Isnin, 28 Oktober 2013

Hobi Baru

Salam mesra kepada semua teman teman pembaca blog WN. Semoga anda sihat selalu ye,,, lama betul akak tak update blog ni dah nak masuk bulan november pulak. Ok taknak cerita panjang2,, jom tengok gambar sampul duit raya, angpow tahun baru cina dan juga serba sedikit sampul deepavali. Kebanyakannya akak dapat dari bertukar tukar sampul dengan geng sehobi di fb kelab sampul duit raya. 

Best tawww,, sekarang tengok ang pow raya rasa meriah sangat dengan warna warni yang menarik tu. Secara tak langsung akak ajar si arissa mengumpul sampul duit raya dan mengumpul setem sekali. Bila tiap tiap hari dapat surat dari posmen,, rasa macam zaman muda bercinta dulu pulak, hihihi



Bapa akak yang bagi ni,,,, tak sangka kan,semuanya rare item,,,, nasib baik bapa tak bagi kat budak2 yang datang beraya,,,kalau tak melepas nii,,,

 dari izan


 dari fizah


 dari lynn cookies


dari saiful onny


dari andy norashikin


dari cikgu reezal




dari arnawati,,, sampul amanah saham 10 corak


dari sherene 


dari kak sal



dari gee wahab,,, ang pow raya cina dan sampul raya



dari kak noorazarul


dari hafizul helmi



dari asrul



dari karen liew




dari mr. benjamin



dari norfaazliah



dari halwa remli



dari ms. tam mei jin



dari betty 




dari rosyidah


dari zue zainal
Last sekali ,, yang smurfs tu dari mdm chew dan yang angpow raya cina yang merah menyala warna warni tuu dari kak zuraidah malik,,,, terima kasih semua kawan kawan rakan rakan fb,,,, memang best hobi kumpul SDR nii,, ok bye2,,,,,,


Khamis, 17 Oktober 2013

Cerita Raya Haji Lagi

Bertemu kembali kepada semua pembaca setia WN,,, ok kita sambung cerita tentang hari raya aidil adha kelmarin. Jom tengok gambar,,,,

Pelbagai juadah di pagi raya yang dimakan bersama lontong,,,


Ayam masak kicap berempah


Sambal hati dan pedal ayam


Rendang daging


Masak lodeh

Dah selesai makan,,anak anak, anak sedara dan pakcik makcik pun pergi ke surau tak jauh dari rumah nenek untuk menyaksikan ibadah korban,,,,biasanya dilakukan setelah selesai sembahyang sunat hari raya aidil adha,,,,,







Ada 6 ekor lembu semuanya,,,, wahhh banyak tuu,, semangat bekerjasama jelas kelihatan pada penduduk kampung di sini terutama dari aktiviti menyembelih, melapah, memotong dan membungkus. Terbaik lah,,,,,




Arissa, farhan, nurul dan zana sempat posing lagi, hahahaa, tak takut ke ada kepala lembu kat situ,,,, lariiiii



Sup tulang lembu di petang raya aidil adha,, dicicah bersama sambal kicap,,,,, stail johor laaa


Emmm,, sempat lagi emak gorengkan keropok sanggul niii,,,buat bekal nak balik KL,,, hahahha


Ok hingga jumpa lagi, bye.

Rabu, 16 Oktober 2013

Selamat Hari Raya Haji

Bertemu kembali rakan rakan pembaca WN yang dikasihi. Bagaimana dengan sambutan hari raya aidil adha semalam,, tentu meriahkan bersama ibu bapa di kampung atau berehat bersama keluarga di rumah bagi mereka yang tidak bercuti tuu,,,macam biasa akak dan keluarga pulang ke kampung menjengok ibu bapa sambil menyambut raya sekali. Bila bersama adik beradik, ipar duai,, anak anak sedara berkumpul masa raya terasa meriah sekali suasananya. Pelbagai juadah yang enak enak, emak masakkan untuk anak dan cucu yang pulang ke kampung,,,,,, jom lihat gambar persiapan memasak lontong oleh emak,,,,










Bersedia untuk direbus lontong nii,,,


Yang ni nak buat kuih lopisss pulut pulak,,,,,









Lontong sekali di rebus bersama lopisss,,,,





Dah siap pun lontong nii,,,,,




Tu dia lopiss setelah direbus,,,,





Jom makan kuih lopis bersama air gula merah dan kelapa parut,,,,, sedapnyyaaaa,,,,

Bye,,, sambung cerita lagi nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...