Sabtu, 31 Ogos 2013

Sampul Raya Pulak Dah,,,,,,

Salam hari merdeka kepada semua pembaca blog WN. Marilah kita bersama sama menghayati detik detik kemerdekaan negara kita, Malaysia yang tercinta ini. Bersyukur kepada tuhan kerana bumi Malaysia masih tetap aman dan makmur jika kita bandingkan dengan negara negara islam yang lain.

Harini,,,, memang banyak jemputan "open house raya". So akak cuma pergi ke rumah jiran jiran yang bersebelahan rumah aje. Tak patutlah kalau tak pergi kan,,, nama pun jiran. Memandangkan kita masih lagi meraikan bulan syawal,, jadi akak nak bercerita tentang sampul raya,,,

Hahaha,, entah kenapa akak rasa macam nak kumpul sampul raya pulak. Bila dikenangkan zaman anak anak masih kecik dulu,, bila  hari raya je,,dapat beraneka sampul raya. Tengok sekali semuanya cantik cantik tapi tak pernah terfikir untuk kumpul sampul raya tuu.semua so akak bagi kat emak dan bapa di kampung memandangkan biasa di kampung selalu ada kenduri perkahwinan. So nak tak nak memang emak dan bapa akan gunakan juga sampul raya tuu.

Tup tup bila akak tengok ada geng kelab sampul raya di FB,,, dan akak terpandangkan sampul bergambar kartun yang zaman 10 tahun yang lepas,,,, emosi meluap luap nak kumpul sampul raya sebagai hobi baru. Tapi kannn,,,bila akak cari balik sampul raya yang dulu dulu punya tuu di kampung,,,, memang dah tak jumpa langsung. Hihihi. Begitulah ceritanya. Rugikan,, mana nak cari koleksi sampul raya terutama dari "private bank atau pasaraya" yang dah sepuluh tahun tuu. Rasa nak nagis pulak nii,,,,lagi haru bila teringatkan sampul dari bank rakyat atau ambank yang kartun kartun tuu...emmm ada pembaca WN yang masih simpan takk,,,, memang nostalgia kan,,,,

Ok ni koleksi sampul raya akak untuk tahun nii,,, dan semestinya akan disimpan sebagai hobi baru. Layannn,,,




Sampul raya dari aeon big,,,kena buat pembelian rm 50 baru dapat sepaket.



Berbuka puasa haritu beli domino's pizza,, dapat sepaket sampul raya. Suka tengok kartun kartun macam ni.




Sampul ni dapat dari pasaraya Billion,,,





First time soping kasut raya kat al ikhsan,, papa n the boys n syahira,,,,,, memang berbaloi,, harga pun ok dan dapat sampul raya yang lawaa berserta dengan kismis minda siap berkotak sama gambar dengan sampul raya. Emmm,, kotak tu nak simpan jugak kee,,,, hihi.




Sampul dari maybank,,, papa yang bagi, tahun ni dapat 3 paket.






Beli roti gardenia n roti sweeties dapat 2 paket sampul raya 7 eleven dan sepaket sampul raya pepsi,,, yang pepsi tuuu saja try minta,, alhamdulillah dapat, hihi.




Beli donut masa berbuka puasa haritu so dapatlah sampul raya yang cute miut nii,, ada 4 gambar donat yang berbeza.






Sampul raya dari digi,, dapat 2 helai aje,, kedekut betul la digi ni,,, bayar hpone beratus,, tapi oklah nasib baik dapat,,, adoiii itupun ingatkan papa mintak awal awal,,,





Pssss,, sampul mahal dari habib jewel,,,,, hihihi semestinya semua lawa lawa belaka





Sampul raya dari Giant,, pembelian rm 60 baru dapat sepaket,,





Sampul raya yang cantik dari shazzmin collections,, galeri tudung yang jual pearl haya tuu,,,
sampul raya ni dah pun saya berikan kepada ibu, bapa, mertua dan kakak berisi dengan duit raya sekali pada raya lepas. Memang aggunkan seperti warnanya juga.




Beli kasut raya akak,,, so dapatlah satu paket sampul raya bata ni,



Inilah koleksi sampul raya 2013 yang dapat akak kumpulkan sendiri,, banyak lagikan yang belum akak dapat untuk tahun nii,, emm mana nak cari nii,,,

Ok cukup sampai sini dulu,,,, kepada rakan rakan pembaca yang masih ada simpan sampul raya tak kisahlah zaman dulu ke, zaman baru ke,, mana yang tak nak tuu,, bolehlah bagi sedekah kat akak kat sini. Jasamu ku kenang.Bye bye.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Gambar Sebagai Kenangan

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Semoga kalian sihat sihat selalu. Masih terkenang gambar gambar beraya tahun 2012 dan sebelumnya ketika beraya bersama mereka yang telah tiada. Al fatihah. Semoga rohnya di tempatkan bersama sama orang orang yang beriman.



Gambar raya arwah bapa mertua dan emak tahun 2012,,,




Gambar raya tahun 2010 bapa bersama bapa mertua,,,,




Kenangan gambar arwah atok sulong semasa bercuti di Cameron Highland disember 2012. Turut kelihatan amir, mak ngah lia dan alif.





Gambar bapa bersama arwah nenek sebelah emak di hari raya pertama tahun 2012,, ketika itu arwah nenek masih lagi sihat cuma tidak berapa kuat untuk berjalan dan menggunakan kerusi roda.




Gambar beraya tahun 2009 bersama nenek oonyang,,akmal, danish, amir, arissa, kak long fatin.



Kelihatan emak bersama adik adiknya di ruang makan di dapur nenek. Kalau dulu memang tak cukup 2 meja kat sini. Sebahagian makanan dan kuih muih diletakkan di ruang tamu.




Masih terasa lagi kemeriahan di rumah nenek pada setiap kali malam hari raya pertama. Di rumah nenek lah kami semua cucu, cicit,piut berserta anak anak nenek semua berkumpul. Tradisi begini memang telah lama dikekalkan semenjak saya masih kecil lagi. Masa tu lah nak jumpa semua sepupu yang dah lama tidak berjumpa,, hanya setiap kali raya saja kami berjumpa di rumah nenek. Kalau nak dikira rasanya semua cucu, cicit dan piut lebih kurang dekat 100 orang. Raya tahun ini,, rumah nenek sunyi dan sepi tiada suasana tawa riang dan jerit pekik anak, cucu, cicit dan piut. Al fatihah untuk arwah nenek.





Gambar kenangan bapa bersama aidil, abang long dan abang ngah. Al fatihah untuk arwah abang sulong, berbaju kuning. Gambar ini dirakamkan pada hari raya pertama 2010, semenjak ketiadaan beliau di bulan november 2011, setiap kali hari raya sudah pastinya  kami semua akan terkenangkan jasa dan kebaikan abang long terutamanya dalam bab memasang pelita, membeli bahan mentah persiapan hari raya bersama bapa, membawa budak budak ke kedai beli aiskrim dan sebagainya.


Tidak kira samada kita muda atau tua,, pada saya adat berkunjung ke rumah saudara mara perlulah dikekalkan. Bukannya apa secara tak langsung anak anak kita pun akan menghargai warisan orang melayu tatkala menyambut aidil fitri. Kesemua saudara mara dapat berbual dan bercerita dengal hal masing masing kerana masa hari raya ni lah kita dapat bertemu dengan saudara mara, sepupu, jiran tetangga dan lain lain. 

Generasi sekarang,, apa yang saya dapat lihat mereka sibuk dengan berhandphone, bermessage, bermain ipad,tab, bermain game sambil lupa untuk berkenalan atau berbual dengan saudara mara seusia mereka.
Marilah kita mendidik anak anak kita agar mereka tahu mengenal budaya berhari raya,, mengenal kuih kuih baru dan lama,, mengenal bekas kuih lama dan baru pun tidak terkecuali,, hihihi.

Ok cukup sampai sini,, bye. Kita jumpa di lain catatan.



Khamis, 29 Ogos 2013

Selamat Hari Jadi, Papa

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Semoga sihat sihat ya. Masih lagi nak story tentang cerita beraya tempohari. Raya ke 4 haritu,,, 11 ogos adalah harijadi encik suami. Macam biasa bila sambut birthday masa raya nii,, memang bagi saya atau suami,,,tak perlulah nak potong kek. Makan apa yang ada ajee,,,kalau kat rumah emak di kampung tuu,,daripada raya pertama sampai seminggu raya,, tiap tiap hari mesti ada makanan yang perlu di jamu untuk sedara mara atau adik beradik emak yang berkunjung. 

Sebelum raya lagi ,, emak dah fikirkan menunya. Hahaha,,, roti jala kuah kari, mee hoon goreng,, mee hoon sup,nasi tomato, laksa johor dan sebagainya. Walaupun emak dah berusia 67 tahun,, alhamdulillah emak masih kuat dan melakukan kerja dapur seperti biasa. Biasanya saya akan membantu emak memasak hidangan raya apa yang patut.



"11 ogos "

Kepada encik suami,,, selamat hari jadi sayang,, semoga sentiasa dirahmati allah,, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan menjadi suami yang solehh dan mithali kepada keluarga. Kami semua sayang papa,,, heeppy birthday,,,,, tak lupa hadiah trio ogos dari mama untuk papa tercinta. Emmm,, terima kasih ye  papa,,kerana memahami hobi mama yang suka mengumpul segala macam cawan , teko, pinggan, mangkuk dan segala macam hobi,, hihihi. 




"Selamat hari jadi, papa"



Syahirah memang suka kalau papa dukung dia,,, hihi
"heepy bestday pa,,,,"







Rabu, 28 Ogos 2013

Tureen Berbunga Bunga Jepun

Salam pagi rabu. Diharapkan agar kawan kawan di luar sana sentiasa sihat selalu di samping menjalani aktiviti seharian. Emmmm, lama pulak akak tak story mory dan post gambar teko atau mangkuk buruk. Ok harini kita cuci mata tengok tureen cantik nii. Akak beli ngan saudari Esniati Angriadi,, ni link blognya,, http://antique41.blogspot.com.Kalau ada kawan kawan yang nak cuci mata kat blog esni ni,, memang best. Barang barangnya semuanya bikin wowwww,,, mantopsss. Ok layann tureen nii,,,,,




Lawaa kan,, bunganya,,, tuan rumah puji sendirik nii,, hihik,, sekarang ni nak guna ayat ayat powerr ajee.
Cantik tak u allsssss,,,,,,,,






Melihat bunganya pun sudah bikin hati tertawan,,, walaupun ianya cuma seketul tureen fesyen lama.

Ok,,bye.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Gambar Baru Dan Lama Beraya

Salam jumaat kepada rakan pembaca blog WN. Apa kabar anda semua di luar sana,, semoga sihat selalu yee. Biasalah bila sekolah dah bermula,, emak budak memang sentiasa sibuk sampai blog pun dah seminggu tak up date,,,,malasnya tahap melampau,, hahaha.

Ok harini kita tengok gelagat budak kecik  nak beraya dan letih beraya,,,,, layannss




Awal awal lagi budak berdua ni dah siap siap nak beraya,,,,tengok tuu farhan pakai songkok tangkap muat,, hihi tak nak pakai kopiah pula lepas tengok semua orang pakai songkok. Hahaha,,,




Tak sabar nak beraya tuu si kecik syahirah  nii,,, 




Muka kepenatan beraya dan santai2 kat buai dengan emak,,,





Santai lagi duduk berbuai,,,,sera, farhan, syahira dan arissa




Suka tengok gambar nii,, raya tahun lepas,, comeyy sesangat




Aksi si zana, nurul, farhan dan sera,,, raya 2012






Gelagat cucu cucu nenek sulong yang semakin membesar,,,, gambar lama ketika mereka kecil ,, 2008
Arissa, sera, nurin, amin, alif, danish dan amir.



Dulu masa kecik semuanya comey comey belaka tak boleh nak suruh sebab masih title budak kecik,, sekarang dah jadi anak dara dan anak bujang,,,,
dah boleh tolong nenek mengemas halaman rumah, memasak,membasuh ayam, merebus lontong dan ketupat,, menjemur kain dan lain lain lagi bila semuanya berkumpul di rumah nenek di hari raya.

Ok bye,, hingga jumpa lagi ye di lain n3.

Isnin, 19 Ogos 2013

Suka Melihat Barang Lama Sambil Beraya

Haiii kekawan dan pembaca blog WN. Apa kabar,, harini dah mula sekolah,, so stat macam biasa juga lah,, sibuk ngan anak anak dan memasak untuk makan tengahari. Kalau bulan puasa tuu,, relex sikit masak sebelah petang,, tak kelam kabut sangat. 


Harini kita sambung balik cerita raya yang belum habis n3 nii. Macam biasa raya, sambil mata tengok tengok kat pinggan, bekas kuih, cawan ,,, hihi saja nak cuci mata tengok barang lama. Tapikan majoriti tahun ni,, tak nampak pulak yang lama lama semuanya barang baru ajee. Emmm,,, apa barang lama dah ketinggalan zaman ke,,,, tapi tahun ni akak tak pergi meninjau ke dapur dapur rumah pakcik makcik,, tak macam selalu sebab si kecik syahirah ni dah pandai jalan jalan. Bukannya apa takut lak kalau dia tarik balang kuih raya tuu,,, habislah jenama vantage ke, arcopal ke, duralex ke,,,pecah takut akakkk. So lebih baik akak duduk diam diam aje. Huhuhu tak leh nak skodeng barang lama,,,,






Hai,,,, kami dah bersiap nak pergi beraya dan nak balik ke kampung akak pula beraya. Tengok tuu bebudak ni kalau masa nak ambik gambar selalu tak ready sebab emak dia biasa yang tangkap gambar,,, selalu bagi arahan senyum dan cakap 1,2, 3. Kikiki kali ni mama yang tak berapa ready,,,nampak gemuk pula pakai baju ala ala berfesyen nii,, biasa akak pakai baju kurung aje. Hahaha.





Syahirah  kalau mama dia ada dekat ngan dia,, dia duduk diam diam laa,,, takdelah sibuk nak pergi dekat meja kuih raya tu,,





Lawa tak lemari nii,, mengikut kata pakcik sedara dah hampir 100 tahun usianya.







Ni almari lama yang memang comel,, saya suka dengan patern macam nii, tahun ni tak berkesempatan nak bergambar dengan almari ni coz syahirah dah berlari lari kat meja kuih raya,, seram akak sebab kat rumah mak long ni banyak sangat biskut dan kerepek raya sampai 2 meja,,,memang meriah,,, dan ada juga saudara yang lain datang bertandang. Jadi share gambar tahun lepas aje ye,,,






Sebahagian gelas gelas lama,,,, cantik pula kan kalau disusun sebegini,,,





Inilah mak long, kakak kepada emak,,,, tengok almari dapur tuu,,, masih kukuh lagi cuma dah di cat dengan warna putih,,,





Bergambar bersama sebahagian ahli keluarga mak long, menantu dan cucu cucu. Nampak antik tak tangga tu.


Ok, kita jumpa di lain catatan. Bye.

Ahad, 18 Ogos 2013

Beraya Sambil Mencari Kuih Muih Lama


Salam ahad kepada semua rakan rakan pembaca WN. Masih nak cerita lagi tentang suasana beraya. Kali ini   beraya ke rumah pusaka lama keluarga emak. Memandangkan beraya masa malam,,, so tak dapatlah nak tangkap gambar bahagian hadapan rumah yang masih dikekalkan ni. 

Inshaallah satu masa nanti , akan saya selitkan juga dalam catatan yang lain. Kena ambik gambar dulu la jawapnya. Rumah ni masih didiami oleh adik emak lelaki emak yang bongsu. Masa beraya ni akak dan mak ngah lia serta anak anak aje yang pergi. Yang lain tak ikut sebab dah ikut ayahnya masa marhaban kaum lelaki petang tadi.







Wahh siap ada tempe goreng dicicah dengan sambal kicap lagi,,,,





Inilah dia manisan yang di tunggu tunggu,,,,manisan dari betik, nenas dan tembikai. Keserian manisan ini lebih ketara bila dihidangkan bersama piring kuih bunga kangkung dan juga diletakkan di dulang enamel berbunga lama,,,., Inilah satu satu rumah di kampung hubby yang popular dengan manisan manisan  zaman dahulu ni. Bukan senang nak jumpa manisan nii,,,, kawan kawan,, nasib baik cik nah ni pandai membuatnya. Sejak zaman muda lagi, beliau akan membuat manisan ni bila tiba hari raya atau kenduri perkahwinan anak 
beliau. 


Ok fokus gambar manisan dari dekat,,, yang kuning tuu buah betik dan yang warna putih tu buah tembikai,,,





Manisan perasa nenas,,,, sweet sweet aje taklah manis sangat,,


Nak buat manisan ni,, kena rajin merebus air gula dan di curahkan ke atas buah buahan yang ingin kita jadikan manisan tuu,, kata cik nah,,, lagi rajin kita merebus air gula tiap tiap hari,, lagilah menjadi manisan tu. Boleh juga dilakukan setiap bulan kerana manisan ini tahan sehingga setahun. Janji di masukkan dalam peti ais atau esbox kata orang zaman dulu.





Adusss,, tak boleh tahan tengok dulang itewww,,,, mau ku angkut bawa balik. Kikikiki,,,




Dodol yang masih mengekalkan cita rasa lama,, di buat oleh pakcik basori. Waduhhh,, waduhh mana nak dapat dodol macam nii,,, Sedapnye,,,,




Berlatar belakang rumah lama dengan pintu kayu serta tangga lama,,,, nampak klasik kan,, itu belum lagi bergambar dekat tingkap lama,,,,


Sambung lagi beraya ke rumah makcik di sebelah rumah pusaka nii,,, kusss semangat ternampak kuih bahulu gulung. Memang sedap sangat. Rasa pun enak. Mengikut kata wak wok,,, cara penyediaannya pun mengikut cara zaman dulu, tepung kena jemur dulu,, masih menggunakan pemukul tangan tak main guna mesin, penggunaan dapur kayu dan sabut kelapa masih dikekalkan,, sebab tuu la rasanya tiada tandingan.






Tengok tu,, wak wok siap bagi bahulu gulung lagi. Terima kasih daun keladi wak wok,, kalau ada lagi tu,, bolehlah bagi lagi. Hihi.




Taraa,, inilah bahulu gulung yang amat sedap bagi saya laa,, jem nenasnya memang terbaik dari ladang.
Ok, kita jumpa lagi. Bye.