Ahad, 21 Disember 2014

Kumpul Apron

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda semua sentiasa sihat walafiat di luar sana. Selamat bercuti cuti Malaysia ye, macam biasalah aktiviti di hujung hujung tahun ni sementara sekolah belum di buka lagi. Harini saya bersiaran dari kampung.

Tiba tiba hobi dah beralih arah ke kumpul apron pulak tapi taklah banyak,, adalah dari takde kan. Hihihi. Terima kasih kepada kak Emilia Aziz pencetus semangat saya untuk kumpul apron dan Anisah dari Hannies Collection sebagai supplier apron. Kepada rakan rakan yang nak membeli apron atau berminat nak tengok tengok dan cuci mata bolehlah cek di fb kumpulan "saya suka apron".

Layan gambar apron nii,,,,



Apron ni sangat cantik tauwww.



  Apron nescafe classic.


Apron pastri bella dari dr. ezani masterchef, yang ni boleh beli dekat fb dr.ezani





Yang ni dapat free dari adabi lepas beli satu kotak besar  perencah masakan



Kelass juga apron coco cola ni,,



Sangat lawa si merah menyala,, nescafe tarik,,,,




Redeem sogo point kat sogo,, ambik apron chiyo michiko siap ngan glove sekali,,, cute kan



Beli kat kedai ramly yang jual macam2 produk ramly tu, murah je tak mahal


Ok, sampai sini dulu, bye.

Selasa, 16 Disember 2014

Singgah Ke Rumah Kak Noriah Kamaruzaman Antik

Salam mesra di angin lalu kepada semua pembaca blog WN dan rakan rakan maya sekelian. Bila tibanya cuti sekolah di hujung tahun biasanya banyak aktiviti berjalan jalan kan,,, untuk itu saya tak melepaskan peluang mengajak encik suami ke rumah kak Noriah yang sememangnya dah lama saya berangan nak menjengah ke rumah kak nor. Dah ramai geng geng antik dari fb yang dah menjejakkan kaki mereka ke rumah kak nor so macam biasa saya suruh kak nor simpan dulu barang yang saya beli tuu hihi supaya boleh saya ambik sekali barang tu sambil menjamu mata di rumah kak nor. Jom layan gambar ye,,,,,





Koleksi barang tembaga yang sememangnya wowwww,,,,, hebat memang berkilat kilat


Mengancam betul nii,,,



Kaki mesin jahit yang sungguh unik dan diletakkan dulang tembaga berbunga di atasnya,,,,,






Macam minat je ngan periuk belanga tembaga tuu,,, semenjak akak dah suka masak memasak nii, hobi pun dah bertukar ke mengumpul periuk pulak,, hahaha tapi periuk biasa ajelah,, bukan periuk tembaga taww,,, emmm masih tengah fikir nii best jugak kan kalau buat penyeri macam dalam gambar ni. Susun atur rumah yang sungguh menarik menyerlahkan lagi daya kreativiti kak nor, memang tabik hormat kat kak nor dan suami.






Tidak puas dengan sekali pandang ye,, kena pandang berkali kali,,,,


Secara kebetulan tanpa dirancang terjumpa dengan kak Zuraidah Malik,, apalagi berboraklah kami tentang pinggan, mangkuk, cawan, teko, semuanya berkisar tentang barang lama sampai lupa kami sebenarnya berada di rumah kak nor,, hihihi betul betul buat macam rumah sendiri,,,,




Bestnya berada kat dapur kak nor ni, tengok hiasan atas tu memang sungguh mendamaikan jiwa peminat barang lama seperti saya,,, kipas antik, dulang tembaga, radio lama dan semuanyalah saya suka. Tengok tuu sampai si kecik syahira tertidur atas riba papa.




Terima kasih di atas budi baik kak nor sudi melayan kita orang ni sambil menyediakan makanan lagi tu. Masa ni saya dan kak ida tengah sibuk melihat pinggan mangkuk sambil terlopong biji mata melihat galeri rumah kak nor yang sungguh indah ini.




Akak berangan nak buat dapur cam ni,, siap bagitahu encik suami lagi,, hahaha. Bestkan tengok periuk belanga tuu dan acuan bahulu tembaga tuu, gerenti orang yang malas nak masak pun akan rajin nak masak kalau ada dapur macam nii. Bestnya,,, kak nor.




Sekali tengok botol lama tuu terus macam suka je,,, aduyaiii  buat masa ni seketul pun akak takde ye,,,haha




Nampak kain songket ni semuanya cantik cantik,,,, adakah akan tergudass keimanan akak nak menyimpan kain songket lama lama ni,,, masih berfikir untuk mencari tempat parking,,, adoiii kikiki,, nama pun peminat barang lama kan,,,





Betul betul macam berada di sebuah rumah lama zaman dulu dulu,,,,



Farhan sibuk dia ambik gambar,,, budak kecik pun teruja apatah lagi mak budak,, hahaha







Antara banyak tiffin2 ni, saya ada seketul yang enamel kuning tu je dan dulang bunga kat belakang tu, kata kak ida masih terdapat lagi di kedai kedai lama kat sabah yang menjual tiffin hijau tu, so ade sesiapa berminat tu boleh tanya geng antik kat sabah ye,,











Bergambar lagi dengan berhati hati memegang teko tu, hihi. Tv lama tu memang klasik dan nostalgia di tambah pula dengan suis lama,bumbung lama, lampu gantung2 tu memang mengimbau zaman kanak kanak dulu.




Memang terasa tenang sangat berada di rumah kak nor ni, suasana yang damai dengan hiasan dalaman yang memang klasik di penuhi dengan pelbagai barangan lama menjadikan kita leka walaupun rupanya dah berejam kami singgah di sini. Terima kasih di atas budi baik kak nor sekeluarga melayan kami. Saya tidak pulang dengan tangan kosong malah kak nor memberikan lagi cenderahati yang sungguh cantik kepada saya. Terima kasih banyak kepada kak nor dan suami. Nak tau apa hadiah tuu,, kena tunggulah yee,, surprisee,, hihi. 



Antara hadiah dari kak nor semasa mula mula saya terjebak ke dunia pengumpulan pyrex,,,sangat sangat suka dan sangat saya hargai.Terima kasih kak nor. Sayang akak.




Ok, kita jumpa di lain catatan, Bye.


Isnin, 15 Disember 2014

Majlis Bertandang Pengantin Ke KL

Salam sejahtera kepada semua rakan rakan pembaca WN yang dikasihi. Semoga sentiasa sihat dan riang gembira bersama anak anak di musim cuti sekolah ini. Harini kita sambung lagi cerita tentang majlis bertandang pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki pulak. Layan gambar,,,,



Ngape tunduk pulak si arissa tuu,,, err panas kee,,,





My kakak tersayang




Bapak dan emak turut serta antar cucu ke KL







Pengantin bersama atuk dan nenek





Pengantin bersama ayahanda dan bonda





Pengantin bersama makcik makcik yang glamer,, hihi





Lepas ni giliran kak ngah ibrati pulak ye,,,




Sedap juga talam cendol ni gan air gula,,,,, first time  makan,,,




Tidaki ketinggalan juga saudara mara dari kelantan turut mengikut rombongan menghantar pengantin


Ok, kita jumpa di lain catatan ye, bye.

Part 2 Kenduri Kahwin

Salam mesra kepada semua pembaca WN yang dihormati. Semoga sihat sejahtera ya. Harini kita sambung lagi cerita kenduri perkahwinan Fatin. Layan gambar.










Macam macam lauk ada, pilih je mana yang nak makan. Masa ni memang tak sempat nak ambik gambar,, macam biasa  busyy, hihi.





Sambil makan makan sambil mendengar alunan selawat dan zikir 





Gambar pengantin dengan sepersalinan songket,,,, cantik menawan sungguh si dara jelita dan segak serta tampan sang teruna. Selamat menjalani kehidupan bersuami isteri kepada kak long Fatin dan Amir.


Ini sebahagian hantaran daripada pengantin lelaki










Romantiknye,, kannn,,,




Sebahagian hantaran daripada pengantin perempuan,,,











Cantik tak kek ni,, hasil dari jari jemari akak khas untuk anak sedara tersayang untuk kek hantaran pengantin.

Ok jumpa lagi di lain catatan.