Jumaat, 26 November 2010

Jualan Hujung Tahun Part 2








Teko medium BK berpenutup berbunga, rm 60







Creamer buluh emas, ada sedikit crak di bawah mulut gold line, dari hadapan tak nampak langsung sesuai kepada mereka yang dah ada koleksi ini jika tiada creamernya, rm 50






Kepada yang berminat sila hubungi saya.

Khamis, 25 November 2010

Jualan Hujung Tahun Part 1

Teko kekwa kuning, condition ok, termasuk pos 80 rm.
SOLD






Teko kekwa hitam, memang cantik dan terang, termasuk pos rm 80.

SOLD






Teko bunga oren, tip top, rm 80 termasuk pos.

SOLD





Teko bunga ros warna hitam lembut, bunga agak pudar sikit tetapi nampak lagi antik, rm 80

SOLD






Teko kangkung rm 80

SOLD

dan teko sakura rama2 rm 50

SOLD




Ahad, 21 November 2010

Selamat Hari Jadi, Amir




Bertemu kembali rakan rakan maya semua, didoakan agar anda sihat sejahtera. Bagaimana dengan sambutan hari raya haji beberapa hari lepas, seronok ke kepada teman teman yang pulang ke kampung tuu? Ada terjumpa dengan khazanah barang antik ke di kampung kampung atau tersinggah ke kedai antik semasa perjalanan balik atau pulang ke kampung? Hi hi hi, semuanya godaan kan taklama lagi anak anak dah naik sekolah, ada yang baru nak masuk sekolah atau memasuki asrama, kesemuanya perlukan duit. Ingat tu rakan rakan semua, saya pun mengingatkan diri saya juga supaya memandang sebelah mata je apabila pergi ke kedai antik atau flea market, cuma mencari sugar bowl dan creamer saja untuk menambahkan koleksi yang sedia ada tetapi saya rasa dua barang tu harganya sama dengan sebiji teko aladin. Apapun tepuk dada tanya selera, kalau mampu kita beli jika sebaliknya berlalu pergi sajalah.



Semalam 20 november, genaplah anak sulung saya berusia 10 tahun. Tiada sambutan hari jadi cukuplah dengan hanya memotong kek sahaja. Kali ini saya memberi kebebasan kepada Amir untuk memilih birthday kek yang di sukainya di Secret Recepi. Selalunya memang saya akan pilihkan tapi kali ini memandangkan anak saya pun dah besar , biarlah Amir memilih sendiri asalkan tidak mencecah ke rm 100 sudahlah.


Kepada anakku Amir Akhtar, mama dan papa sentiasa berdoa semoga Amir menjadi anak yang soleh, sentiasa berusaha untuk memajukan diri dalam pelajaran samada ilmu dunia dan agama dan berjaya menjadi insan yang cemerlang.



Rabu, 17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha




Salam 1 Malaysia, semoga rakan rakan maya semua sentiasa sihat di samping keluarga pada hari raya haji yang mulia ini. Saya bersiaran dari kampung saya di Batu Pahat, Johor. Memandangkan hari ini hari raya haji, jadi n3 harini saya nak tunjukkan antara koleksi bekas kuih lama yang saya ada. Set bekas kuih ini di namakan set air mata. Pada mulanya saya tertanya tanya jugak kenapalah di namakan set air mata, intai punya intai rupanya di dalam mangkuk kuih nii, ade lambang lekuk mata bersekali dengan bulu mata, hebat tak orang orang dulu kan, very simbolik sekali. Teori saya senang je mungkin yang berlekuk lekuk kat sekeliling bekas kuih ini atau apa saja set yang seangkatan dengannye seumpama air mata yang menitis ke bawah maka jadilah ianya berlekuk lekuk seakan akan bulatan bulatan kecil . Hi hi hi, alamak dah melalut pula saya nii. Jomlah tengok




Cantikkan kawan kawan, dulu pada mulanya saya hanya berminat untuk mengumpul teko, cawan dan pinggan lama porselin sahaja tetapi di atas nasihat otai pinggan mangkuk maka saya pun membeli set bekas kuih ini, memandangkan susah untuk mendapatkannya pada masa sekarang lagipun pada hari raya puasa yang lepas semasa beraya di rumah saudara mara di kampung saya terlihat set ini kelihatan sangat klasik dan nampak mahal jee apabila diisi biskut atau kek raya didalamnya dan diletakkan di atas meja.





Yang ini pula adalah mangkuk air basuh tangan. Memang sesuai sekalikan apabila digandingkan bersama bekas kuih ini dan diletakkan di atas meja untuk memudahkan para tetamu mencuci tangan selepas makan biskut atau kek raya. Ok kawan kawan , saya permisi dulu ye. Bersempena hari yang mulia ini saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada kata kata dari blog saya ini yang telah mengguris hati rakan rakan semua. Setiap koleksi yang telah dipaparkan hanyalah sebagai hobi untuk bertukar tukar idea dan pendapat dan tidak bertujuan untuk menunjuk nunjuk atau bersifat riak. Selamat bercuti dan berhari raya. Bye bye.

Jumaat, 12 November 2010

Bekas Kuih Retro 70 an

Hai semua, apa khabar, harini saya rasa dah ada mood nak beraya haji pulak kat kampung pada minggu depan. Baru nak mencari resepi buat biskut raya kat blog CMG dan rakan rakan masak yang lain. Maklumlah barangan nak buat biskut dan kek, balance raya puasa lepas ada banyak lagi, jadi saya nak clearkan stok takut expired pulak. Apapun layan jelah gambar bekas kuih retro ni, memang teringat masa zaman saya kanak kanak dulu. Buatan dari England rasanya buatan tangan kot nampak halus je tapi tak taulah pulak ye ke tak. Kacanya nampak mantopp dan bersinar. Bertelinga dua kira dan kanan untuk menyenangkan si empunya tuan rumah memegangnya selepas mengisi kuih atau kek. Jom tengok ye,











Sedapnya kan kalau boleh makan makan biskut raya time raya haji nanti. Aduhai bila fikir apakah buah tangan yang nak di bawa ke kampung nanti, kenalah saya tambahkan kerajinan nak membuat biskut nii, hi3 budget beli biskut raya dah lari kepada beli teko dan pinggan cawan lama. Bye bye.

Khamis, 11 November 2010

Pelita Lagi

Salam 1 Malaysia , apa khabar rakan rakan maya semua, di doakan semoga anda sihat sejahtera. Mari kita tengok koleksi pelita di bawah. Pelita aladin yang boleh bergoyang goyang macam mari menari pulak. Memang unik, kali pertama pandang terus berkenan. Menurut peniaga yang menjual pelita ni, katanya terdapat pelbagai warna, famous sekitar akhir tahun 60 an dan awal tahun 70 an. Ade warna kuning, hijau dan pink. Dengar je warna pink tu yang tak boleh tahan tu, hi hi hi. Jomla layan, zass




Tengok tu, nampak antikkan , piring bentuk aladinnye pun mengancam poket. Hahaha.




Pelita crystal crown pun cantik di pandang kalau n3 yang lepas berchimney merah tapi yang ini berchimney putih jernih pula.




Pelita yang ini, kebanyakan rakan pelita semua dah adakan, gambar dah tersimpan lama kat komputer, nak n3 baru berkesempatan hari ni. Oklah ye, permisi dulu, bye bye.

Isnin, 8 November 2010

VCR, Susahnya Nak Jumpa Bunga Ni





Salam 1 Malaysia, apa khabar semua rakan rakan maya? Di harapkan agar anda semua sihat menjalani tugas seharian. Macamana dengan cuti bersempena raya deepavali lepas, seronok ke? Saya sekeluarga pulang ke kampung menjenguk bapa dan emak, rasa dah lama sangat tak balik kampung yelah dari cuti raya aidilfitri lepas.



Kali ini nak tunjuk gambar penambahan dalam koleksi VCR takdelah banyak dapat. Sememangnya susah nak dapat cawan mulut lebar VCR dari China ni, dah lama tunggu dan dah lama tak nampak kat mana mana flea market. Agaknya dah habis stok kot, makanya saya rembat jelah cawan VCR dari Japan ni. Rasanya pembuatannya lagi lebih halus berbanding dengan buatan dari China yang saya ada tetapi bentuk A shape seperti mana n3 yang lepas. Apapun harga memang menarik dan lebih murah tetapi ianya tiada berpiring. Jomlah tengok kat bawah ni.










Pinggan VCR ni memang dari China, cuba kawan kawan bandingkan dengan bunganya yang dari Japan tuu, ada bezakan seperti juga macam pelita VCR dari China dan Japan, memang jauh beza maaa. Hi hi, begitu juga barang dari England, tepuk dada tanya selera, daku tak mampu untuk membelinya cukuplah koleksi dari China dan Japan sahaja. Bye bye.




Selasa, 2 November 2010

Dimanakah Dikau Big Rose ?

Salam satu Malaysia, lama tak berblog terasa rindu pulak walaupun beberapa hari takde n3, di harapkan agar rakan rakan maya semua sihat sejahtera. Harini, nak tunjuk penambahan koleksi big rose ni hanya teko aladin dan 2 ketul pinggan je. Bersyukur yang amat sangat. Jom lihat ye,




Inilah pinggan big rose, memang cantik, dapat 2 ketul je. Ok lah tu dari takda.





Teko aladin big rose, tak sangka dapat.








Tiga sekawan teko big rose bila digandingkan bersama. Cantik tak terkata. Selamat mencuci mata. Bye bye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...