Selasa, 1 September 2015

Masakan Banjar Untuk Tetamu Datang Beraya Ke Rumah

Asssalamualaikum semua. Harini kita tengok gambar makanan orang banjar johor ya, nasi gaul dan kuah belacan bersama lauk kari. Sedap tawww. Adik ipar pun first time makan, hihi. Saja buat kelainan untuk raya tahun ni memasak lauk banjar pulak.




Air belacan yang sedap,,, ni puji diri sendiri ni,,,



Kiranya daging tu lebih kurang macam masak daging tomato je,, boleh pilih samada nak rebus daging atau ayam sebelum masakkan kuahnya.




Sangat popular nasi gaul ni bagi masyarakat banjar  di johor 




Ok jumpa lagi di lain catatan.

Bunga Api Dan Hari Raya

Salam ceria kepada semua sahabat WN. Jom layan gambar anak anak n anak sedara main bunga api. Bila tengok budak budak ni bermain bunga api, teringat zaman kecik kecik dulu. Apapun memang kena ada pengawasan daripada orang besar apabila bebudak ni bermain bunga api. Seram jugak ohh bila bermain dekat dekat tuu,,













Kek Raya

Salam mesra kepada semua pembaca WN. Nak tunjuk juga kek kek raya hasil air tangan sendiri. Ada juga yang tak sempat nak ambik gambar disebabkan malas n lupa hihi. Layannn,,,




Kek lapis asam manis






Kek kukus buah,,, 4 jam ohhhh,,, kali pertama mengukus kek dengan menggunakan bekas plastik




Memang bercinta juga nak menyiapkan kek lapis idola, apatahnya lapis untuk adunan coklat dan milo tidak boleh terlalu lama atau hangit, jika ini berlaku lapisan kek akan menjadi keras,, so kena rajin tinjau oven juga.




Yang ni kek lapis cempedak memanglah bercinta melapis selama 5 jam


Ada lagi yang saya buat kek lapis sisik ikan asam manis, alhamdulillah menjadi juga dan rasa pun boleh tahan sedap serta corak pun cantik, suka sangat sampai lupa nak tangkap gambar. 

Kali pertama juga membuat cheese coklat brownies bertoping blueberry, pun ok kejadiannya. Semua kek ni kami bawa balik ke kampung untuk dinikmati oleh ahli keluarga. Anak anak kurang gemar makan kek lapis.

Ok jumpa lagi di lain catatan.

Beraya Sambil Cuci Mata

Salam  mesra kepada semua pembaca WN, cerita harini layan lagi gambar beraya ye,,



Suasana raya di rumah kampung onyang,, 





My hobi suka tengok lemari lama,,,




Kali pertama nampak dulang buah buahan nii,, peninggalan nyaii sebelah hubby





Seronoknya dapat duit raya





Menghargai barang barang lama dan segan untuk bertanya kepada tuan rumah kalau tidak mau menyimpannya,, boleh passs kat tuan punya blog haha,,






Sangat rajin kakak kepada mil, walaupun dah berusia 80 lebih beliau tetap gagah berkemas





Tiba tiba teringat keenakan kek marble belang lama nii,,,sedapnyaaa,,tak samalah rasanya kalau buat sendiri ,tepung kena jemur n bakar atas sabut kelapa,,





Bahulu berempah,, tak taulah bila nak buat bahulu macamni,,,keenakannya jangan tanya ye,,setahun sekali je makan camni kat rumah makcik2 yang veteran,,





Yang ni pun ok bahulu gulung,,, wak moknah kata tepung n gula kena jemur lepas tu rempah kuihnya bukan beli kat kedai buat sendiri dan bakarnya atas sabut kelapa kalau gunakan gas saja rasa kurang sedap,,,macam rumit aje kan , pada pandangan saya orang orang yang muda ni kenalah belajar dengan orang yang veteran selagi mereka masih ada, bukannya apa boleh dikatakan zaman sekarang kebanyakan daripada kita suka je untuk beli kek n biskut yang dah siap untuk dijual,, emmm kalaulah dekat dengan rumah makcik2 ni , nak juga saya belajar.

Wah panjangnya saya membebel pasal kuih lama, ok cukup setakat ni nanti kita sambung cerita lagi.

Aktiviti Raya Ketiga


Salam sejahtera kepada semua sahabat pembaca WN. Semoga sihat sejahtera di samping cuti hujung minggu  hari kemerdekaan. Sekarang saya dan keluarga tengah melepak di kampung bercuti bersama ayahanda dan bonda. Best kalau balik kampung, nampak hijau je pemandangan di kampung dan anak anak yang kecik bebas berlari dan menaiki basikal keliling rumah atoknya.

Kita sambung semula cerita beraya ye,,, wah memang menguji minda dan kekuatan mental jugak nak menulis cerita raya nii,,, apapun layan gambar ajelah.


Masa ni kat rumah mak long, kakak emak, macam biasa kalau beraya kat sini kami akan dihidangkan dengan lauk kampung, memang best,,,



Enak bangettt,,,



Ngape kek marble ni sedap ekk,, selalu kalau akak buat tak sesedap camnii,,,,



Bersalam salaman ngan nenek long n auntie anna


Masa ni beraya kat rumah abang emak, rumah dekat dekat je depan rumah mak long






Beraya kat rumah pusaka arwah nenek





Rumah ni sunyi bila nenek dah tiada,, apapun rumah kampung macamni yang saya suka pandang2 bila meronda naik motor kat kampung, hihi



Ada tak kawan kawan di luar sana tahu mana nak dapat lagi sarung kusyen baldu yang warna warni tuu seperti gambar di bawah, dah puas meronda kat pekan Batu Pahat,, katanya dah takde jual lagi,, adoiiii baru nak berangan konon nak beli sofa lama n letak kusyen baldu,,, err kalau ada info tolong bagitau akak ye,,






Pak usu Aidil n acik nain


Saya sangat suka tingkap lama sebegini ditambah pula dengan cermin yang kaler2 kat atas tu,,,,




Suka pandang gerobok nii



Throwback raya 2014, suka gambar ni sebab ada cermin lama yang unik tu n bidai bercermin di belakang tu,, kak long fatin, kak ngah ibrati, eisya, arissa n balkis.

Ok jumpa lagi di lain catatan.