Memaparkan catatan dengan label Lauk Pauk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lauk Pauk. Papar semua catatan

Ahad, 9 November 2014

Ayam Masak Limau Purut

Salam mesra kepada semua pembaca WN. Semoga anda semua sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. Harini memang mood terlebih rajin, so macam biasa google resepi masakan dan apabila lauk ayam dah siap sememangnya berbau satu rumah dengan bau limau purut. Rasanya memang sedap gerenti tak menyesal kalau buat. Penggunaan rempah masakan yang beraroma iaitu ketumbar, jintan manis dan jintan putih disertai dengan serai, lengkuas, kunyit dan halia memang terangkatlahh,,,, jom layan gambar







Kepada rakan rakan yang nak mencuba tu, boleh tengok resepi kat sini. Terima kasih pada kak azie kitchen di atas perkongsian resepi yang mudah dan enak. Hingga jumpa lagi.


Jumaat, 7 November 2014

Asam Pedas Melaka Baik Punya

Salam mesra kepada semua rakan pembaca WN. Semoga anda semua sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. Kalau tengok tajuk kat atas,, rasa terus nak masak asam pedas tak,,, hahaha.

Oleh kerana minggu ni saya terlebih rajin meng"google resepi dekat blog masak maka dengan sendirinya tanpa ada paksaan vitamin rajin pun dah terover,, so saya pun masak asam pedas berlainan dari resepi yang biasa selalu masak. Hasilnya memang sangat memuaskan dan berbau satu rumah dengan asam pedas melaka, hahaha. 

Bukan saja anak anak yang berkata sedap, saya sendiri yang masak pun rasa sedap, Jom cubalah ye,, tak rugi kalau kita mencuba resepi yang baru, so lepas ni tak payah jalan ke Melaka kalau nak makan asam pedas. Masak sendiri lagi jimatkan. Layan gambar dulu ye.






Masih terasa kesedapannya. Penggunaan belacan, halba, lada hitam memang menambahkan lagi keenakan rasa asam pedas rupanya, baru akak tau dik. Terima kasih kepada penyumbang resepi ya.




Puas anak anak makan asam pedas ikan merah ni.



Kepala ikan untuk bapa budak makan, hihi.




Walaupun takde bunga kantan, nasib baik ada daun kesum, janji ada, tu yang penting untuk menambahkan aromanya, Resepi asal ada bunga kantan tau, lagilah enak asam pedasnya. Alahai.
Kepada rakan rakan yang ingin mencuba, boleh tengok kat blog cik ayu, di sini.

Hingga jumpa lagi, bye.


Khamis, 30 Oktober 2014

Ikan Siakap Kukus Chinese Style

Salam mesra kepada semua pembaca WN. Mood malas pulak melanda, tapi nak juga kongsi gambar masakan semalam . Bila terbaca beberapa blogger buat n3 pasal nuffnang so saya pun semaklah akaun nuffnang,,adoii password pun dah lupa, teruknyakan,,, hahaha nak tergelak pun ada. 

Kikikih. Orang lain rajin update blog sampai dapat rm 1 k atau beratus, saya pulak duit boleh dihitung dengan tangan. Tiba tiba terfikir bagus jugak kalau ada pendapatan sampingan dari blog.

Bilalah  semangat rajin nak muncul nii,,, cuma fikir boleh ke tidak saya nak update blog setiap hari,, tepuk dada tanya diri masing masing kan,,,,

Oklah layan ikan nii,,,,first time masak cara ni, hasilnya memang mantap,,,,,



Tengok tuu,, bekasnya kecik tak muat kepala ikan nak landing,,,




Sedap je nampak,,,,,,



Buat 2 ekor ikan kukus siakap tuu,,, tup2 budak2 balik sekolah terus makan, lapar hujan hujan kan terutamanya waktu petang, gambar pun tak sempat ambik lagi,,, hahaha

Sememangnya budak2 tanya,,, masak apa ni mama,, tak pernah buat pun sebelum nii,,saya tanya kat anak anak,, emmm sedap tak,, diaorang kata bolehlaaa,,,,biasanya saya selalu masak ikan siakap goreng pedas tak pernah lagi beriya nak mengukus ikan,,, bukannya apa, dulu sebelum berminat dengan dunia baking memang kurang rajin mencuba resepi, rasanya sekarang dah terlebih vitamin masak masak. Hahaha





Memandangkan periuk kukus pun kecik, so ikan kena masuk dalam loyang bulat yang sesuai. Nampak gaya saya kena beli periuk kukus yang baru. Nak tanya pendapat kawan kawan , periuk kukus jenama apa yang sesuai yang boleh kukus kuih kek sarawak, atau masak2 nasi kukus ke dengan kuantiti yang banyak,,,,, brand apa yang elok untuk dibeli,,,periuk kukus nii emak yang hadiahkan masa kawin dulu, terima kasih emak. Sangat berjasa periuk kukus dari emak ini, kalau anak khatam al quran , biasanya memang saya akan kukus pulut kat periuk cap buaya dari emak ni. Kalau bab bab beli periuk n kuali memang saya kurang mahir tapi kalau bab2 nak beli pinggan mangkuk lama atau pyrex,,,, terlebih mahir,, hihi.




Untuk buat sos ikan pulak saya  cuma guna sos yang ada kat rumah je, resepi yang sangat senang. Stok ayam pula saya gantikan dengan kiub ayam.

Kepada pembaca budiman yang nak cuba resepi ikan siakap kukus ni , boleh tengok kat sini. Tq kak azie di atas perkongsian resepi yang enak ini.

Hingga jumpa lagi.




Isnin, 20 Oktober 2014

Senangnya Masak Nasi Minyak

Salam ceria di petang isnin, bertemu kembali. Tadi kita cerita pasal daging masak hitam, so sambung cerita pulak dengan nasi minyak ye.

Nasi minyak ni pun saya gunakan resepi dari azlita masam manis, untuk dimakan bersama dengan daging masam hitam. Memang gandingan yang sesuai tau. Saya gunakan beras basmathi faiza yang belum habis2 lagi untuk stok raya puasa lepas. Daripada terperuk beras basmathi kat dapur baik kita rajinkan diri masak nasi minyak ke, beriani ke, nasi arab ke hihihi. Jika ikut resepi ita, beliau gunakan beras jasmine pusa gold extra long nanti next time nak cuba masak guna beras tu,, mesti nasi minyak tuu jadi super duper sedapp n gebu lagi, Jom layan gambar.







Gandingan yang sesuai, Selamat mencuba ye, Sila cek resepi kat sini

Jumpa lagi.

Sedapnya Daging Masak Hitam

Salam mesra kepada rakan rakan pembaca blog WN. Harini kita tengok makanan pulak ye. Ada tak rakan rakan blog yang dah pernah try resepi dari azlita masam manis nii, ruginya kalau anda tak cuba. Jangan tak percaya tau,, tersangat sedap sehingga habis sekuali dikerjakan oleh anak anak. Tq ita di atas perkongsian resepi yang sedap ini. Sebenarnya anak anak taklah berapa suka makan daging, jadi bila dah rajin check resepi kat blog ita, macam sedap jeee, tu yang saya cuba apalagi memang banyak stok daging qurban masa raya haji lepas.








Masih terbayang bayang kesedapannya,,, jangan tak cuba ye.

Ni resepinya,, bolehla cek kat sini. Ok kita jumpa lagi. Bye.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Senangnya Masak Ayam Masak Merah

Assalamualaikum kepada semua teman teman pengunjung blog WN. Semoga anda sentiasa sihat dan ceria hari ni.

 Jom harini saya nak kongsikan resepi masakan ayam masak merah yang pada saya sangat sedap dan simple je,,, cuma guna barang barang asas yang ada di dapur tak perlu nak beli tomato puree atau madu untuk menyedapkan masakan . Resepi ni saya cuba dari blog kak azie kitchen,,, tengok sini

Terima kasih kak azie kerana sudi berkongsi resepi yang sedap nii,,,
Bila tengok anak anak makan sehingga menjilat jari, kita pun suka dan bersemangat nak cuba lagi resepi daripada rakan rakan blogger yang memang handal memasak. Eemmmm, kalau nak tahu rasanya sedap ke tak,, kenalah berexperimen kat dapur ye,,,bye bye