Khamis, 20 Oktober 2016

Bertemu Kembali

Asssalamualaikum semua, apa kabar. Semoga sihat2 selalu. Dah lama sangat blog ni tidur, so harini nak update apa apa yang patut. Ramai juga kawan2 antik yang blognye pun senyap macam akak. Cerita terbaru tahun ni akak adalah mengikuti beberapa kelas kek yang semestinya chef yang mengendalikan kelas kek ni amatlah popular, kelakar dan sangat pemurah apabila menjamu peserta2 masa makan tengahari, Teka sapa dia,,,,,, dah tentulah Chef Amer di Akademi Chef Amer, Kelang. Apalagi layanlah gambar tu ye,,,,,,



  
 Breakfast maaaa, ubi rebus n sambal ikan bilis powerrr,,,,,,




Ni dia biji kopi,,,,, akak pun jakun first time tengok biji kopi,,,,



Gelagat rakan2 ,,,,, kena test coklat dulu kat atas dagu ,,, hahah


Anak Chef Amer,,,serba boleh macam ayahnya juga,,,,,


Menu tengahariiii,,,,,, rugi tak makan kalau takat sepinggan jewww,,,,tengok lauk tu cik kak n cik abang,,,,,yang nak diet tuu kalau nak p kelas chef memang tak sesuai,,, hahaha,,,,makan bertambah2, alhamdullillah chef, semoga chef dimurahkan rezeki selalu.




Spesel maa,,, ayaq katira,,,, tak sama ngan pasaq malam,,, sendiri kena rasa kalau nak cuba bertapa enaknye air katira tuu,,,,



Korang tengok gambar ni, jangan terliur sudah ye,,,,


Fuyoooo,,,,, manyaknye ambik,,,, sapa punya pinggan nii,, hahaha



Macam2 lauk ada, ayam bakar, tempe goreng dan lain2,, korang pilih sendirilah yeww,,,,, janji sodappp.



Ada cara nak buat kek cheese strawberry tercacak nii,,, kena guna ring yang lebih kecik dari acuan kek tauuu,,,, tak p kelas tak tauuu,,,, carilah kat googlee, takdenya orang nak cerita lebih2 tentang teknik2 macam niii,,,



Kecoh kelas bila geng2 utara mai,,,, memang sporting diaorang niii,,, semuanya bakers hebat2,,,,,Cayalah,,,, orang yang dah profesional pun masih menuntut ilmu apalagi orang yang baru terkial2 macam akak nii,,,,, 



Sentiasa ketawa n bergelak2 dengan chef amer yang tak lekang dengan lawak jenakanye,,,, baik p kelas chef daripada tengok maharaja lawak syok sendiri tuuu,,, ada jugak ilmu pengetahuan yang masuk kat otak akak yang senior nii,,,,dah berumur baru nak belajar wat kek,,,,kooo adaaaaaa,,,, jangan marehhh,, akak gurau jeww,,, haha








Kesemua akak dah try,, resepi menjadi jangan risau, tarak tipuuu,,,, semestinya kita n anak2 suka makan,,,,daripada beli kat luar baik buat sendiri u,,,,




Kek durian ni belum try,,, tunggu durian kat kampung berbuah,,,





Kek sangat cantik dekonye,,, sedap di makan,, baru ku tahu ada kek nenas, peach, ice blended, butterscotch kalau tak p kelas tak tauuuu,,, asik2 buat kek coklat moist ajaaaa,,,, setuju kaa,,,,




Budak Farhan niii, akak dah ajar dia deko2 kek,,,,, biar anak2 kita ada skill n diberi pendedahan dari kecil lagikan,, zaman dah berubah,, kalau dulu semua orang mementingkan pelajaran bukan kemahiran,,,, sekarang niii dari segi kemahiran kalau kita ada kepandaian, dah boleh buat extra duit. Ok lah yee, terima kasih baca coretan akak, jumpa lagi.

Rabu, 27 Januari 2016

Jug Buah Anggur

Salam ceria kepada semua teman pembaca WN semua, dah lama juga saya tak kongsikan gambar hobi mengumpul pinggan mangkuk atau barang barang lama, so bila mood rajin muncul,,, harini kita tengok gambar pelbagai spesis barang2 lama yang popular zaman 70an dulu salah satunya jug. Emak kata jug anggur ni dulu beli sekali dengan cawannya tapi cawan semuanya dah pecah. Kalau kita tengok balik gerobok  kat rumah nenek atau makcik2 senior biasanya masih ada lagi diaorang simpan cawan anggur kalau tak silap saya ada garis hijau n biru lagi di bawah corak anggur tu yang saya pernah nampak masa berhari raya dulu. Pernah juga ternampak kat fb jualan barang lama pun masih ada peniaga online yang menjual jug dan cawan anggur ni.

Memandangkan di mata saya jug ni ada kelainan yang tersendiri, dengan muka tak malu saya pun meminta dengan emak dan gantikan dengan jug yang baru yang lebih ceria berwarna warni sesuai dengan zaman milenium, haha.



Walaupun rim gold sudah sedikit pudar tetapi ianya tetap menawan hatiku.



Jug yang berat so simpan dalam kotak dulu, macam biasa. Ok bye.

Bekas Kuih Tiga Segi AG






Salam mesra kepada semua rakan maya WN. Harini  nak tunjuk koleksi bekas kuih pyrex triangular autumn glory. Kira paling lambat jugaklah nak dapatkan koleksi triangular ni, dah kumpul pyrex dekat 2 tahun baru dia muncul, itulah cabaran bagi pengumpul pinggan mangkuk lama tak semua barang yang kita ingini akan dapat dikumpulkan sekelip mata juga bergantung kepada keadaan harga barang pada ketika itu. Sebagai kolektor macam akak memang kena pandai budget kalau nak beli barang2 lama ni. Kalau harga terlalu tinggi anggaplah itu bukan rezeki kita dan ukur baju di badan sendiri sebelum hendak membeli sesuatu barang. Kalau rajin dapat cari pyrex pyrex kat kampung lagi bestkan, terus direct beli kat makcik2 tu, tapi kenalah pandai berkomunikasi, hihi, Wokey,,, bye.

Jug June Rose n Autumn Glory

Salam mesra kepada semua sahabat WN. Semoga ceria selalu. Harini nak tunjuk koleksi jug pulak, adoiiii haha, jangan menyampah sudahla ekk,, ingatkan koleksi teko, pinggan, cawan, mug je yang ada kan n la niii dah tersesat kumpul jug pulak, adoyaiii apapun layan gambar jelah. Jug ni pun beli sebab nak padankan dengan koleksi pyrex jr n ag. Buat masa ni hanya jug je yang ada, cawan belum tersesat jumpa lagi. Layannnnn,,,






Selasa, 19 Januari 2016

Mug Kit Kat 2016

Salam mesra kepada rakan rakan maya,, harini layan mug kit kat 2016 ye, macam biasa akak beli kit kat ni semata mata nak dapatkan mug, hihi biasalah kan bila nak dekat raya cina pastinya setiap tahun mug kit kat akan muncul. Memandangkan kit kat ni mahal, jadinya kira setahun sekali je lah kami makan coklat ni itupun kalau dapat mug free,,, setuju ke,,,




Ada 3 corak untuk tahun baru 2016, memang cun rugi kalau tak beli dan mug pun besar gedabak. Harga macam biasa je sama tiap2 tahun,,



motor vespa biru


bas merah 2 tingkat 



bas biru,

 tu jelah cara senang nak kenal mug ni, kadang2 staff yang jaga dekat kaunter free gift tu pun tak boleh kenal 3 corak ni. Ok jumpa lagi.



Khamis, 14 Januari 2016

Hari Pertama Persekolahan Farhan

Assalamualaikum, apa kabar semua, semoga sentiasa sihat bersama keluarga. Lama jugak kita tak bersua di alam maya, apapun moga kedatangan tahun baru 2016 ini, kita semua diberkati Allah dan semoga azam baru yang kita inginkan akan tercapai.

Hari pertama persekolahan farhan di tahun 1, fuhhh,,, penuh dengan beg warna warni budak budak sekolah ni, tercuci mata akak, ada kartun frozen, princess, batman, boboboi dan lain2. Best jugak cuci mata tengok beg sekolah. Layan gambar,,,,



Relak je farhan,,,


Duduk dalam barisan mengikut kumpulan yang diberikan



Tahun 1 ada 12 kelas,, tak silap semuanya ada 487 orang, boleh bayangkan satu kelas berapa orang, hihi takpe farhan  apa yang penting kuatkan lagi usaha n belajar rajin rajin.



Dah besar sepet mama nii,,,



Penuh sesak dengan ibu bapa di hari pertama persekolahan


Gelagat farhan semasa membeli uniform sekolah,,,






Semestinya jenama canggih jadi pilihan kerana mutu kainnya yang ok n senang nak gosok. 

Ok, jumpa lagi di lain waktu.