Salam mesra kepada semua pembaca blog WN yang dikasihi. Jom tengok gambar, cuci mata tengok cover depan majalah saji bumper raya keluaran beberapa tahun yang lalu. Layan ye,,,,akak pun tak tau mana satu resepi biskut raya yang nak di cuba, hihi nampak semuanya menarik.
WARISAN NENEK BLOGSPOT. Warisan barangan lama nenek dan datuk mengimbau kembali segala nostalgia terindahku ketika kanak-kanak dahulu. Begitu juga tentang kisah kisah hobiku yang pelbagai serta cerita keluargaku turut dikongsikan bersama.
Rabu, 10 Jun 2015
Selasa, 9 Jun 2015
Belajar Deco Kek Dengan Lynn Hassan
Salam ceria kepada semua sahabat di alam maya, semoga anda semua sihat sejahtera selalu. Bagaimana dengan percutian bersama anak anak dan keluarga sepanjang 2 minggu musim persekolahan ini, tentu seronokkan, begitu juga dengan saya sekeluarga. Kami tidak melepaskan peluang untuk balik kampung merehatkan minda dan bergembira bersama ibu bapa, masak masak, makan makan dan sebagainya. Tak lama lagi kita akan menyambut bulan puasa so musim cuti sekolah nii bolehlah tolong berkemas kemas sedikit sebanyak di rumah, mengecat rumah ke dan macam biasa merajinkan diri untuk menulis sepatah dua kata di blog yang suam suam kuku ini. Terima kasih kepada para pembaca yang masih sudi singgah di WN walaupun tiada catatan baru.
Ok, harini nak cerita tentang belajar menghias kek dengan cikgu Lynn Hassan yang sangat terkenal dengan kelembutannya ketika mengajar bersama sama student baru macam akak ni. Sangat seronok dengan kelas deko kek ni, memang happening sangat sangat. Terlalu banyak ilmu yang dipelajari bermula daripada menyukat, membancuh, mewarna, membakar seterusnya menghias kek. Kelas ini amat sesuai untuk 'beginner' yang mula mula nak terjun ke dunia kek n deko. Jom layan gambar,,,,
Ombre kek dengan cheese frosting,,,,
Teknik melepa kek yang sangat mencabar jugak,, tak mau crumb cot' atau dot2 serpihan kek ye,,,masih terkial2 jugak bab melepa kek nii,,,
Kena confident maa,,,,scallop langsir tuu, hihi
Tidak mengapa walaupun si bunga ros kembang n kuncup, hahaha
Praktis n praktis,,,
Lega dah jadi kek yang cantik ,,,
Cikgu yang sangat sporting dan rakan rakan yang bersemangat menimba ilmu,,,, tak sabar nak tunjuk kek kat suami n anak anak,, dah letih nii belajar dari pagi sampai petang,,,
Syahira tak sabar nak rasa kek,,, bergambar dulu ekk,,
Inilah hasilnya kek bila dipotong,,, fuyooo sedapnya,,,, lemak berkrim sekali sekala apa salahnya,
Ok jumpa lagi, assalamualaikum.
Khamis, 28 Mei 2015
Belajar Deco Kek Dengan Lea Oven
Salam ceria kepada semua sahabat maya yang sudi berkunjung ke WN. Harini nak cerita tentang belajar ke kelas deco kek, hihi jangan gelak ekk dari kumpul barang buruk dan lama terus je hobi bertukar arah ke suka masak masak, buat roti dan kek pulak, emm dah tua umur 40 baru nak belajar. Apapun dah nama kaum wanita kan, bila dah suka bab masak masak tuu , semua peralatan baking, periuk, kuali dan macam macamlah memang perlu ada supaya proses memasak atau baking nanti lebih mudah. So sekarang ni akak memang dah stop sangat membeli belah barang barang lama ni, tapi tetap suka mencuci mata kalau pergi ke Amcorp Mall tuu. Cuci mata aje tawww.
Ok nak cerita, kelas kek ni memang advance taww, jangan jadi macam akak dok terkedek kedek nak buat buat ros dan macam macam bunga tuu, boleh dikatakan secara keseluruhan kawan kawan yang pergi kelas ni kesemuanya memang dah terer dan dah biasa ambik tempahan buat kek.Kiranya akak ni main 'redahhh je,,haha. Akak nii ambik sebiji tempahan kek pun belum n masih dalam proses pembelajaran lagi.
Apapun akak bersyukur sangat kerana dapat menghadirkan diri belajar deco kat kelas ni sebab tenaga pengajarnya memang hebat, banyak ilmu yang akak pelajari dari tak tau kepada tau. yelah maksud akak dari tak pernah pegang piping beg kita belajar bagaimana cara memegang yang betul, cara menggunakan scrapper kek, cara buat bunga rose dengan paku pusing2 tu dan sebagainya, jomlah layan gambar,,,,
Cikgu lea oven tengah tunjuk cara nak membuat bunga di atas kek,,, boleh ke tuwwww akak nii, mencabar jugak nak buat bunga2 floral wreath buttercream nii.
Nah, inilah hasilnya,, macam tak percaya jeee,,, bolehhh baaa kala kau'
Yakin bolehhh,,,
Buat sebiji kek pun terkial kial, apalagi kalau ambik tempahan banyak macam nii, tak dapat nak digambarkan,, hasil sentuhan rakan rakan yang menuntut ilmu dekorasi kek ala ala k-pop style jugak.
Farhan terus serbu kek bila sampai rumah,,,
Siap potong lagi kiranya kek hari jadi dialah mama bawak balik sebiji kek, hihi minggu lepas birthday boy ni makan sepotong kek je untuk birthday kat secret recepi tu sebab dah kenyang makan spageti. Ha makan puas puas ye farhan.
Anyway keknya pun sangat sedap , budak budak ni kata macam aiskrim vanilla, pertama juga akak diperkenalkan dengan vanilla extract, emmm sebelum ni cuma tau jenama star brand' tu aje. Begitulah dikatakan proses mencari ilmu kan,,,,
Ok, jumpa lagi.
Rabu, 22 April 2015
Majalah Saji Edisi Bumper Raya 2011, 2012 dan 2013.
Salam mesra kepada semua rakan pembaca WN. Semoga anda sihat sihat selalu. Selamat menyambut bulan rejab kepada rakan rakan pembaca yang beragama islam, dah siap sediake salin resepi dari blog blog masakan untuk menu sepanjang bulan puasa yang bakal menjelang tiba nanti. Begitu juga dengan saya di sini, semua buku buku masak dan majalah lama saya belek belek untuk mencari resepi lauk pauk dan biskut raya sebagai persediaan awal pra ramadan dan hari raya nanti. Oklah layan gambar majalah saji dari tahun 2011, 2012 dan 2013.Rambang mata dibuatnya bila tengok biskut biskut yang cantik ini tak kiralah biskut tradisional atau moden.
Akak baru nak belajar buat rempeyek dan kuih goyang nii, hihi. Selalu tahu makan je.
Rambang mata nii,,,,
Saya tetap suka dengan biskut tradisional kerana boleh mengimbau kenangan lama ketika zaman kanak kanak dahulu.
Ok jumpa lagi.
Sabtu, 18 April 2015
Nasi Ayam Sedap Amcorp Mall
Salam mesra kepada semua sahabat WN blogspot. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah selalu. Cerita harini tentang restoren kapitan di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Kalau singgah tengok barang barang karat kat sini, saya dan keluarga suka makan nasi ayam yang memang sedap di restoren ini. Sesiapa yang belum rasa tu, bolehlah datang sendiri dan rasa ye. Jom layan gambar,,,,,
Turun je ke area pasar karat, dah nampak dari jauh papan tanda nihh,,,
Taukeh nasi ayam dan akak cashier yang baik hati dan peramah.
Kena rasa baru tau sedap ke tak,,,,
Sayur taugehhh,,,,
Terbayang keenakan nasi ayam bila makan panas panas tuu,,,
Amir sempat berselfie lagi,, dari sekolah rendah sampai menengah suka makan nasi ayam kat sini,,,
Jangan gaduh gaduh ,, semua dah cukup seorang sepinggan nasi ayam, makan sampai habis tauu,, jangan nak mengendeng2 orang punye, hihi.
Budak kecik syahirah nii mesti nak duduk kat riba papa dia masa makan,,emm senang mama nak tangkap gambar, hahah
Budak farhan ni suka makan tak habis, apalagi abang abang yang besar sudah standby tunggu nak habiskan, haha
Ohh ye, mee kari kat sini pun sedap taww.
Ok jumpa lagi di lain catatan.
Langgan:
Catatan (Atom)
