Jumaat, 2 Januari 2015

Selamat Tahun Baru 2015







Assalamualaikum kepada semua rakan rakan pembaca blog WN. Semoga kalian semua sentiasa sihat sejahtera dan di bawah lindungan allah s.w.t. Bermulalah tahun baru 2015 semalam, semoga kedatangan tahun baru ini kita menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya, dikurniakan kesihatan yang baik kepada kita dan kaum keluarga, dilimpahkan pintu rezeki yang luas dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu samada ilmu di dunia atau ilmu di akhirat.


Kek nestum yang sedap untuk dimakan di petang tahun baru 2015,,, 



Resepi kek nestum,, sumber dari majalah saji november 2014,

300gm mentega,
200 gm gula kastor,
4 biji telur,
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila,
200gm tepung naik sendiri,
50 gm bijirin nestum,

Cara caranya,,

Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji putar hingga rata, masukkan susu pekat dan esen vanila. 

Kemudian masukkan tepung naik sendiri dan nestum silih berganti, gaul dan kaup balik adunan menggunakan spatula hingga sebati.

Alaskan loyang dengan kertas minyak, tuang adunan dan letakkan lebihan bijiran nestum di atas adunan, bakar dengan suhu 175 c selama 45 minit. 

Selamat mencuba.