Khamis, 9 Ogos 2012

Berbuka Puasa Bersama Keluarga


Salam 20 ramadhan kepada semua pembaca blog warisan nenek di mana saja anda berada.

 Apa khabar anda di sana,,, di doakan semoga anda sentiasa sihat sejahtera di samping menjalani ibadat puasa pada tahun ini. Dah soping hari raya ke belum atau terus soping pinggan mangkuk,,teko , tureen lama, jam lama dan segala - galanya lama sampai lupa pulak soping keperluan raya,,, hahaha,,, biasalah kalau dah nama geng geng antik dan lama,,,, tau tak ape..

Harini saja nak kongsi gambar gambar berbuka puasa bersama keluarga kat kampung dan anak anak masa hari pertama bulan puasa haritu,, saja lari topik pinggan dan teko lama,,, jom layan je lahh,,,,,bye





 Haa,, lihat tuu si kecik farhan sibuk nak berbuka puasa jugak dengan atuknya,,, lauk pauk yang disediakan tuu kebanyakannya menu istimewa orang banjar Johor, Hihihi nasi gaul di makan dengan kuah belacan dan dagingnya tuu memang dah direbus siap ala ala warna merah macam nasi tomato dan di tumis balik menggunakan susu cair dan sos cili dan sos tomato. Tak sah rasanya kalau nak makan nasi gaul nii kalau takde kuah kari kacang dhal... Ikan siakap digoreng bersos pun ada,, ayam goreng sudah semestinya untuk anak anak.Ok lah pembaca sekelian ,, selamat menunaikan ibadah puasa,, moga moga tahun ini puasa kita semua lebih diberkati. Salam rindu.