Selasa, 5 Ogos 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1435 H

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan pembaca blog sekelian. Masih dalam mood beraya lagi kan,,saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua pembaca blog WN, rakan taulan, saudara mara  dan kepada semua yang mengenali saya. Ampun dan maaf di pinta andai kiranya saya terkasar bahasa serta kata kata selama mula berbloging di alam maya ini. 

Tidak dilupakan juga marilah kita sama sama sedekahkan Al- Fatihah kepada kaum keluarga yang telah tiada, begitu juga dengan para penumpang dan anak kapal MH 17 yang telah terhempas di Ukraine pada 17 julai lepas dan juga saudara kita di bumi Palestin yang telah terkorban akibat kekejaman rejim Zionis.

Tidak ketinggalan juga semoga pasukan petugas keselamatan negara yang menjalankan tugas siasatan di lokasi kejadian di Ukraine selamat menjalankan tugas mereka dan selamat kembali ke tanahair.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan