Rabu, 22 April 2015

Majalah Saji Edisi Bumper Raya 2011, 2012 dan 2013.

Salam mesra kepada semua rakan pembaca WN. Semoga anda sihat sihat selalu. Selamat menyambut bulan rejab kepada rakan rakan pembaca yang beragama islam, dah siap sediake salin resepi dari blog blog masakan untuk menu sepanjang bulan puasa yang bakal menjelang tiba nanti. Begitu juga dengan saya di sini, semua buku buku masak dan majalah lama saya belek belek untuk mencari resepi lauk pauk dan biskut raya sebagai persediaan awal pra ramadan dan hari raya nanti. Oklah layan gambar majalah saji dari tahun 2011, 2012 dan 2013.Rambang mata dibuatnya bila tengok biskut biskut yang cantik ini tak kiralah biskut tradisional atau moden.





Akak baru nak belajar buat rempeyek dan kuih goyang nii, hihi. Selalu tahu makan je.




Rambang mata nii,,,,




 Saya tetap suka dengan biskut tradisional kerana boleh mengimbau kenangan lama ketika zaman kanak kanak dahulu.

Ok jumpa lagi.

Sabtu, 18 April 2015

Nasi Ayam Sedap Amcorp Mall

Salam mesra kepada semua sahabat WN blogspot. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah selalu. Cerita harini tentang restoren kapitan di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Kalau singgah tengok barang barang karat kat sini, saya dan keluarga suka makan nasi ayam yang memang sedap di restoren ini. Sesiapa yang belum rasa tu, bolehlah datang sendiri dan rasa ye. Jom layan gambar,,,,,


Turun je ke area pasar karat, dah nampak dari jauh papan tanda nihh,,,







Taukeh nasi ayam dan akak cashier yang baik hati dan peramah.





Kena rasa baru tau sedap ke tak,,,,



Sayur taugehhh,,,,




Terbayang keenakan nasi ayam bila makan panas panas tuu,,,



Amir sempat berselfie lagi,, dari sekolah rendah sampai menengah suka makan nasi ayam kat sini,,,



Jangan gaduh gaduh ,, semua dah cukup seorang sepinggan nasi ayam, makan sampai habis tauu,, jangan nak mengendeng2 orang punye, hihi.



Budak kecik syahirah nii mesti nak duduk kat riba papa dia masa makan,,emm senang mama nak tangkap gambar, hahah




Budak farhan ni suka makan tak habis, apalagi abang abang yang besar sudah standby tunggu nak habiskan, haha

Ohh ye, mee kari kat sini pun sedap taww. 
Ok jumpa lagi di lain catatan.

Khamis, 16 April 2015

Cari Makan di Bagan Lalang

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN, semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah. Harini ingin saya kongsikan tentang tempat makan yang namanya cukup popular di Bagan Lalang iaitu restoren Senandung Malam. Memandangkan masa tu emak datang ke KL, so kami pergi ke sana secara convoi dengan 2 kereta. Adik ipar kata tempat makan kat situ best so encik suami setuju  nak ke sana. Macam biasa budak budak memang sangat excited sepanjang perjalanan tapi emak budak dah restless begitu juga dengan emak, hahaha sebab terasa lama duduk dalam kereta, bilalah nak sampai nii, itupun bergerak dari Putrajaya. Adoiiii, dahlah tak bawak apa apa bekal dalam kereta, kalau ada roti ke, keropok ke dah tentu budak kecik tak bosan sangat. So pengajaran dari sini, kalau sesiapa nak pergi makan ke sini, yang mana ada anak anak kecik tu atau besar ke silalah bawak apa apa makanan dalam kereta ye. Dalam 2 jam perjalanan sampailah ke Bagan Lalang sebab kami bergerak selepas asar. 

Kami menikmati pemandangan yang sangat cantik dari dalam kereta saja sepanjang pelaluan ke restoren Senandung Malam ni. Bila dah dapat tengok matahari terbenam dan senja yang merah tuu rasa sangat cantik kurniaan tuhan. Dengan pokok kelapa melambai lambai di tambah dengan angin sepoi sepoi bahasa, kira oklah pemandangan kat sana. Memandangkan kami sampai pun dah nak masuk maghrib, so kami tak pergilah ke pantai berdepan restoren ni sebab dah gelap. So sesiapa yang nak pergi makan kat sini dan nak main pasir pasir serta menyusuri pantai, sila adjust masa anda ye.

Tempat paking kereta pun luas cuma meja makan je kurang banyak macam keluasan tempat paking kereta. Kebetulan masa ni hari sabtu, ramai pulak orang, so kena tunggu juga ye nanti adalah pekerja kedai yang carikan meja untuk kita. Sementara tu kaum kaum ibu yang nak meng"order makanan bolehlah beratur  dan pilih pilih mana yang nak makan, jomlah tengok gambar pulak.




Suruh busu yang pilih semua makanan seafood tu setelah perbincangan dibuat apa yang hendak kami makan,, so masa ni akak tengah bersantai santai duduk di kerusi bersama anak anak sambil mencuci mata melihat gelagat manusia. Di restoren ini pun ada disediakan surau, itu yang bagus.






Beraturlah macam biasakan,,,




Timbang semua, adik yang jaga kat sini siap pesan pulak, kira dalam 1 jam lebih kurang makanan siap,,,,,so cadangan akak sesiapa yang nak datang ke sini kalau hujung minggu tuu, sila makan kenyang kenyang dulu kat rumah terutamanya yang bawak budak budak. Hahaha. Bercinta lak nak tunggu makanan siap, adoiiii, tapi tak apa kat sini ada juga gerai yang jual burger, sate, nugget so apalagi bebudak tuu,, pusing pusing area tuu aje. 




Ramai orangkan,, ada yang dah habis makan sambil borak2, ada yang belum dapat meja sambil jeling2 kat meja orang yang dah habis makan,, ada yang muka tension pun ada, hahaha.




Air dan abc elok je sampai dalam 20 minit oder, makanan tunggu lagi sejam,,,,




Sampai pun makanan ituww,,, masa ni mood nak makan je malas nak ambik gambar rasanya sebab dah letih tunggu,,, kailan ikan masin ok, telur dadar untuk budak budak, tomyam macam tak menarik pulak.



Sotong goreng tepung, ok.



Masak steam,, memang budak budak tak suka, tapi nak mempelbagaikan lauk sebab makan ramai ramai kan,,,, emak pesan lagi kalau budak2 tak suka tak payah order,  anyway ikan ni kurang laku, akak pun cuba rasa,, emmm kurang menepati selera.




Yang ini memang laku masak sambal pedas la katakan,,,, sedap 




Yang ini akak pun tak pernah makan lala, hahaha, tapi bila rasanya kuahnya memang terangkat sedap,,,




Tomyam macam tak menarik,,,,




Ikan pari bakar,,,yang ini akak pun tak makan, so tak tau rasa sedap ke tak






Perut dah lapar, semua tengok makanan , tak kisah sedap ke tak sedap, janji bedal apa yang ada, alhamdulillah kenyang sudah.




Sebelum balik ambik gambar dulu ngan nenek, mak usu, pak usu, nurul dan zana.

Nak cerita kat sini, masa pergi terasa jauh je nak makan kat bagan lalang ni, bila balik rasa sekejap pulak perjalanan, hihi. 
Ok jumpa di lain catatan.


Sabtu, 11 April 2015

Buku Masakan Terpakai

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Semoga sihat sihat selalu ye. Harini saya nak bercerita tentang buku masakan terpakai yang saya beli di pasar karat Amcorp Mall januari lepas. Semenjak dah rajin memasak dan terjebak dalam dunia mem'baking ni, saya rasa tersangat suka pulak kalau ternampak buku buku masakan kat pasar karat. Kalau kena harganya apalagi angkut ajelah. Jom tengok gambar.




Tuuuu diaa, bestnya ternampak buku chef wan yang dah lama saya mencari cari,, kalau dulu kurang berkemampuan nak beli biasalah orang bujangkan, ada banyak benda nak fikir tapi bayangkan buku ni keduanya saya beli dengan harga rm35 aja. Semuanya memang nampak baru sangat agaknya pemilik asal buat koleksi aje kot, hihi.







Yang ni lagi berbaloi, 10 hengget aja dah dapat resepi pasta macam macam. Tengok gambar kat atas tu, orang putih ni siap ajar lagi pelbagai jenis jenis pasta dan peralatannya.



Sukanya dapat buku masakan tradisional ni,,,kedua buku berjumlah 10 hengget, jimat budgetkan.





Buku dari datin Zakiah Hanum ini sangat klasik dan resepinya pun sungguh terangkat.






Ada step by step lagi, tak rugi beli buku masakan ni.


Ok jumpa lagi di lain catatan ye.