Khamis, 6 Jun 2013

Pasar Karat Muar

Salam 1 Malaysia kepada rakan rakan pembaca sekelian. Cuti sekolah pun bakal melabuhkan tirainya hujung minggu nii,,, sedar tak sedar dah 2 minggu kita bercuti cuti,,, hihi. Harini nak story masa pulang ke kampung haritu,,, jalan jalan ke pasar karat Muar. Seronoknya dapat cuci mata,,, barang barang kat sana pun mantap dan meletup,,,, memang antik dan lama,,, kepada seiapa yang nak pergi tuu lokasinya kat laluan jalan Muar - Kesang - Melaka ikut jalan lama ye. Dari tepi jalan besar dah nampak dah,,,,. Oh ye pasar karat Muar ni dibuka setiap sabtu dan ahad dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Jomlaa tengok gambar ye,,,,


wahhh beby syahirah cam takut je naik motorr tuu,, hihi takpe papa ade pegang,,,

aduss tak tahan motor kaler merah nii,, cun sangat


siapa sangka kan,, basikal lama , tempayan, guri, tin lama, botol buruk pun dah jadi ratusan dan ribuan ringgit sekarang,,,


barang nii rasanya dari gerai encik Roslan,, seorang peniaga barang lama, beliau juga mempunyai kedai di Melaka Cental,,, semua tip top,,, alahai jubin lama pun ada,, tapi tak sempat ambik gambar,,,haha dah beralih arah dari PML ke tiles lama pulak,,,dah terjangkit ngan yatt precious,, jangan maree yatt,,,



haa,, itupun dia encik Roslan tengah testing radio lama tuu,,,,first time dengar bunyi dari radio lama,,, aduss klasik sungguh,,,,,bila mau dapat daa,,,,hihi



kebanyakan barang PML kat sini semuanya boleh dikatakan ori,,, tak nampak pulak yang repro,,, hebat betul,,,,



alahai penulis pun nak bergambo sat,, kikiki



semuanya barang enamel,, periuk belanga,, dapur lama,,, biskut lama tak hihihi,,,


Gerai pakcik Bakar,, otai barang lama,,, pakcik ni kata dulu dia berniaga kat pasar karat JB,, sekarang tak aktif macam dulu sangat sebab faktor usia ,,,barang barang kat gerai pakcik nii semuanya dasyat,,, , terkesima tengok





  

gambar gambar pakcik Bakar dalam suratkhabar,,,, wah glamour pakcik nii




haritu lepas nampak barang barang tembaga nii,,, saya dan suami pun cuba selongkar kat belakang dapur kat belakang rumah emak,,,terjumpa jugak senduk tembaga, acuan kuih,,, tong racun tembaga pun kami dah asingkan,,, takut jugak kang nanti orang jual besi buruk datang angkut pulak,, kikikiki




hebatkan barang barang tembaga dari gerai pakcik nii,,,,ada yang beratus tahun tuu,,




waa,, tengok tuu adik penulis sedang berbincang mengenai pahar tembaga,,,,haha


Ok lah rakan semua,,,kita jumpa di lain catatan yee,,,, seronokkan cuci mata di pasar karat nii,, tak beli pun takpe,, janji kita dapat menilai betapa berharganya barang barang lama nii,,,, bye

Jumaat, 3 Mei 2013

Jualan murah clearkan store,,,

Salam semua pembaca blog WN,,, semoga anda semua sihat selalu,,, balik kampung ke tak mengundi niii,,,hihi,,harini ada sedikit jualan murah nak lelong barang ,, bagi ruang kat store pulak,, dah sempit sampai pass pass nak lalu aje,, hahaha,, yelah dulu masa membeli tak pernah hinggat,,, kikiki



2 biji cawan n alas 5 roses bentuk siku berkondisi baik rm60 saja tak masuk pos



2 biji cawan n alas big roses mulut bulat berkondisi baik rm60 tak masuk pos



2 biji cawan OCR tanpa alas rm30 tak termasuk pos



Teko bulat padi NOS rm60 tak termasuk pos



teko bulat buluh emas rm40 tak termasuk pos




 2 cawan n alas mini ros jepun rm50,,,,harga beli daa hihi ,, tak termasuk pos yee




2 mangkuk lompang dan 3 piring sos ros jepun rm40





oval plate 5 roses saiz 12 inci,, berat jenama ST china,,, rm 70 tak termasuk pos


6 cawan n 6 alas ,, kondisi baik dan NOS,, rm160 tidak termasuk pos



Ok jika berminat,, mesage saja 017-2359992,, tq, bye

Ahad, 10 Mac 2013

Si Kotak Bunga Kangkung

Salam semua,, apa khabar , di harap anda semua sihat sejahtera,,, lama juga saya tak update blog nii,,, always busy dengan kerja rumah dan anak anak,,, hahaha,, harini jom tengok gambar teko kotak bunga kangkung,,, sememangnya teko yang telah menjadi idaman saya semenjak mula mula mengumpul pinggan lama dahulu. 

Pertamanya ucapan terima kasih juga kepada teman facebook dari Indonesia,, saudara Ipoenk Purbo Antik dan saudara Vann Hoo Vann kerana telah merealisasikan impian saya ingin memiliki teko kotak yang cantik ini. Terima kasih banyak  kepada anda berdua,, jasa anda berdua amat saya hargai,,,,

Memang tak sangkakan,,, hobi mengumpul teko nii kita dapat menjalinkan persahabatan sesama teman teman dari pelbagai negara,,, justeru itu rakan rakan semua bolehlah  ke facebook Antique Porcelaine Collector dan juga Kelab Barang Lama,,,, kita lihat lihat apa yang patut ataupun cuci mata ye,,, janji kita heepy,,,, ok cukup sampai sini dulu bye,,,,,jom tengok gambar,,,,,,
























Saja saya letakkan teko 5 roses tuu buat penyeri si bunga kangkung,,, hahaha,,, bye,,

Rabu, 27 Februari 2013

Pelita Untuk Di Jual






Salam semua geng geng sehobi,, rasa nak meletgo pelita pulak,,,ada masalah penempatan tak tau mana nak parking,,, kalau ada teman teman yang berkenan tuu,,, mesage saje ok,,,layann gambar,,,







pelita segiempat biru dan hijau 4.5 inci RM 35 ,,,
pelita merah 5 inci RM 40







Pelita bintik hijau 8 inci RM 40









Pelita bentuk love 8 inci RM 50









Pelita crown 3 serangkai 4 inci,, ambik semua RM 60





Pelita porcelaine pink  9 inci RM 50



Yang ni pinggan n cawan pulak nak letgo,, jom tengok,,,,,,



5.5 inci pinggan sambal mungkum dan 7.5 inci pinggan makan sedang corak ros hitam,,,,RM 35 semua sekali 4 biji,, kondisi baik




Piring kuih buluh emas,, 6.5 inci RM 25


Kalau ada sesiapa yang berminat sila mesage
 017-2359992, tq bye.









Sabtu, 23 Februari 2013

Selamat Hari Jadi Syahirah

Hai rakan rakan semua,,, lama kita tak berjumpa ye,,, di harap semua rakan rakan pembaca setia WN semua sihat sejahtera. Harini hari jadi  Syahirah,,, dah setahun dah,, dah pandai berjalan laju dan mengomel gomel macam emak dia,,, hihi,,,semoga Syahirah  menjadi anak yang bijak dan soleh. Mama selalu doakan yang terbaik untuk semua anak anak mama.

Syahirah suka sangat dengan watak kartun mickey dan minney, so kek pun saya pilih watak kartun juga. Hadiah tak sempat beli lagi,,, semestinya macam nak beli anak patung minney,,,, hadiah yang biasa untuk semua anak anak adalah set trio,,, macam biasa pinggan dan cawan laaa,,, dah hobi emak dia suka kumpul pinggan,,,, haha jom tengok gambar,,,,layannn



















Bye,, jumpa di lain catatan ye,,, daa.

Rabu, 23 Januari 2013

Selamat Hari Jadi Farhan

Salam semua rakan rakan,, semoga sihat ye, lama saya tak buat n3 baru,, azam tahun baru nii,, memang nak rajin update blog macam dulu, inshaallah.

Harini hari jadi anak saya yang ke empat tahun, Farid Farhan,,dah masuk sekolah tadika pun. Awal tahun nii memang busy gan Farhan,, temankan ke sekolah dan hantar sampai kat depan kelas lagi...Biasalah suasana baru untuk Farhan,,, depan pagar sekolah pun nak nangis lagi hihihih.

Tahun nii mama nak bagi set trio cawan n pinggan untuk Farhan,, tak nak beli mainan ajee,, biasalah emak suka pinggan mangkuk kan,,,okk laa rakan semua,, layan gambar yee

Doa mama semoga Farhan menjadi anak yang soleh,taat kepada ibu bapa dan berjaya di dunia dan di akhirat.
























Selasa, 8 Januari 2013

Set Kopitiam

Hai sahabat semua,,,jumpa lagi kita di blog WN,, harini nak share gambar gambar batik kopitiam pula,,, masih ingat tak masa kecik kecik dulu bila ikut ayah minum ke warong warong kopi,, kebanyakannya menggunakan set cawan kopitiam kan,, sungguh nostalgia sangat bila terkenangkan bunga kat cawan kopitiam niii,,,jom layan gambar,,,,,,,


























Cawan kopitiam ni,, bila saya belek belek bunganya halus sangat coraknya tak macam jenis sekarang lebih kepada janji cop bunga kopitiam,, hihihi. Jom kita tengok tekonya pula,, layannn,,






Unik sekalikan,, kat tangkai teko pun ada motif lukisan batik,,,,




Lihat corak bunga motif batik di penutup teko,,,nampak antik sangat seusia tekonya,,,



Itulah ceritanya,, antara teko dan cawan memang tidak boleh dipisahkan. Kenangan mengusik jiwa semasa zaman kanak kanak tetap ku ingati. Menyimpan barangan lama memang mengimbau segala memori silam dahulu.Terima kasih juga kepada abang Khairol Amcorp Mall kerana sudi menjual set kopitiam ini kepada saya. 

Ok rakan rakan semua,,bye,kita jumpa di lain catatan.

Ahad, 6 Januari 2013

selamat tahun baru 2013

Selamat tahun baru 2013 kepada semua rakan rakan yang dikasihi,, semoga anda sihat selalu. Macamana dengan anak anak yang dah mula bersekolah pada minggu lepas,,, sibuk tak rakan rakan semua menguruskan anak anak??
 
Saya pun begitu juga. Kelam kabut jugak dengan si kecil Farhan yang dah mula di hantar ke tadika,,,rasa macam kecik aje,, tapi trend sekarang ramai anak anak yang usia 4 tahun dah di hantar ke sekolah,,, so saya pun ikutlah sekali,, hihihi,,,,, apalagi berumah bertanggalah kat tadika tuuu,,, nangis,,,, emm jangan ceritalah,,, beby syahirah pun saya bawa juga teman dia kat kelas dalam tadika tuu,, harap minggu akan datang nii  Farhan tak nangis lagi. Mainan ultraman yang mahal pun dah beli,,, dia kata kalau takde mainan ultraman tak nak pergi sekolah,,, so ikutkan jee lahhh,,,hihihi

Ok lah harini kita tengok gambar almari yee,,, almari ni saya beli ngan ezany,,, semua kenalkan,,saya dah isi dengan teko teko kotak saya tuu,,, jom lihat,, cantik tak,,, layannn,, bye,,

 





tata,, titi ,, tutu