Salam ceria kepada semua pembaca blog WN. Sibuk ke cuti sekolah nii,,,,hihi. Saya baru pulang bercuti dari kampung,,, memang banyak aktiviti apabila bersama mak dan bapak di kampung,,,, makan makan,, berkumpul bersama adik beradik, kenduri ,makan durian dan lain lain lagi. Harini jom lihat gambar majlis kenduri potong jambul dan akikah anak saya yang kecik nii,, Syahirah dah 9 bulan ,,,masa berlalu begitu pantas kan,,, beby pun dah nak mula belajar berjalan,,, jom tengok gambar,,,,layannn
Syahira niii kalau first time jumpa orang yang dia tak kenal,, mesti dia tak nak kalau orang tuu nak dukung dia n mesti nak nangis,,, so saya dah standby bagi susu kenyang kenyang dan layan aje laa beby tecik niii,,,,,semoga masa potong jambul nanti dia tak nangis,,,,,,hihi
Gambar gambar yang diambil di ruang tamu di luar dan di dalam rumah,,, di dapur juga kaum ibu sibuk menyiapkan hidangan utama untuk di sajikan kepada tetamu yang datang,,,,,kelihatan bapa juga sibuk meninjau ke dapur agar majlis berjalan lancar,,,,,bunga telur pun awal awal lagi dah siap diletakkan di atas meja bulat bersama haruman bunga rampai yang semerbak mengharum di ruang tamu rumah.
Alhamdulillah nasib baik syahirah tak nangis masa potong jambul tuu,,,, dah standby mainan kotak susu yang dia suka pegang,, hihihi. Kalau kat kampung biasanya hanya 3 orang saja yang gunting jambul beby,,,biasanya dimulakan oleh pak imam dan juga orang2 yang bijak dalam ilmu agama.Selepas potong jambul selesai dilakukan oleh ketiga2 imam tadi,, tetamu lain akan menyapu minyak berserta air wangi ke atas rambut beby tadi,,,,, wah panjang pulak saya cerita hihihi.
Dah selesai oleh pihak lelaki,,,beby di bawa masuk diserahkan kepada ibunya,,, sekarang giliran kaum ibu pula untuk merenjis minyak dan air wangi tadi ,Setelah doa habis dibacakan,,,, tetamu di sajikan lauk kenduri iaitu nasi beriani,, ayam masak merah,, dalca,, acar timun dan juga kambing masak berempah.Tidak ketinggalan juga sedikit kuih muih turut disajikan,,,,Ok lah rakan rakan sekelian,,, penat berceloteh niii,,, kita jumpa di lain catatan.
WARISAN NENEK BLOGSPOT. Warisan barangan lama nenek dan datuk mengimbau kembali segala nostalgia terindahku ketika kanak-kanak dahulu. Begitu juga tentang kisah kisah hobiku yang pelbagai serta cerita keluargaku turut dikongsikan bersama.
Rabu, 5 Disember 2012
Sabtu, 17 November 2012
JB Khyber
Hai rakan rakan dan semua pembaca blog warisan nenek,,,,, apa rancangan untuk hari esok,, tak nak pergi pasar karat ke,,,, hihihi,,. Yang mana dekat area KL tu bolehlaa pergi ke Amcorp Mall atau Anggerik Mall,,,macam biasa cuci mata tengok barang barang buruk laa. Rasanya banyak geng geng antik dah lama tak update blog,, semua dah berhijrah ke fb,,, hahaha termasuklah saya,,,,cuma cuti sekolah nii macam free sikit nak update,,, jomlaa tengok koleksi JB Khyber yang tak seberapa nii,,,,jommmm,,,,
tq semua,,, kita jumpa di lain catatan ye,, bye,,,,
Khamis, 15 November 2012
Yang tua tua saja,,,,
Salam maal hijrah 1434H kepada semua pembaca blog warisan nenek yang beragama islam. Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini kita sama sama berusaha untuk menjadi mukmin yang lebih bertanggungjawab melaksanakan suruhan allah dan meninggalkan segala larangannya. Bermulalah buku baru pada kita semua,,,, so kawan kawan yang mempunyai hobi yang sama seperti saya nii,,, hendaklah kita lebih berwaspada semasa membeli barangan PML agar kita tidak membazirkan wang begitu sahaja,,, kalau kita rasakan perlu barulah kita beli,,, kalau rasa tak mampu,,, biarkan saja,, inshaallah jika ada rezeki,,,dapatlah kita memilikinya suatu hari nanti,,,,
So harini layan gambar tureen tua ini,,, kata seorang peniaga antik ,,, yang tureen ini tuanya dalam era 40 ke 50 an,,,, First time saya tengok tureen nii terus jatuh cinta. Semestinya kalau corak corak sebegini banyak dari negeri jepun,,, heeppy viewing,,,, hihi,,,
Rabu, 14 November 2012
Selasa, 13 November 2012
kembali bersiaran
Khamis, 20 September 2012
RAYA 2012
Salam ceria semua rakan rakan,,,, semoga sentiasa sihat ye.. Harini nak tunjuk gambar masa raya tempohari,,, seronok betul bila beraya kat kampung kan,,,jom tengok bermula daripada gambar semasa berbuka puasa,,, malam raya bermain bunga api,, pagi raya bersama ibu bapa dan adik beradik dan gambar semasa rombongan marhaban berhari raya di kampungku,,,,,,, di Batu Pahat, Johor. Daaa,,, layan gambar ye,,,,
Juadah raya macam biasa mestilah ada ketupat,, rendang,, ayam masak merah, serunding dan pelbagai lauk pauk tapi yang best sekali ialah tapai pulut yang emak saya buat,,, tu yang paling famous kat kampung time raya je ada,,,,, raya tahun nii terasa sayu dan sedih sebab abang long telah tiada,, masa bersalam salaman dengan bapak dan emak semuanya menitiskan air mata, Ok lah rakan rakan semua,,, kita jumpa di lain catatan ye,,, bye
Khamis, 9 Ogos 2012
Berbuka Puasa Bersama Keluarga
Salam 20 ramadhan kepada semua pembaca blog warisan nenek di mana saja anda berada.
Apa khabar anda di sana,,, di doakan semoga anda sentiasa sihat sejahtera di samping menjalani ibadat puasa pada tahun ini. Dah soping hari raya ke belum atau terus soping pinggan mangkuk,,teko , tureen lama, jam lama dan segala - galanya lama sampai lupa pulak soping keperluan raya,,, hahaha,,, biasalah kalau dah nama geng geng antik dan lama,,,, tau tak ape..
Harini saja nak kongsi gambar gambar berbuka puasa bersama keluarga kat kampung dan anak anak masa hari pertama bulan puasa haritu,, saja lari topik pinggan dan teko lama,,, jom layan je lahh,,,,,bye
Haa,, lihat tuu si kecik farhan sibuk nak berbuka puasa jugak dengan atuknya,,, lauk pauk yang disediakan tuu kebanyakannya menu istimewa orang banjar Johor, Hihihi nasi gaul di makan dengan kuah belacan dan dagingnya tuu memang dah direbus siap ala ala warna merah macam nasi tomato dan di tumis balik menggunakan susu cair dan sos cili dan sos tomato. Tak sah rasanya kalau nak makan nasi gaul nii kalau takde kuah kari kacang dhal... Ikan siakap digoreng bersos pun ada,, ayam goreng sudah semestinya untuk anak anak.Ok lah pembaca sekelian ,, selamat menunaikan ibadah puasa,, moga moga tahun ini puasa kita semua lebih diberkati. Salam rindu.
Jumaat, 25 Mei 2012
Si Kotak Twin Rose
Apa khabar semua,, lama tak bersiaran blog warisan nenek. Biasalah kesibukan tugas sebagai surirumah dan kemalasan menyebabkan blog ni dah lama tak di update,,,, apa apapun harini saya nak mengkongsikan kegembiraan yang tidak terhingga kerana telah mendapat teko kotak idaman malaya nii,,, Jutaan terima kasih kepada rakan fb dari seberang yang telah merealisasikan impian ini,, hihi,, terima kasih ya mbak Manuella Kartini,,, Jom layan gambar
Langgan:
Catatan (Atom)