Selasa, 28 Januari 2014

Kopitiam Biru Gelap


Salam mesra, bertemu kembali. Jom lihat cawan kopitiam biru gelap dari japan yang smart nii,,,



Cantikkk kannn,,,


Belakang cawan,,,





Walaupun seketul cuma,, tetap bersyukur


Tengok lambang kat bawah cawan,,,, cop tidak tertera seperti biasa. Mesti rare kan cawan nii,,, anyway tqvm kepada hana teratak puri sudi melepaskan cawan ni seketul untuk akak. Jumpa lagi,

Si Kekwa Merah

Salam mesra kepada semua pembaca WN. Semoga anda sihat sejahtera selalu. Mood kemalasan melanda pulak. Harini jom kita tengok gambar si kekwa merah yang seciput nii. Teko dah beli dekat empat tahun baru cawannya muncul tahun lepas. Sekali muncul dengan dua corak bunga yang berbeza.






Corak pertama






Corak kedua,,,,,





Tak sangka pulak,,,, mula mula tuu dapat beli online 2 biji cawan dan alas sahaja dari encik yusni azman lepas tuu terpandang kat fb APC ada lagi jualan cawan corak nii,,, apalagi cepat cepat booked,,, tq kak lela.



Hanya ada 6 biji pinggan makan sahaja size 9 inci,,,,, cukuplah tuu




2 mangkuk nasi tambah untuk corak bunga ni,,,

Buat masa sekarang hobi mengumpul  pinggan mangkuk lama dari cina atau jepun telah dikurangkan pembelian sebab tuan rumah sudah ada hobi yang baru. Haha.

Bye bye.

Jumaat, 24 Januari 2014

Birthday Farhan

Salam mesra di hari jumaat yang mulia ini. Diharapkan semoga rakan pembaca setia blog WN semua sihat sejahtera. Dah seminggu akak tak berblog disebabkan kesibukan tugasan seharian.

Semalam birthday farhan yang ke 5 tahun. Tak tau nak beli kek apa yang sedap, finally macam biasa,,, beli jat kat secret recipe. Hahaha,, itu aje yang anak anak suka makan.



Farhan yang bermata sepet ketika berusia 5 bulan,,,,






Kek coklat indulge secret recipe untuk sepet mama nii,,,,






Tiup2 lagi,,, syahirah tuu tak nak didukung pulak,,,







Selamat hari jadi farhan,, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti yang mulia dan berjaya di dunia dan di akhirat.




Anak anak mama yang semakin membesar,,,




Cepatlah potong kek farhan,,,, hihi,, mama nak tangkap gambar ini,,,,

Bye2.

Jumaat, 17 Januari 2014

Jual murah2

Salam sejahtera di hari jumaat yang mulia ini. Harii nak jual barang murah murah dari harga beli,,,,, jom lihat,,,




Sebiji pelita rm30,,,,



Satu set rm 45,,,



 Sebiji pelita rm30




Sebiji mug rm50,, jenama st dari china

SOLD





5 cawan pink dan alas,,, rm 50 free 1 cawan ade sompik kecil,,,,






Teko pink polos rm 50,,,,




Teko besar bunga padi, rm 60




Sebiji oval plate 5 roses,,, jenama st china rm 40,,,


SOLD


Teko kecil buluh emas,, rm 30.



SOLD


 Harga di atas tidak termasuk pos. Kondisi baik.
Berminat mesages di talian 017- 2359992.


Rabu, 15 Januari 2014

Makan Makan Di Restoren Rimba Klasik, Bangi

Salam maulidur rasul kepada semua rakan pembaca blog WN sekelian. Semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera menjalani kehidupan seharian. Tidak lupa kepada pembaca blog WN yang beragama islam,,perbanyakkanlah selawat ke atas nabi muhamad s.a.w di permulaan tahun baru ini.

 Dah beberapa hari juga, akak tak update blog,,,, ok harini nak cerita tentang kedai makan kat rimba klasik, bandar baru bangi. Tak jauh dah  dari tol bangi menghala ke pusat bandar,,, kedai ni sebelah kiri laluan jalan besar. Kalau makan kat sini sebelah malam kira bestlah jugak,, angin sepoi sepoi bahasa,, pemandangan pun menarik kat kawasan restoren rimba klasik ni. Jom cuci mata sambil tengok tengok gambar ,,,




Pandangan depan restoren.





Promosi ikan bakar lagi,,, sedap ke tak,,,kena cuba dulu,,,




Harga pasaran semasa,,,


Ambik seketul ikan siakap,,, nak masak sambal pedas


Beberapa sotong,,,,


 Kerang bakar tergoda tak,,,emm ssepinggan cukuplah,

Sambil tunggu hidangan nasi dan lauk sampai kat meja,,, akak pusing pusing jap ambik gambar dalam restoren ni.





Menuju ke dalam restoren adalah ruangan khusus untuk steambot buffet,,,




Penuh meja,,, pilih saja nak makan apa,,,, emmm akak dan family tak suka makan steambot,,,





Banyak pilihan kan,,,


Siap ada nasi goreng dan mee goreng lagi,, bubur pun ada,,,



Air sekali, kuih dan aiskrim,, kira buffet set la nii,,,



Dalam restoren memang berlatarkan rimba yang sungguh klasik,, hahaha,,,






Ni pemandangan kat luar restoren,, bahagian kiri, bahagian tengah dan kanan untuk mereka yang nak order 'ala carte' menu. Sesiapa yang nak makan sate,nugget, kuih kuih dan lain lain makanan ringan pun ade juga disediakan. Kami makan kat depan restoren,,,Romantik pulak suasananya,,,,





Tuu dia,, dah siap dah sotong bakar, ikan siakap masak pedas, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan ayam goreng kunyit,, cukuplah untuk hidangan kami sekeluarga di hujung minggu. Pssstt,, hari persekolahan makan kat rumah ye anak anak.





Mama sibuk ambik gambar macam biasa.Kikiki.




Dah kenyang,, syahira pun nak lari lari tengok tengok ikan,,,








Best juga makan kat rimba klasik nii,,, sambil makan sambil cuci mata lihat pemandangan kat sini.
Ok hingga jumpa lagi,, bye2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...