Khamis, 21 April 2011

Jualan April

Salam 1 Malaysia kepada rakan rakan PML di luar sana. Harini rasanya nak menjual sedikit sebanyak barang yang ada extra, macam biasa kepada yang betul betul berminat sahaja, harga mahal kerana barang barang ini memang beli di Amcorp atau online memanglah mahal. Di harap semuanya faham ye.







Piring makan bentuk meakum OC 23.5 cm RM 15, ada 1 je









Piring makan leper 22cm OC RM 15 ada 1 je








2 biji piring kuih meakum oc 17 cm, ada 2 biji RM 10 sebiji




Berminat sila messages di talian 019- 2601585





Jumaat, 15 April 2011

Betul Ke Bunga Kekwa Jepun Ni ?





Salam mesra kepada rakan rakan maya semua, so apa planning untuk aktiviti hujung minggu ni, duduk rumah ke atau meng"hunting" ke sana sini baik ke pasar karat ke, Loken ke, Amcorp , Jonkers, Stadium Shah Alam atau ke kedai apexx, sorrylah ye tempat tuu saja yang saya tau,,,,,
Tepuk poket tanya diri sendiri, tengah tengah bulan nii, saya jeling jeling jee terutamanya on line sales nii.










Inilah tureen kedua di teratak warisan nenek. Katanya bunga kekwa jepun, memang cantikkan kalau dah ada oval platenya, boleh letak di bawah tureen tuu, tapi apakan daya suku sakatnya pun tak pernah jumpa. Tureen ni comel jee dalam 10 inci.





Sweet flower si kekwa jepun nii, ok rakan rakan semua,


Selamat berhujung minggu, happy soping dan mencuci mata di pasar pasar PML di mana sahaja anda berada. Bye.

Rabu, 13 April 2011

Bunga Yang Menjadi Pujaan Peminat PML





Salam Rabu kepada semua peminat PML. Hari ini tibalah pula giliran saya untuk berkongsi set PML 5 roses yang sudah lama mendiami gerobok di teratak warisan nenek. Sorrylah rakan rakan semua, gambar kurang memuaskan, biasalah kamera dah nak expired dah 3 tahun lebih digunakan. Rasa sayang pulak nak beli kamera baru, tak nak buang duit tapi dalam masa yang sama banyak pulak membeli PML baru, hi3.






Set cawan yang sungguh cantik dan melentik di tangkainya, set cawan mini yang comel dan juga set minuman teh cina memang sentiasa cantik di pandang mata.








Teko kicap yang sungguh mengancam dan juga teko bulat yang dihiasi dengan kuntuman 5 roses yang cukup segar menambahkan lagi keserian set PML yang bernama 5 roses ini.





Pinggan bujur dan mug berpenutup bunga 5 roses di serikan lagi dengan kehadiran sepasang pelita comel pemberian dari teman fb di seberang tambak memeriahkan lagi koleksi bunga 5 roses di teratak warisan nenek.


Ok sahabat semua, kita jumpa di lain catatan ya.

Selasa, 12 April 2011

Ke Mana Menghilangnya Teko Kotak Kini





Salam 1 Malaysia. Semoga anda semua sihat sejahtera. Catatan hari ini menceritakan tentang keindahan dan keunikan teko kotak, lihat sahaja gambar di atas, elegance" sekali bentuk teko kotak ini kan. Tetapi amat sukar untuk mendapatkan teko kotak ini sekarang dan tidak diketahui ke mana menghilangnya teko kotak ini. Amat jarang didapati dan saya sendiri pun tidak tahu di mana hendak menggali atau membeli teko kotak yang lama lama ini apalagi ke kedai apekk atau nyonya tidak pernah di temui. Baik di flea market pun semakin kurang terserempak dengan spesis ini. Jadi sekiranya anda semua ada info tentang teko kotak atau di daerah mana banyak ianya di dapati, bolehlah message saya ye, terima kasih.







Terserlah keindahan bunga poppy ini, corak bunga yang besar dan jelas. Puas hati apabila daku memandang.










Ini pula bunga periuk kera. Unik sekali kan coraknya dan saya pun baru belajar tentang nama bunga periuk kera setelah memiliki teko ini. Sudah bertahun meninggalkan zaman persekolahan tanpa di sedari sejak mengumpul teko teko ini, berputik kembali semangat saya untuk mengetahui dan mengkaji nama nama bunga dengan lebih mendalam lagi. Hi hi hi.






Rose berwarna purple" yang sungguh ayu dan memikat







Teko kotak "big roses" yang di idamkan oleh semua collector PML semestinya cukup terserlah dengan keanggunan yang tersendiri dan tiada tandingannya terutamanya tentang penutupnya yang berbunga bunga itu.









Keantikkan teko kotak bunga sakura putih ini cukup terserlah dengan gayanya yang tersendiri dan memang menggamit nostalgia silam di zaman dahulu.


Ok, kita bertemu lagi di lain catatan, salam mesra.

Selasa, 5 April 2011

Teko Aladin Keseorangan





Salam sejahtera semua rakan rakan blogger dan semua pengunjung setia Warisan Nenek. Jom petang ini kita lihat pelbagai keindahan bunga pada teko aladin yang semakin sukar di jumpai ini.
Lihat di atas tuu bunganya memang tersangat cantik dan sudah pastinya mengegarkan jiwa pengumpul PML tak kira di mana sahaja anda berada.







Teko aladin VCR barulah kini saya mendapat kalau dahulunya hanya teko aladin berkaki VCR yang berbunga kecil tetapi sekarang teko berbunga besar VCR sudah berjaya ku miliki.








Teko yang ini pula akan membuatkan setiap mata yang memandang pasti akan memandang lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Bunganya penuh sampai ke kaki teko dan kelebaran bunga juga hampir mencecah ke pemegang teko. Memang puas hati membelinya.







Teko yang sungguh manis di hiasi dengan sekuntum mawar merah seakan akan pink berdaun hijau dengan sedikit keperangan cukup membuatkan hatiku tertawan dengan kelembutan dan keunikan teko ini.





Lihatlah rakan rakan ku sekelian tentang kemanisan dan kelembutan bunga ini dengan design tekonya yang berjalur jalur di hiasi dengan kaki teko yang sungguh mantopp semestinya lain dari yang lain.


Cukup setakat ini dulu, kita berjumpa di lain catatan. Mesra Selalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...