Khamis, 31 Mac 2011

Lama Tak Bersiaran




Salam ceria kepada semua rakan rakan, semoga anda semua sihat sejahtera di samping keluarga dan tugas seharian. Lama juga saya tak bersiaran ni, jutaan terima kasih kepada pengunjung pengunjung setia yang singgah di teratak warisan nenek. Jomlaa layan gambar teko kotak yang cantik di bawah nii,








Sungguh cantik didatangkan dari negara jepun bernama Sanyo, keindahan bunga ukiran tangan sungguh terserlah dengan motif bunga timbul yang menambahkan keanggunan teko kotak ini.








Pemandangan dari bahagian belakang teko, lihatlah bunga seakan warna pink yang kelihatan pudar tetapi motif bunga timbul tetap terserlah. Tengoklah tuu di tepi pemegang teko, saja malas nak buang tali yang berwarna biru tu, kelihatan sungguh antik dan lama sekali. Betul tak kawan kawan semua.








Teko kotak yang sungguh memikat hati ini kelihatan kecil sedikit daripada teko kotak yang biasa. Sememangnya setiap kaum wanita yang memandang pasti akan tergoda dengan kecantikan dan kecomelan teko ini. Lihatlah tuu, bunganya sungguh terang dan nampak antik di mata saya, hi3.







Corak di belakang teko, memang comee kan. Ok la ye kita berjumpa di lain catatan, terima kasih kerana sudi membaca paparan teko kotak ni ye. Permisi.

Jumaat, 4 Mac 2011

Jualan March Lagi

Salam sejahtera semua. Jom lihat apa yang menarik pulak sales untuk hari ini. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya harga yang tertulis itu adalah mahal. Tapi itulah hakikatnya kerana barang barang itu saya beli pun mahal di Amcorp Mall, kedai antik atau flea market. Di harap rakan rakan antik semua faham ye, kalau ada yang sudi tuu sila silakan membeli. Bolehlah serba sedikit kita share barang yang kita takde untuk menambahkan koleksi yang sedia ada. Jom lihat gambar di bawah








Mangkuk warna warni ni kata penjualnya dulu tahun 70 an punya trend, tapi memang cantiklah semua warna terang terang RM80






Oval plate bunga lalang besar, berat dan gedabak rm60
Bunga masih cantik dan terang tapi ada garisan terpakai biasalah barang lama




Berminat sila message di talian 019-2601585

TQ n bye2.

Khamis, 3 Mac 2011

Jualan March

Salam rindu kepada rakan rakan antik sekelian, di doakan agar rakan rakan semua sihat hendaknya. Hampir dekat 2 bulan saya tak menulis apa apa catatan di blog saya ni, biasalah apabila musim persekolahan bermula memang saya busy memanjang, sibuk dengan urusan harian, menguruskan anak anak, memasak, mengemas, membasuh, meneliti buku kerja anak anak dan sebagainya. Sekarang ni baru saya terasa, bestnya kalau ada pembantu rumah dan driver, cewahh saya pulak perasan, tak mampu akak nak bayar dikk, hi3. Bila dah letih tu makanya nak mengadap laptop pun malas lalu tertidurlaa. Apapun jutaan terima kasih kepada pengunjung pengunjung setia Warisan Nenek.



Catatan kali ni saya nak menjual beberapa barang PML yang saya ada extra dan juga koleksi peribadi saya sendiri. Kebanyakan koleksi saya beli di Amcorp Mall dan juga beli on line. Jadi harga tu saya harap anda semua faham ye, setakat untung bawah rm 10- 15 senang cerita di sini. Bolehla beli jajan anak anak janji ruang di lemari kosong takla sesak dan sendat. Jomla lihat ye mana tau berkenan di hati,





Sebiji teko mini buluh emas dan 4 cawan ML tanpa alas, mmg nampak antik RM 100



SOLD








Mangkuk nasi tambah 22.5 cm, ni pun susah nak jumpa RM 35 ada 1 je





Ok kalau ada kawan kawan yang berminat tu, bolehla messsage saya di talian 019-2601585. Harga yang tersenarai adalah tidak termasuk pos.

Terima kasih ya. Bye.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...