Sabtu, 8 Januari 2011

Bertemu Juga Akhirnya Si Bunga Kangkung





Salam 1 Malaysia. Pada hari ini, saya nak kongsikan dengan rakan rakan maya semua tentang hadiah yang dapat ku miliki di awal tahun baru 2011. Akhirnya dapat juga ku memiliki si creamer BK yang cantik menawan ini. Hampir setahun ku menunggu alahai kesian juga dengan sugar bowl yang tiada pasangan itu, nasib baik ku masih setia menunggu kehadirannya walaupun banyak risikan untuk meminang sugar bowl yang tiada berteman itu. Alhamdulillah bersyukur di atas kurniannya.





Serasi bergandingan bersama





Terpegun dengan keunikannya







Tertawan dengan kecantikannya pula






Permisi dulu ye, bye2.


Khamis, 6 Januari 2011

Arissa Melangkah Ke Darjah 1

Salam 1 Malaysia. Selamat menyambut tahun baru 2011 kepada rakan rakan maya semua. Kali ni nak cerita pula tentang ragam anak anak ke sekolah dan ibu bapa bila memasuki tahun baru. Aduhai memang penatlah dua hari lepas ibu bapa turun naik pejabat nak bayar yuran, membeli buku aktiviti dan buku tulis di sekolah kebangsaan dan agama. Kalau anak seorang taklah terasa penat tapi anak saya ada 3 orang yang bersekolah pagi dan petang, banyak yang kena uruskan.


Pada minggu pertama ni rasanya anak anak happy je sebab tak perlu menaiki van ke sekolah tapi minggu kedua mereka dah mula nak menaiki van atau bas, hi3 terpaksalah mereka beratur menunggu giliran tak kiralah darjah satu ke, ini memang merupakan pengalaman pertama bagi arissa ke sekolah kebangsaan walaupun dah biasa menaiki van Smart Reader semasa usia 5 tahun lagi.




Bila anak anak dah balik dari sekolah, sibuk pula para ibu melihat samada baju kotor ke tak, biasalah budak budak ni kadang kadang makan terlalu laju di tambah pula dengan suasana kantin yang sesak, habis comot baju dengan sambal dan cili sos atau air milo tertumpah, penatlah para ibu merendam baju yang kotor tuu di tambah pula dengan cuaca yang tak menentu pada petang hari yang selalu hujan, habislah baju sekolah agama dan kasut yang putih tu menjadi hitam comot terkena lecak. Jomlah kita layan gambar pulak asyik membebel je saya nii, hi3






Sempoi jee, bawak beg ringan ada alat tulis dan pensil warna je, lepas 3 minggu ada ujian dan tentukan kelas barulah saya bawa beg warna pink yang besar tu dan semua buku teks dan aktiviti tuu, tapi ikut jadual la.






Saya duduk di belakang la, ramai juga kawan kawan yang berbadan besar kat kelas ni







Amboi penuhnya pelajar kat sekolah agama ni, tahun satu ada 4 kelas setiap kelas ada 35 orang, belum campur dengan tahun 2 hingga 6, takutnya saya bila nak pergi kantin ni, agaknya itu yang arissa fikirkan kot, hi3 janganlah risau arissa ,abangmu kan ada bolehlah tengok tengokkan adik tuu,



Ok lah ye, jumpa lagi di lain n3 semoga terhibur membaca catatan nii, untuk para ibu suri rumah semua, ceria ceriakan diri anda, senyum selalu melayani karenah anak anak di musim persekolahan ini, happy cooking dan bye2.