Sabtu, 22 Ogos 2015

Kek Lapis Cempedak Pertamaku

Salam hujung minggu kepada semua sahabat WN yang dihormati, harini kita layan cerita kek lapis cempedak ye. Bulan puasa yang lepas kebetulan kat rumah mil, banyak sangat buah cempedak yang masak ranum, so mil suruh saya bawak balik ke kl untuk goreng2 buka puasa. Memandangkan tangan gatal nak mencuba kek lapis cempedak, so projek mengupas, membuat jem n melapis kek memanglah memerlukan kesabaran yang tinggi, adoyaiiii ni first time buat kek lapis sampai 5 jam setengah,,, tau tak peeeee,,, penat woooo, selalu melapis kek tak pernah lebih 3 jam.

Anyway terima kasih kepada amie n bro rozzan di atas perkongsian resepi yang enak ini, emmmm tak boleh makan banyak2 ye sebab manis ohhh,,,kepada yang tak suka manis, saya rasa perlu kurangkan gula dari resepi asal ye. Jom layan gambar,,,



Satu kereta berbau cempedak,,,


Puree cempedak,,


Lapis demi lapis,,, 5 jam yee bercinta dengan cempedak,, confirm tak boleh masak untuk juadah buka kalau buat semuanya dari pagi sampai petang, hihi



Kes malas n kepenatan nii, gambar tak cantik kalau ambik dengan hpone cap ayam,,,janji ada lapis






Bila dah letak kat dalam bekas kuih, barulah nampak cantik,,

Kepada kawan kawan yang nak mencuba tuu, baca n fahamkan resepi betul betul ye, sebab kalau tersilap teknik n gaya, frustt nanti bayangkan guna 20 biji telur kuning ye,,, tengok kat sini 


Ok hingga jumpa lagi, selamat mencuba









Muffin Vanilla Gerenti Jadi

Salam ceria. Semoga sihat dan riang gembira pada hujung minggu ni dengan berehat rehat bersama keluarga. Emmm, mood malas mula nak melanda, menulis cerita raya belum habis lagi, sementara nak mencari mood rajin ni saya nak kongsikan beberapa resepi kek n muffin raya so memang kena cubalah ye jika rajin n nak rasa sedap ke tak muffin tuu. Hasilnya memang memuaskan. Jom tengok,,,,,





Dah banyak kali saya buat muffin vanilla ni kalau anak nak bawa ke sekolah untuk jamuan raya atau nak bagi cikgu ke bila hari guru atau bila nak bagi kawan kawan diaorang bila hari jadi,,,





 Terima kasih kepada kak azie di atas perkongsian resepi muffin yang sedap ni, kepada yang berminat nak mencuba sila lihat sini,,,saya menggunakan suhu 180 c dalam masa 25 minit .

Ok jumpa lagi


Khamis, 20 Ogos 2015

Kami Beraya Di Malam Raya Pertama

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Didoakan semoga semuanya riang gembira bersama tugas tugas seharian. Harini sambung balik cerita beraya. Ok, pada malam hari raya pertama tuu kitaorang adik beradik berkonvoi bersama ke rumah adik beradik bapak dan saudara terdekat. Taklah jauh sangat dari rumah bapak tapi beraya dengan menaiki kereta lah. Masa ni memang kena bawa bapak n emak beraya sekali barulah bestkan,,,,,

 Bukannya apa kalau dulu dari saya kecik sampai jadi mak budak bila malam hari raya pertama nii memang kita orang semua berkumpul kat rumah nenek tapi bila nenek dah tiada 2 tahun lepas makanya rumah pusaka nenek jadi sunyi sepi dan kebanyakan adik beradik emak beraya di rumah sendiri. Bila kenangkan kembali saat itu terasa sungguh meriah sekali sebab keseluruhan adik beradik emak seramai 11 orang semuanya berkumpul bersama anak dan cucu cicit masing masing di rumah pusaka nenek, nanti free saya akan kongsikan gambar gambar lama masa raya di rumah nenek beberapa tahun yang lalu.

Jom kita tengok gambar beraya 2015 pulak,,,, masa ni kat rumah tokcik mat dan cik noi,,,




Semua sedap lauk raya ditambah lagi kalau dihidangkan dengan set pyrex,,,, waduhhhh






Giliran akak pula nak menjamu selera sampai lupa nak ambik gambar kaum kerabat semua, hahah,,hadoiiii


Arissa n syahirah, cantik tak baju raya saya,,




Cantik tingkap lama kat belakang tu kan,, lupalak nak ambik gambar depan rumah pusaka nenek belah bapak.


Okla, oleh kerana tuan punya blog sibuk menjamu selera sampai lupa ambik gambar raya, so kita throwback kenangan beraya 2014 kat rumah tok cikmat ni,,,tu pun belum sempat n3 lagi edisi raya tahun lepas haha, layannn



Raya tahun lepas dapat makan nangka fresh lagi,,, Aidil n tokcik mat








Ragam beraya,,,tengok tu kat belakang aksi farhan n adam, hihi


Sambung beraya lagi ke rumah pakcik utoh n kak asmah. Rumah mereka kat depan rumah tokcik mat je. Jalan kaki lah dekat je,,,








Meriah betul anak anak sedara nii, posing lagi macam biasa kalau tengok muka makcik dia yang ambik gambar hahaha,,, suka sangat gambar nii


Candid kamera raya 2014 di rumah pakcik utoh,








Sambung beraya lagi ke rumah tokcik yang,,,







Bukan senang nak bergambar camni tiap tiap tahun,,,alhamdulillah tahun ni bapak dapat bergambar bersama adik beradiknya dan anak cucu semua.


Makan makan sampai lupa akak nak ambik gambar raya kat dapur,,sesekali makan terlebihkan raya nii,  so kita tengok gambar kandid raya 2014 di rumah tokcik yang pulak,










Macam biasa akak dengan hobi pinggan mangkuk pyrex lama tak boleh dipisahkan,, nampak je mata tuu hahah,,,





Time ni mak n bapak budak nak berborak dengan sepupu2 mak ye, anak anak boleh layan tv,,, kikiki


Terima kasih bagi duit raya,, errrr mak budak tak dapat ke, hahah.






Meriah sangat bila beraya ke rumah tokcik,


Ok jumpa lagi dengan cerita raya yang lain.

Bye.

Rabu, 19 Ogos 2015

Kisah Raya Pertama

Hai , assalamualaikum bertemu kembali. Harini nak sambung lagi cerita hari raya pertama, macam biasa kalau di kampung saya, selepas selesai solat hari raya kaum lelaki akan beraya dari rumah ke rumah ikut pembahagian tempat tinggal dia orang. Biasalah kalau di Johor tu memang terkenal dengan kampung parit kan, so ada kedudukan kampung itu samada di bahagian laut n darat n tengah,, emmm fahamke uolssss nii,,, apa yang akak cakap harap2 faham ye, alhamdulillah pada tahun ini bapak diberikan kesihatan yang baik untuk turut menyertai aktiviti baraan atau marhaban raya yang merupakan satu aktiviti tahunan setiap kali menjelmanya bulan syawal. Bapak kira termasuk golongan orang lama di kampung. Jom layannn gambar,,,


Juadah raya



Kek n biskut raya



Istimewanya tapai banjar emak rasa daun pucuk manis, tahun nii emak buat 8 kg,,, 5 hari raya je dah licinnnn,,,,

Yang ni kat beranda luar rumah, macam biasa semua sudut kena ada kuih raya biar senang tetamu nak merasa kan,,, tapi kalau kat rumah saya satu sudut je kat ruang tamu hahah,,,




 Pemandangan di depan rumah menerima kunjungan team baraan,,,




Ucapan dari bapak,,,




Macam biasa danish akan di suruh bagi duit raya kat budak budak oleh mama, hihi suka dia





Mana yang dah biasa dengan tapai banjar emak, memang mereka akan makan,, biasanya orang berumur lah, budak2 tu kuranglah sikit.




Arissa, nelly n farhan bergambar bersama tokcik blmm,


Bila sepupu datang beraya,,,,




Nak jumpa all my cousin ni biasanya time raya je, biasalah masing2 ada kerja n tanggungjawab kan,, kak azie, mariana n linda anak arwah pak ngah sebelah bapa.



Maaf gambar kurang memuaskan, masih bercita cita nak beli kamera mahal, belum cukup duit lagi so gunalah kamera lama ni janji ada gambarkan,,,hadoiiii



Yang ni sepupu saya belah emak,,, kelihatan emak n adiknya acik timah n ijai






Aidil n ijai


Kak aida n suhada,, ade iras kee,,,,





Emak n acik timah



Ok jumpa lagi ye,,, cerita raya tak habis lagi, bye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...