Rabu, 10 Jun 2015

Majalah Saji Edisi Raya 2015

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda semua sihat sejahtera selalu. Harini nak kongsikan tentang majalah saji edisi raya yang memang gempak dan terbaik untuk tahun nii,,, anda dah beli ke belum,, kalau belum beli jom tengok gambar dulu,,, 






Pelbagai resepi biskut raya,,, kalau tak nak mencuba tengok gambar pun ok, cuci mata.



Cerita kuih raya dan GST,,,


Nak cuba resepi yang ni,, macam best je kalau letak keju,,,




Yang ni pun nak cuba jugak sebab ada letak horlick n kaya,,,



Paten baru nii,,,



Yang ni masih berangan nak buat tat nenas tulip, tapi tak pasti samada akan jadi bunga tulip ke tak,,, hahaha

Ok, bye2.

Majalah Saji Edisi Raya 2007, 2008, 2009 dan 2010

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN yang dikasihi. Jom tengok gambar, cuci mata tengok cover depan majalah saji bumper raya keluaran beberapa tahun yang lalu. Layan ye,,,,akak pun tak tau mana satu resepi biskut raya yang nak di cuba, hihi nampak semuanya menarik.















Selasa, 9 Jun 2015

Belajar Deco Kek Dengan Lynn Hassan

Salam ceria kepada semua sahabat di alam maya, semoga anda semua sihat sejahtera selalu. Bagaimana dengan percutian bersama anak anak dan keluarga sepanjang 2 minggu musim persekolahan ini, tentu seronokkan, begitu juga dengan saya sekeluarga. Kami tidak melepaskan peluang untuk balik kampung merehatkan minda dan bergembira bersama ibu bapa, masak masak, makan makan dan sebagainya. Tak lama lagi kita akan menyambut bulan puasa so musim cuti sekolah nii bolehlah tolong berkemas kemas sedikit sebanyak di rumah, mengecat rumah ke dan macam biasa merajinkan diri untuk menulis sepatah dua kata di blog yang suam suam kuku ini. Terima kasih kepada para pembaca yang masih sudi singgah di WN walaupun tiada catatan baru.

Ok, harini nak cerita tentang belajar menghias kek dengan cikgu Lynn Hassan yang sangat terkenal dengan kelembutannya ketika mengajar bersama sama student baru macam akak ni. Sangat seronok dengan kelas deko kek ni, memang happening sangat sangat. Terlalu banyak ilmu yang dipelajari bermula daripada menyukat, membancuh, mewarna, membakar seterusnya menghias kek. Kelas ini amat sesuai untuk 'beginner' yang mula mula nak terjun ke dunia kek n deko. Jom layan gambar,,,,




 Ombre kek dengan cheese frosting,,,,







Teknik melepa kek yang sangat mencabar jugak,, tak mau crumb cot' atau dot2 serpihan kek ye,,,masih terkial2 jugak bab melepa kek nii,,,



Kena confident maa,,,,scallop langsir tuu, hihi




Tidak mengapa walaupun si bunga ros kembang n kuncup, hahaha




Praktis n praktis,,,




Lega dah jadi kek yang cantik ,,,





Cikgu yang sangat sporting dan rakan rakan yang bersemangat menimba ilmu,,,, tak sabar nak tunjuk kek kat suami n anak anak,, dah letih nii belajar dari pagi sampai petang,,,



Syahira tak sabar nak rasa kek,,, bergambar dulu ekk,,




Inilah hasilnya kek bila dipotong,,, fuyooo sedapnya,,,, lemak berkrim sekali sekala apa salahnya,

Ok jumpa lagi, assalamualaikum.