Khamis, 30 Oktober 2014

Koleksi Majalah Saji 1999

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN yang dihormati. Harini saya nak kongsikan koleksi majalah saji tahun 1999. Rasa frust bila tengok gambar yang tak berapa cantik ni, biasalah kamera pun dah lama guna dari tahun 2011 hingga sekarang n dah beberapa kali jatuh atas lantai. Di samping itu kat tepi body kamera pun ada yang patah dah jadi togel kat situ,,, aduyaiii. Tengah fikir lagi ni,,, tak tahu nak beli jenama apa pulak lepas ini. Rasa macam nak beli DSLR tapi bila fikir banyak kali mesti berat kan nak bawa ke sana sini, nak gantung kat leher emmm,,,, saya nak cari kamera yang boleh sumbat dalam beg aja tapi gambar macam DSLR,,,, adekee,,,


 Kamera yang saya guna sekarang ialah dari sony cybershot, Nak kata mahal masa beli dulu takdelah tapi makan dalam seribu lebih jugak,,,sebelum tu guna kamera sony jugak beli dalam rege 1 k,,, tapi entahlah bila dah masuk tahun ke 3 penggunaannya,, mulalah gambar menjadi blurrr. Di tambah pula bila budak2 yang suka memegang , memicit, berebut lalu terjatuhlah atas lantai kamera tuu...

Ok layan gambar majalah saji 1999 dari januari hingga disember.


Amy Mastura



Shima



Ifa Raziah


Noraniza Idris



Ziela Jalil



Camelia



Nouri



Wardina


Azza




Normala Samsudin





Ummi Aida



Zizie Ezzaty dan Ziana Zain


Ok hingga jumpa lagi.

Ikan Siakap Kukus Chinese Style

Salam mesra kepada semua pembaca WN. Mood malas pulak melanda, tapi nak juga kongsi gambar masakan semalam . Bila terbaca beberapa blogger buat n3 pasal nuffnang so saya pun semaklah akaun nuffnang,,adoii password pun dah lupa, teruknyakan,,, hahaha nak tergelak pun ada. 

Kikikih. Orang lain rajin update blog sampai dapat rm 1 k atau beratus, saya pulak duit boleh dihitung dengan tangan. Tiba tiba terfikir bagus jugak kalau ada pendapatan sampingan dari blog.

Bilalah  semangat rajin nak muncul nii,,, cuma fikir boleh ke tidak saya nak update blog setiap hari,, tepuk dada tanya diri masing masing kan,,,,

Oklah layan ikan nii,,,,first time masak cara ni, hasilnya memang mantap,,,,,



Tengok tuu,, bekasnya kecik tak muat kepala ikan nak landing,,,




Sedap je nampak,,,,,,



Buat 2 ekor ikan kukus siakap tuu,,, tup2 budak2 balik sekolah terus makan, lapar hujan hujan kan terutamanya waktu petang, gambar pun tak sempat ambik lagi,,, hahaha

Sememangnya budak2 tanya,,, masak apa ni mama,, tak pernah buat pun sebelum nii,,saya tanya kat anak anak,, emmm sedap tak,, diaorang kata bolehlaaa,,,,biasanya saya selalu masak ikan siakap goreng pedas tak pernah lagi beriya nak mengukus ikan,,, bukannya apa, dulu sebelum berminat dengan dunia baking memang kurang rajin mencuba resepi, rasanya sekarang dah terlebih vitamin masak masak. Hahaha





Memandangkan periuk kukus pun kecik, so ikan kena masuk dalam loyang bulat yang sesuai. Nampak gaya saya kena beli periuk kukus yang baru. Nak tanya pendapat kawan kawan , periuk kukus jenama apa yang sesuai yang boleh kukus kuih kek sarawak, atau masak2 nasi kukus ke dengan kuantiti yang banyak,,,,, brand apa yang elok untuk dibeli,,,periuk kukus nii emak yang hadiahkan masa kawin dulu, terima kasih emak. Sangat berjasa periuk kukus dari emak ini, kalau anak khatam al quran , biasanya memang saya akan kukus pulut kat periuk cap buaya dari emak ni. Kalau bab bab beli periuk n kuali memang saya kurang mahir tapi kalau bab2 nak beli pinggan mangkuk lama atau pyrex,,,, terlebih mahir,, hihi.




Untuk buat sos ikan pulak saya  cuma guna sos yang ada kat rumah je, resepi yang sangat senang. Stok ayam pula saya gantikan dengan kiub ayam.

Kepada pembaca budiman yang nak cuba resepi ikan siakap kukus ni , boleh tengok kat sini. Tq kak azie di atas perkongsian resepi yang enak ini.

Hingga jumpa lagi.




Isnin, 27 Oktober 2014

Apam Gula Merah

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Petang petang ni kita layan makan kuih apam kampung ye. Saya guna acuan yang kecil supaya senang nak makan dan nampak lebih comel. Jom layan gambar,,,,,







Kenyang betul makan kuih apam ni, macam biasa budak budak makan seketul 2 aje. Mak budak pulak yang terover makan. Macam biasalahkan kalau buat kuih muih ni,, anak anak kurang minat kecuali karipap, haa yang tu sekelip mata dah licin.




Emm kalau taknak letak kelapa parut,,,, makan giteww dengan sambal ikan bilis pun sedap.



Bersedia untuk dibagi bagi kat jiran tetangga.


Bagi rakan rakan yang nak cuba resepi apam ni, boleh tengok kat sini. Terima kasih kepada yati kerana sudi share resepi kuih apam yang senang untuk di cuba.

Jumpa lagi, bye.

Sabtu, 25 Oktober 2014

Majalah Saji November 2014

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN yang dihormati. Harini saya nak kongsikan gambar tentang majalah saji bulan november yang berada di pasaran sekarang. Majalah saji adalah majalah kesayangan saya daripada dahulu lagi. Sehingga kini saya masih menyimpan lagi koleksi majalah saji daripada tahun 1996. Walaupun banyak lambakan majalah masakan dipasaran, saya tetap setia dengan majalah saji,, emmm tak taulah kenapa biasalahkan bila dah kenal terus jatuh cinta.

Jom layan gambar,,,



Tema bulan ni kek dan pastry,,, sangat sesuai kepada mereka yang berminat dalam dunia baking",,,, banyak resepi kek dan pastry yang menarik.



Gambar pun sungguh mengancam, pandang je dah nampak sedap. Buatnya tak tahu bila,, hahaha.




Emmmm, macam senang je, macam boleh buat je,,,, 




Terbaik tauuuu,,,, tq majalah saji, macam ni lah sesuaikan ada gambar langkah demi langkah untuk beginner" yang baru nak belajar buat roti dan pastry macam akak



Sangat menarik kek nii, wajib try nanti,, so apalagi tunggu kepada pembaca yang belum beli majalah saji bulan november tuu, cepat cepatlah beli sebelum kehabisan.

Ok bye2, jumpa lagi.

Makan di Cibiuk, Bangi

Assalamualaikum kepada semua rakan pembaca blog WN. Semoga anda di sana sentiasa sihat dan gembira selalu. Harini nak kongsi gambar makan bersama keluarga di Cibiuk, Bangi yang dah lama terperap kat laptop ni. Ini merupakan kali kedua saya dan keluarga makan di sini. Kalau dahulu kali pertama datang kami memilih menu yang yang paling sedap yang disyorkan oleh pekerja yang mengambil order makanan,,, tapi kali ni kami hanya mengikut menu yang tertera di kupon cabutan bertuah. Biasalahkan,,, nama pun free,, haha.



Terima kasih kepada yang memberi,,,




Rumah Makan Cibiuk






Pilih saja mana yang berkenan, biasa kalau bawa anak anak mesti suka makan ayam kan,,,



Terkenal dengan aneka sambal sunda,,,




Sesuai untuk mereka yang nak bersantai santai, kalau bawa anak ramai n kecik rasa tak sesuai makan kat meja jepun nii,, hihi



Pemandangan tepi dinding




Yang ni sesuai,, hihi, lamanya nasi nak sampai, air free pun dah nak habis,,, baik saya tangkap gambar dulu



Tempat sambal free,, boleh angkut mana satu sambal yang disukai,,,pilihla mana yang berkenan








Tu dia,,,,, sedap ke sambal tuu,,lupa pulak apa rasanya ,,,



Aksi Danish ,,,


Sekelip mata orang dah ramai, kita orang sampai lepas maghrib,,, jam lapan malam dah penuh orang




Saja tangkap gambar troli bakso tu n bakso sekali walaupun takde ode bakso,,,tak tau rasa apa,,,



Air free,,




Nasinya sedaplaa,,, wangi jugak,,,



Sup free,,,



Sayur free,,,



Rasa ayam bakar 2 ketul  ni saya tambah sebab si kecik nak makan ayam,,,sedap jugak ayam ni.


Ikan goreng free,,,,bolehlaaa



Free tempe n tahu


Sambal colek yang banyak pilihan tadi diletak campur campur,,



Air milo tak termasuk pakej garut,, tambah sendiri




Alhamdulillah lega dah kenyang, kepada rakan rakan yang nak cuba makanan sunda ni,, bolehlah datang ke sini, tempat pun ok, ade kelasss gitewww. Rumah makan cibiuk ni berada di seksyen 7, bandar baru bangi ye dan restoren ni berhadapan dengan silk highway.

Ni alamatnya,,,

No. 1-G, JLN PUTRA 6, TMN PUTRA KAJANG , 43000 KAJANG, SELANGOR