Khamis, 26 Jun 2014

KLIA 2 dan menjemput saudara dari Samarinda

Salam sejahtera kepada semua sahabat rakan pembaca blog WN. Apa kabar anda di sana, semoga sentiasa sihat sihat saja bersama keluarga. Bulan ramadan bakal menjelang tiba,, dah siap ke persediaan membeli bahan masakan untuk berbuka dan bersahur nanti,,,, hihi. 

Minggu lepas akak, suami dan anak2 pergi ke lapangan terbang KLIA 2,,first time pergi sana , itupun untuk menyambut ketibaan saudara akak dari Samarinda, Indonesia. Hebat jugakkan bangunan KLIA 2 ni,,,yelah baru lagikan operasinya pada bulan mei yang lepas. Jom layan gambar,,



Nak tergelak ketawa tengok kartun2 tuu,,,




 Keluarga tokcik juga bersiap sedia untuk menyambut kedatangan orang jauh




Tuu dia,,,, sudah kelihatan,,,,,agus, diah dan riffkie,


Si Amirul anak sulung yang sedang menolak bagasi,,,




Makcik Masenah berborak bersama agus,,, 


Berhenti sekejap dari KLIA 2 ke RnR Dengkil untuk minum petang dan menikmati sate kajang



Sedap ngak sate ayam dan sapinya,,, amirul,,,,








Selamat datang ke Malaysia kepada agus dan keluarga,,,



 Gaya si kecil mengambil barisan untuk bergambar,,,mai, zara n syahirah



Sebahagian daripada keluarga di Malaysia bergambar bersama agus sekeluarga


Farhan dan syahira berposing di depan masjid putrajaya




Romantis sekali agus dan diah bergambar berdua di masjid putrajaya sebelum bertolak ke Batu Pahat untuk berjumpa dengan sanak saudara di sana.

Ok ,, kita jumpa lagi untuk catatan seterusnya.

Sepetang Bersama Dr. Ezani Master Chef

Assalamualaikum semua. Jutaan terima kasih kepada pembaca yang budiman kerana sudi bertandang ke blog WN dan sudi membaca coretan dari saya yang tak berapa pandai menulis ni. Semenjak terjebak dalam dunia baking" ni ,,, tup2 semangat saya jadi mengebu pulak dalam dunia masakan yang satu masa dulu tidak berapa saya minati. Biasalah kata orang tuu,,, bila usia dah meningkat nii,, baru ada kesedaran untuk memantapkan ilmu dan skill" dalam dunia masakan. "Setuju ke tak teman teman semua,,,,,,"

Sepetang bersama dr. Ezani master chef memang best sangat. Ramainya jiran jiran tetangga yang tidak melepaskan peluang keemasan ini hadir ke surau d wakaf,,,untuk belajar memasak bersama beliau. Jom layan gambar,,,,






Teruja sungguh nii dan tak sabar nak memasak bersama dr. Ezani master chef







Ucapan dari pengerusi majlis,,




Ucapan tazkirah dahulu sebelum agenda masak memasak bermula






Gaya seorang chef celebriti



Memang semua orang yang hadir sangat teruja,,,,



Sotong bakar gaya sihat,,,,



Ikan bakar gaya mudah dan sihat,,,



Popiah berpisang bercream nutella,,,, mantopssss




Banyak sungguh kuih muih yang dibawa oleh jiran jiran tetangga untuk jamuan selepas agenda memasak selesai,,,




Ada nombor bertuah lagi tuu,,,, bagusnya,,,,




Selesai menjamu selera dan beramah mesra,,, sessi mengambil gambar,,,, hahaha jangan gelak yee,,,



Buku memasak ala kalendar dari  dr Ezani, akak beli sebagai kenangan,, tak mahal murah je,,, best tau resepinya,,,



Ni hadiah cabutan bertuah yang akak dapat,,, wahh boleh makan besar nii,,,terima kasih kepada pihak penganjur yang bersusah payah menganjurkan majlis beramah mesra antara jiran tetangga ini, semoga semangat kejiranan dan persahabatan yang terjalin tetap akrab.


Memandangkan akak pun memang tak pernah beli apron untuk memasak,,, so akak pun order di fb dr Ezani master chef,,,,wahh memang lawa. Tengok gambar kat bawah tuu. Ok kita jumpa lagi nanti ye.


Isnin, 16 Jun 2014

Mug Transformers Darlie dan Baldi Milo Nescafe

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria selalu. Cuti persekolahan pun dah berakhir so macam biasa aktiviti bila sekolah bermula, akak memang sibuk memanjang. Hihi.

 Semalam saja menyoping kat Giant,, dan ternampak lagi promosi mug darlie,,,, ada 3 kaler pulak,,, so apalagi tergudass jugak. Jalan jalan dan pandang pandang lagi,,, ternampak satu benda yang pelik tapi macam best ajeee,, hihi,, cuba teka,,, apa dia. Terbeli jugak memandangkan anak anak pun suka minum milo so akak beli lah tapi kalaulah kata kena beli air gas memang tak beli. Tak dapat hadiah pun takpe,,, jom lihat.





Ni dia model pegang baldi gambar milo dan nescafe,,, gambar depan dan belakang ye,,, dah kena sumbat dengan mainan farhan la kat baldi tuu,,,,




Ada syaratnya dik,, kena beli milo kat atas nii,, 3 pack taww,,,,, baru dapat hadiah seketul. 1 pack ada 6 air tin milo. Boleh pilih antara air nescafe atau milo sahaja.


Inilah dia mug free tuu,, macam biasa kena beli 2 pek,, so faham2 sendiri lah ye,,, kalau nak kumpul semua set 3 mug tuu jadi ada 6 ketul ubat gigi kat rumah,, hahaha,,,





Saya ambik gambar yang lawa dulu cukuplah dulu seketul,, budget lariii,,, tunggu kalau ada budget lain bolehla tangkap yang 2 lagi tu.




Gambar depan belakang,,,,, cantik  tak,,,,
Ok ,, jumpa lagi,bye

Rabu, 11 Jun 2014

Pasar Karat Amcorp Mall, Petaling Jaya

Salam mesra kepada semua rakan pembaca WN. Semoga anda semua sihat selalu hendaknya bersama tugas dan keluarga. Kali ni nak kongsikan gambar gambar yang saya rasa cukup menarik dan mengamit memori indah khususnya semasa zaman kanak kanak saya dahulu. Biasanya kalau ke Amcorp Mall di Petaling Jaya, saya tidak melepaskan peluang untuk ke sana pada hari ahad kerana suka mencuci mata dan meninjau ninjau di pasar karat ber aircond",, hihi di aras bawah. Jika hari sabtu,,, ada juga pasar karat di situ tetapi tidah semeriah pada hari ahad kerana boleh dikatakan ada peniaga yang sanggup turun ke Amcorp Mall dari negeri Perak dan Kedah.

 Kalau dulu, kebiasaannya jika singgah ke sini mesti nak membeli teko, cawan atau pinggan lama tetapi semenjak ada hobi baru aktiviti membeli barang lama telah di kurangkan dan hanya tertumpu kepada agenda mencuci mata sahaja. Macam biasa, budget ngak cukup,,,biasalah kolektor budget" macam akak.






Sungguh cantik tak terkata ,,, gerai lama ni kan,,, mengikut tuan empunya gerai,, ia diwarisi dari zaman ayahnya,, mula berniaga dalam tahun 1950 dan gerai ini diletakkan di depan panggung wayang.  So,, anda boleh bayangkan tak,,,,hahaha sebelum menonton wayang tu,,, mestilah nak belanja mak we makan kacang dan minum ABC kan,,,,




Sangat suka tengok tin planta marjerin tuu,, teringat dulu sebelum adanya mentega, emak dan makcik makcik biasa guna planta untuk buat biskut raya dan kek belang tuu.





Tin tin rokok lama,,, 



Air botol pelbagai perisa,,, tak sangka kan ada juga kolektor yang suka simpan botol botol lama nii,, so generasi baru zaman sekarang sangat bertuah kerana dapat melihat betapa nostalgianya botol botol lama ni.




Perbandingan gelas kopitiam lama dan gelas milo generasi baru,,, di ruang bawah diletakkan pelbagai jenama gelas minuman bergas yang sangan terkenal satu waktu dahulu.



Pemandangan sisi gerai,,,



Ramai peminat yang suka belek2 permainan tikam2 tuu,,,





 Permainan tikam tikam pun ada,,, 




Tengok harga dulu dan sekarang,,,,



Nampak antik je mesin ABC ni,,




Cantik bila diletakkan macam ni,, rasa macam keychain zaman sukan sea atau pata dulu,,, terlupa tanya tuan kedai,,


Bagi peminat yang suka kumpul piala lama,,,, banyak pilihan kalau nak beli nii,,, 






Sabun breeze yang memang nostalgia,,, memang diletakkan bersambung sambung dibawahnya,, tiba tiba teringat zaman kanak kanak dahulu bila emak suruh pergi kedai beli sabun basuh baju,,,nostalgianya,,,




Tengok tu gambar lama pun ada orang suka, ada peminat yang tersendiri,,,,so hargailah gambar gambar lama ye. Bila balik kampung tu cuba tanya emak atau bapak ada tak gambar2 lama dan belikan album yang sesuai untuk simpanan gambar gambar lama yang amat berharga tu walaupun ianya sedikit mahal daripada album biasa.


Bagi mereka yang baru kali pertama datang ke Amcorp Mall,, jangan lupa pulak meninjau ke tingkat atas ye,, terdapat pelbagai barangan mainan tak kisahlah mainan untuk kanak kanak atau orang dewasa,,majalah lama, koleksi barangan coco cola untuk dijual dan sebagainya. Bak kata pepatah, janji poket ada wang, so kalau sekali terpandang terus teringat akan barang tersebut.




Amacam teruja tak tengok mainan tuu,,, kusss semangat,, haha.


Berdasarkan pengalaman saya laa,, kat Amcorp Mall ni, kalau kita tak beli atau belum buat keputusan samada nak beli atau tidak barang yang kita suka tuu,,,lepas tu kita pusing pusing  pergi tengok gerai lain atau pergi makan ke,,, lepas tuu kita datang balik kat tempat tadi tuu,,, barang pun dah takde dah kena hangkut atau ada orang tengah belek belek lalu terus bayar,,, hahaha so gigit jarilah kita.Itu adalah pengalaman biasa bagi saya.



Ok kita jumpa lagi di lain catatan,,assalamualaikum.