang perempuan tengah bersilat di dapur menyediakan makanan tengahari. Kalau dekat rumah ibubapa saya di kampung memang pada minggu pertama raya tuu, emak akan menyediakan makanan yang di masak khas untuk saudara mara dan juga adik beradik emak dan bapa yang datang beraya. Nampak tak roti jala yang kat dalam dulang tuu, sedapp tuu dan di makan ngan kari daging dan rendang. Memang terancam.









Gambar di atas kedatangan emak mertua saya bersama adik beradik suami saya di rumah bapa saya. Apalagi bertambah seronoklah anak anak saya bermain dengan sepupu sepupu mereka. Kampung saya tak berapa jauh daripada kampung suami kira kira setengah jam perjalanan dah sampai. Hi hi.



Alamak bermain mengutip batu ke?





Kesian pulak ngan anak saya dan sepupu mereka, lama menunggu mengajak kami beraya dari pagi sampailah ke malam lepas maghrib barulah free nak berjalan beraya. Biasalah hari raya memang banyak agenda tersendiri terutamanya adik beradik saya yang lelaki dan juga husband saya ada banyak tempat yang diaorang nak lepak bersama sama.









Oklah kami dah nak bersiap sedia nak beraya nii. Hi hi tengok tuu muka anak anak dah masam semacam. Esok kita jumpa di lain n3 yee. Bye bye.








Suasana meriah raya di rumah kampung.
































































Rabu, 22 September 2010

Cerita Raya 2010





Salam lebaran kepada rakan rakan maya semua. Apa khabar, syok tak raya kat kampung mesti bestkan jumpa semua kaum keluarga dan saudara mara yang dah lama tak bertemu. Jom layan je lah gambar raya keluarga saya di kampung di daerah Batu Pahat, Johor. Edisi pagi shawal adalah agenda bersalam salaman dimulai dengan kesemua cucu cucu bersalam dengan datuk dan nenek. Tengok tuu kesemua cucu sibuk ambik barisan nak bersalam gan atuk nak dapat duit raya la tuu.




Si Farhan nii pun bangun tidur je terus bersalam gan atuk. Hi hi hi tak tukar baju raya lagi, apalah mama nii tak nak kejutkan saya awal awal.





Gambar bapa dengan abang dan adik saya iaitu Pak Long, Pak Ngah dan Pak usu sebelum ke masjid untuk bersembahyang raya. Pada tahun nii kat Batu Pahat majoriti kesemua kawasan hujan lebat di pagi raya. Sungguhpun begitu anak saya dan sepupu mereka bersemangat betul nak pergi menunaikan sembahyang raya walaupun hujan dan mereka turut serta dalam rombongan raya ke rumah rumah di kampung selepas selesai bersembahyang raya. Wah memang hebat semangat beraya nii.






Kelihatan kanak kanak turut serta dalam rombongan beraya. Mereka inilah pelapis warisan bangsa untuk mengantikan generasi lama nanti. Diharap tradisi rombongan beraya di kampung saya ini kekal sampai bila bila. Memang meriah dan susah nak jumpa sekarang kan edisi beraya selepas sembahyang aidilfitri ini. Hampir kesemua rumah menyajikan dengan makanan yang enak enak terutamanya ketupat, rendang, soto, laksa dan bermacam macam lagi. Walaupun penat dan kenyang perut, beraya tetap raya.










Tengok tuu Farhan pun ikut marhaban jugak. Mesti dia heran kan kenapalah orang ramai ramai nii dan ada kuih dan air sirap kat atas meja. Baik pulak Farhan nii dia tak tarik tarik alas meja dan bekas biskut raya tuu. Nanti bising pulak makda. Hi hi hi.







Oklah ye kawan kawan semua, esok kita sambung cerita ceriti. Kesian pulak kat blog yang dah lama saya tak meng entry nii dah nak dekat dua minggu kita beraya cepat je masa berlalu kan. Bye bye. See u all tomorrow.

































Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger dan silent readers yang dikasihi sekalian. Bertemu kembali di entry terbaru saya dalam suasana petang raya. Sibuk ke, kawan kawan semua merebus ketupat, memasak rendang dan menyediakan pelbagai juadah lebaran untuk di sajikan berbuka puasa nanti dan esok hari. Wah tentu meriahkan. Pada tahun ini kesemua adik beradik saya berkumpul dirumah bapa saya di kampung. Tatkala ini saya sedang menolong ibu saya menyediakan pelbagai juadah hari raya nii .Riuh rendah di dapur dengan suara anak anak dan sepupu mereka sedang bermain main di halaman rumah. Sambil menyelam,minum air. Sambil tolong memasak,buat new entry.




Saya, suami dan anak-anak serta seluruh ahli keluarga "Warisan Nenek" ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kami semua menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan kepada semua blogger, followers dan silent readers andai kata ada tersalah dan tersilap disepanjang kita berblogging di alam maya ini. Semoga hari raya pada tahun ini dapat kita raikan dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran.













P.S.:Kepada semua followers dan teman teman maya kalau sudi janganlah lupa untuk mengambil kedua-dua kad raya saya ini.Terima kasih.

Isnin, 6 September 2010

Cuci Mata Lagi

Salam 27 ramadhan. Apa khabar semua wah nampaknya dah tak sabar sabar nak raya ekk. Jomlah cuci mata dengan koleksi kak Gee dan abg Din ni. Teko dan cawan teapot susu manis tuu baru saya perasan ada keluar kat iklan tv semalam. Kata kak Gee, dia dapat kumpul set teapot ni dah bertahun lama dan di beli dari rakan beliau yang sama sama berniaga di stadium Shah Alam. Cantikkan warna biru tu.
Lambang tea pot susu manis dari depan
Ni cawan bunga kangkung yang paling rare dan jarang didapati. Cuba tengok atas bunganya yang bergaris garis tu.
Teko kangkung yang saya tak pernah nampak tapi kak Gee ada kumpul. Biasalah peniaga barang barang antik mesti dapat dulukan.

Bekas kuih raya kak Gee pada tahun ni. Mengancam tak? Hingga jumpa lagi. Bye bye.














Ahad, 5 September 2010

Berbuka Puasa Di Felda Villa Restaurant

Salam semua rakan rakan sekelian, sibuk ke? Dah sampai kampung ke nak raya nii. Hi hi hi saja nak cerita semalam bawa anak anak berbuka puasa di luar, saja nak cuci mata melihat aneka juadah pelbagai makanan terutamanya di restoren atau di hotel. Ini kejutan daripada encik suami. Walaupun kepenatan balik tuisyen budak budak ni pun excited sangat nak berbuka di luar. Banyak sangat pilihan makanan sampai tak tau nak pilih yang mana. Macam macam ada sampaikan ubi kayu cecah ngan sambal tumis dan keledek rebus pun ada. Apalagi hentam sajalah.


Pemandangan yang sangat cantik, penuhh tul ikan cap dalam kolam nii. Air terjunnya berterusan berbunyi memang menarik minat khususnya budak budak kecik. Letih saya melayan si kecikk nii. Suka sangat nak berlari lari tengok ikan.



Ikan bakar, kambing bakar, sate, aneka pasta semua ada.




Wah dah kenyang laa tuu. Boleh posing lagi.




Si kecik ni pun sama, enjoy betul dia makan kek cokelat tuu. Nak suap sendiri lagi.
Ok lah kawan kawan jumpa lagi ya. Bye.