Rabu, 27 Januari 2016

Jug Buah Anggur

Salam ceria kepada semua teman pembaca WN semua, dah lama juga saya tak kongsikan gambar hobi mengumpul pinggan mangkuk atau barang barang lama, so bila mood rajin muncul,,, harini kita tengok gambar pelbagai spesis barang2 lama yang popular zaman 70an dulu salah satunya jug. Emak kata jug anggur ni dulu beli sekali dengan cawannya tapi cawan semuanya dah pecah. Kalau kita tengok balik gerobok  kat rumah nenek atau makcik2 senior biasanya masih ada lagi diaorang simpan cawan anggur kalau tak silap saya ada garis hijau n biru lagi di bawah corak anggur tu yang saya pernah nampak masa berhari raya dulu. Pernah juga ternampak kat fb jualan barang lama pun masih ada peniaga online yang menjual jug dan cawan anggur ni.

Memandangkan di mata saya jug ni ada kelainan yang tersendiri, dengan muka tak malu saya pun meminta dengan emak dan gantikan dengan jug yang baru yang lebih ceria berwarna warni sesuai dengan zaman milenium, haha.



Walaupun rim gold sudah sedikit pudar tetapi ianya tetap menawan hatiku.



Jug yang berat so simpan dalam kotak dulu, macam biasa. Ok bye.

Bekas Kuih Tiga Segi AG






Salam mesra kepada semua rakan maya WN. Harini  nak tunjuk koleksi bekas kuih pyrex triangular autumn glory. Kira paling lambat jugaklah nak dapatkan koleksi triangular ni, dah kumpul pyrex dekat 2 tahun baru dia muncul, itulah cabaran bagi pengumpul pinggan mangkuk lama tak semua barang yang kita ingini akan dapat dikumpulkan sekelip mata juga bergantung kepada keadaan harga barang pada ketika itu. Sebagai kolektor macam akak memang kena pandai budget kalau nak beli barang2 lama ni. Kalau harga terlalu tinggi anggaplah itu bukan rezeki kita dan ukur baju di badan sendiri sebelum hendak membeli sesuatu barang. Kalau rajin dapat cari pyrex pyrex kat kampung lagi bestkan, terus direct beli kat makcik2 tu, tapi kenalah pandai berkomunikasi, hihi, Wokey,,, bye.

Jug June Rose n Autumn Glory

Salam mesra kepada semua sahabat WN. Semoga ceria selalu. Harini nak tunjuk koleksi jug pulak, adoiiii haha, jangan menyampah sudahla ekk,, ingatkan koleksi teko, pinggan, cawan, mug je yang ada kan n la niii dah tersesat kumpul jug pulak, adoyaiii apapun layan gambar jelah. Jug ni pun beli sebab nak padankan dengan koleksi pyrex jr n ag. Buat masa ni hanya jug je yang ada, cawan belum tersesat jumpa lagi. Layannnnn,,,






Selasa, 19 Januari 2016

Mug Kit Kat 2016

Salam mesra kepada rakan rakan maya,, harini layan mug kit kat 2016 ye, macam biasa akak beli kit kat ni semata mata nak dapatkan mug, hihi biasalah kan bila nak dekat raya cina pastinya setiap tahun mug kit kat akan muncul. Memandangkan kit kat ni mahal, jadinya kira setahun sekali je lah kami makan coklat ni itupun kalau dapat mug free,,, setuju ke,,,




Ada 3 corak untuk tahun baru 2016, memang cun rugi kalau tak beli dan mug pun besar gedabak. Harga macam biasa je sama tiap2 tahun,,



motor vespa biru


bas merah 2 tingkat 



bas biru,

 tu jelah cara senang nak kenal mug ni, kadang2 staff yang jaga dekat kaunter free gift tu pun tak boleh kenal 3 corak ni. Ok jumpa lagi.



Khamis, 14 Januari 2016

Hari Pertama Persekolahan Farhan

Assalamualaikum, apa kabar semua, semoga sentiasa sihat bersama keluarga. Lama jugak kita tak bersua di alam maya, apapun moga kedatangan tahun baru 2016 ini, kita semua diberkati Allah dan semoga azam baru yang kita inginkan akan tercapai.

Hari pertama persekolahan farhan di tahun 1, fuhhh,,, penuh dengan beg warna warni budak budak sekolah ni, tercuci mata akak, ada kartun frozen, princess, batman, boboboi dan lain2. Best jugak cuci mata tengok beg sekolah. Layan gambar,,,,



Relak je farhan,,,


Duduk dalam barisan mengikut kumpulan yang diberikan



Tahun 1 ada 12 kelas,, tak silap semuanya ada 487 orang, boleh bayangkan satu kelas berapa orang, hihi takpe farhan  apa yang penting kuatkan lagi usaha n belajar rajin rajin.



Dah besar sepet mama nii,,,



Penuh sesak dengan ibu bapa di hari pertama persekolahan


Gelagat farhan semasa membeli uniform sekolah,,,






Semestinya jenama canggih jadi pilihan kerana mutu kainnya yang ok n senang nak gosok. 

Ok, jumpa lagi di lain waktu.