Isnin, 30 September 2013

Telur Ayam Menetas

Hai semua kawan kawan,,, nak cerita lagi tentang bercuti di kampung tempohari. Sangat suka kerana dapat merakam gambar ayam kampung yang lepas mengeram nii,, jom tengok gambar.




Cute miut anak ayam tuu,,, takut nak pegang sebab nampak emaknya garang dah bersedia untuk mematuk,,, hahaha,, nak ambik gambar pun susah,,,,



Enjoy pictures,,,,, bye bye.

Pokok Pisang, Cili Padi dan Pokok Kopi

Selamat sejahtera kepada semua pembaca WN. Semoga pembaca semua di luar sana sentiasa ceria dan sihat selalu. Kita sambung balik cerita tentang bercuti di kampung sempena cuti hari Malaysia lepas. Macam biasa, bila cuti cuti begini barulah boleh bawa anak anak meninjau ke kebun emak di belakang rumah tuu. Bolehlah suruh anak anak mengenali jenis jenis tanaman dari segi bentuk, warna, lebar daun, bau dan sebagainya. Jom lihat  gambar.




Wahh kalau dah masak pisang nii,, sedapnye kalau buat cengkodok,,,,





Cili padi hijau dan merah,,,, ni dah bolehlah  kalau nak berniaga jual kat pasar malam,, hahaha





Pokok dan buah kopi



Ubi kayu yang akan direbus untuk dimakan masa minum petang nanti,,, yummy yummy ,,, dap nye.

Ok kita jumpa di lain catatan ye,,, bye.

Buah Mangga dan Air Kelapa





Salam semua pembaca WN,, semoga anda sihat selalu ya. Hari ini kita sambung cerita lagi dengan buah mangga dan buah kelapa,,,, ada banyak cerita lagi ni,,, hahaha. Jom tengok gambar.


Emak disisi pokok mangga


Nampak sedap tak buah mangga nii,, buat kerabu pun best kan,,,, banyak pula buah buahan yang menunggu untuk dimakan  masa kita orang balik kampung cuti hari malaysia tadi,,,

Ok  ni cerita pasal pokok kelapa pulak,, macam biasa orang yang tukang kait buah kelapa ialah papa. Me
mang tugas dia kalau balik kampung, hahaha .





Semuanya dah tak sabar nak minum air kelapa nii,,,,





Dapatlah satu jug penuh nii,,,,,


Bila dah dicampurkan dengan gula merah,,, nampak lagi meriah,,,





Sedapnya air kelapa,, biasanya kalau nak rasa air kelapa dengan gula merah nii yang freshhh,, memang kena balik kampung nenek sulong,,,anak, menantu, cucu, ipar duai semuanya suka. Sedap hingga tak terkata.



Lauk pauk kami makan tengahari sambil minum air kelapa,,,, asam pedas ikan merah dan sambal udang dari air tangan mak. Tidak ketinggalan kerabu pucuk ubi hasil dari tuaian di kebun emak.

Oklah ye,, hingga jumpa lagi,, bye2.

Sabtu, 28 September 2013

Musim Buah Di Kampung

Hai semua pembaca blog WN. Harini nak bercerita tentang cuti hari Malaysia yang lepas. Seronok sangat sebab dapat berkumpul bersama adik beradik dan ipar duai yang lain dan juga menjengok emak mertua dan ibu bapa di kampung. Maklumlah agak lama juga tak balik kampung lepas hari raya tempohari. Emak mertua dah beritahu awal awal lagi tentang buah rambutan yang masak ranum di kampung sampai berguguran lagi,,,,, biasalahkan mestilah naluri seorang ibu rindukan suasana anak cucu dapat merasa buah buahan yang ditanam bersama arwah bapa mertua dulu.



merahnya buah rambutan nii,,,,,

 

Banyak jugak nii,,, habis makan ke,,,, hahahah



  Syahira baru bangun dari tidur pun sibuk juga nak pungut rambutan.



papa tengah bertungkus lumus memotong dahan di pokok rambutan



Sibuk nampak papa,, hihihi,,,, mak ngah pun sibuk,,





Si farhan pun sibuk juga kutip rambutan nak dimasukkan kat bakul nenek.
 Mana pulak orang lain ekkkk,,, cucu nenek yang besar pergi mana,, main game laa tuu,,,, asyik cucu kecik aje tolong,, hahahaha.




Sera tolong nenek angkat buah rambutan.




Wah kenyang makan buah rambutan nii,,,, tak nak makan nasi laaa,,, boleh percaya ke bila balik kampung tak makan nasi,,,,adusssss



Buah pulasan pulak daaa,,,,,



 Gaya si nurul memetik buah pulasan,,,



Bolehlaa untuk di makan buah pulasan ni walaupun tak berapa banyak macam buah rambutan




Nahh,, ni dia buah buahan dari laman nenek sulong,,,

Ok pembaca sekalian ,,,kita sambung cerita nanti ekkk,, bye.

Khamis, 26 September 2013

Hari Jadi Saya

Salam  1 Malaysia kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda semua sihat sejahtera di samping tugas seharian. Dah lama saya tak update blog nii,,, hahaha ini adalah kerana kesibukan tugasan seharian dan juga melayan hobi baru akak tapi bukan pinggan mangkuk lama ye,,,,,, kikiki. 

Semalam 25 september adalah hari jadi akak yang ke,,,,,. Emm sudah memasuki ke angka 4 series daa,,, tahun ni nak potong kek nak sekalikan dengan kek wedding anniversary awal oktober nanti,, so takdelah anak anak jemu nak makan kek.

So macam biasa hadiah untuk diri sendiri dulu,,, tarrraaaaaa,,,,










Tq juga kepada kak mona amrey kerana bagi  kat saya pinggan kuih yang gedabak besar tuu,,, cayang kak mona,,,.saya suka, saya suka,,,hihi.

Ok, semua, bye bye.

Jumaat, 6 September 2013

Ranjang Dan Katil Besi Lama

Salam mesra kepada semua pembaca WN. Harini nak tunjuk gambar katil lama yang masih lagi digunakan di rumah mak long. Raya lepas bila pergi ke rumah mak long dan ternampak katil lama yang dihias dengan sebegitu indah ini,, memang membuatkan hati meronta ronta ingin memilikinya di suatu hari nanti,,, tapi adakah kehendak atau kemahuan di luar batasan paras ekonomi. Hihihi,, bila akak semak harganya di mudah dan fb,,, mak aiii,, terkejuttt betoi akak,, sudah mencecah ke 4 angka. Apapun memang tabik hormat kepada mak long kerana begitu kreatif menjahit alas dan segala langsir untuk hiasan di katil lama ni. Walaupun berusia lebih 70 tahun mak long tetap mau menjahit dengan menggunakan kudrat sendiri agar katil usang ini dapat ditransformasikan dan dapat membangkitkan seribu kenangan silam kepada beliau. Jom lihat,,,







Pandangan katil dari sudut atas



Pandangan dari hadapan




Bestkan kalau dapat tidur kat katil nii,, boleh berangan lagi kan,, gaya gaya henglish style"",, kiki,, tiang katil pun mahal,,,

Ok bye,, jumpa lagi.