Isnin, 15 Mei 2023

Tiba tiba Rindu Blog

 Selamat bertemu kembali kepada semua sahabat, masih tidak telambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri , maaf zahir batin kepada semua pengunjung WN. Semoga kalian sihat sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah. Bagaimana dengan sambutan raya kalian semua, best tak,,baru nak try posting pertama setelah beberapa tahun tak pernah update blog, terkial2 jugak ni dan lupa password jugak, ok bye jumpe next di lain catatan.










Jumaat, 5 Mac 2021

RINDUNYA ZAMAN BERBLOG

Assalamualikum semua rakan maya, didoakan semoga anda sentiasa sihat menjalani kehidupan seharian. Lama betul saya tak update blog, ada yang masih sudi membaca lagi ke cerita cerita lama tuu,,,terima kasih banyak ya rakan rakan maya.
 
2 orang anak saya yang masih bersekolah rendah rajin membaca cerita2 dalam blog ini terutamanya  kenangan semasa mereka masih kecil, begitu juga tentang hobi dan coretan saya. Ehh perasan pulak saya,, tapi cara penulisan karangan jangan ikut mak punye ye. 

Apapun dengan adanya blog 
bolehlah kita mengimbau kembali kenangan silam ye tak rakan rakan. Ok semua, jumpa lagi. Salam rindu.





Rindu dengan masakan emak di kampung , masih tak boleh merentas negeri 
nak balik Johor. Sama sama kita doa ye kawan kawan agar wabak covid cepat berakhir. 

Selasa, 24 September 2019

Cuti Jerebu

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan rakan maya.. Lama tak jumpa uallss kan.
Musim berjerubu melanda negara kita. Jaga kesihatan ye,kurangkan aktiviti di luar.
Kepada peminat dan pengumpul pinggan mangkok ,,,bolehlah masa berjerebu ni digunakan untuk mengelap habuk habuk kat gobok tuu,,,, Bye,,,


Jumaat, 3 Mei 2019

Cuci mata di Amcorp Mall 2018


Hai semua rakan rakan,,,, jom layan gambar ye,,,,,
Gambar gambar ni saya ambil masa jalan jalan di Amcorp Mall di sepanjang tahun 2018.

        

Takde lagi set cawan merdeka yang unik tuu,,,,,mana nak cariii,,,







Mainan


Bawak MIL bergambar  dengan beg tepung tuuu,,,ada kenangan kata emak masa zaman dulu.





So far akak belum terjebak lagi dengan mengumpul tin tin keluaran lama hanya takat tin biskut julies, kit kat and cornflakes aje... No parking place dah kat rumah. Tapi hakikatnya nampak tin tin lama tuu sangat nostalgia kan. Bertuah sungguh badan kepada teman teman kolektor sehobi yang dapat mengumpul keseluruhan barangan lama. Syabas dan tahniah ye.






Tiba tiba lak Syahirah tak takut bila bergambar dengan  watak2  animasi tuu,, hahah sebab abang dia ada kat belakang,





Aneka tabung    








Dacing lama







Terjumpa dengan kak norbi,seorang kolektor pelita yang saya kagumi





Ok cukup sampai sini,,jumpa lagi.

Isnin, 22 April 2019

Unifonekad Kartun Lat





Salam semua kepada geng geng blogger
Didoakan semoga anda semuanya dalam keadaan sihat sejahtera

Cantik tak kad tepon kat atas tuuu,,,,
Sebenarnya saya bukanlah pengumpul kad kad lama uniphone,,
Tup tup terpandang  kad ini terus berkenan
Harganya pun 10rm.. so very reasonable price
Akak pun beli.

Bila tengok karektor kartun yang perempuan tuu bergayut lama lama kat public phone"
 teringat kenangan saya zaman zaman dulu semasa bercinta awal tahun 1990 an",,, hahahaha
Tapi takdelahh ramai sangat orang menunggu macam kat atas tuu,, takat seorang dua je,,,,,
Pastinya kenangan lalu akan sentiasa mengusik jiwa lebih lebih lagi kalau terpandang lukisan atau hasil karya dari  Datuk LAT.

0k,, jumpa lagi ya.

Ahad, 21 April 2019

Aktiviti Bila Balik Kampung

 Ni kuih kegemaran akak,, pais namanya atau lepat pisang. Biasanya bila balik kampung semestinya emak akan buat kuih ni,, habis satu dulang akak makan,, hahaha.

Hai,,,,,
Salam semua kawan kawan
Semoga sihat selalu hendaknya.
Jom layan cerita akak




Biasanya kalau tiada aktiviti nak buat petang hari dan tak tau nak pergi mana,, bolehlah melepak di pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Bolehlaaa rilex rilex kejap tengok pantai.


Macam biasa breakfast waktu pagi ,, bolehlah pergi ke pasar besar Batu Pahat dan makan di Ramly Kopitiam.Sambil makan sambil cuci mata.

















 Tuu dia Farhan makan sampai kenyang,, dah sendat baju,, hadoiii,
Masa tu berkesempatan jumpa uncle n auntie yang dulunya owner kedai Chop Tong Ah. Saya pernah buat catatan kedai Chop Tong Ah beberapa tahun dahulu sebelum pakcik Ramly Kopitiam mengambil alih. Pakcik Ramly yang berbaju biru tuu.

di sini

Macam biasa bila balik BP dan nak ronda ronda pasar karat ,Danish, Farhan dan Syahirah mesti nak ikut. Semestinya nak makan nasi lemak bungkus di Ramly kopitiam dan nak cari mainan atau tengok tengok kat pasar karat.



Dah besar dah Danish,,, dulu masa p makan kat sini baru darjah 5




Dulu masa catatan pertama,, syahirah masih kecik , ni dah darjah 1,, cepatnya masa berjalan kan,, tuulah kelebihan berblog,, boleh tengok gambar anak ketika masih kecil,,



Farhan tak melepaskan peluang makan nasi lemak bungkus ,,, sedap katanya







Bawak anak ronda2 pasar Batu Pahat,








First time tengok buah buahan besar besar macamnii,,,,



Apa yang penting sebelum balik rumah,,, mesti nak beli kuih putu piring Wahidah yang sedap sangat nii. Memang tak menghampakan walaupun kadang kadang tuu terpaksa beratur menuggu giliran,




Itu saja cerita dari saya,, jumpa lagi di lain catatan,

Rabu, 17 April 2019

Rindu Zaman Berblog Dulu.


Assalamualaikum semua kawan kawan. Diharap semuanya sihat sihat.
Dah lama tak berblog. Rindu masa zaman berblog dulu.
Tunggu kemunculan coretan dari saya yee,,,

Ahad, 16 September 2018

Collector's Pick Edisi Merdeka 2018

Salam rindu kepada teman teman blogger dan pembaca semua. Semoga semuanya sihat sejahtera selalu dan dirahmati Allah di mana saja anda berada. Lama sangatkan saya menyepi.

Walaupun dah lama tak membeli pinggan mangkuk lama, teko antik, pyrex saya tetap setia meluangkan  sedikit masa untuk mencuci mata dan melihat kawan kawan sehobi berniaga. Biasanya sebulan sekali saya akan ke Amcorp Mall untuk berjalan jalan melihat2 apa yang antik, hahaha,,,, dan semestinya makan di kedai nasi ayam kapitan tuu.


Dah suka nak kumpul buku buku lama pulak,,,,,,



Rasa nak buat mini perpustakan pulak kat rumah lepas berborak dengan brother nii,,syabas kepada kolektor buku buku atau majalah yang ternyata banyak idea dan pengumpul buku yang hebat



Pinggan merdeka,,,,,,banyak edisi rupanya , 


Tidak melepaskan peluang yang ada,,,





Terjumpa encik Halim dari Ipoh



Bersama kak Zainab,,, 





Satu tv lama pun takde,,,




Hargailah buku buku koleksi lama anda,,,,


Cantik replika rumah kayu lama





Sedap pulakkk minum air green tea beli kat van di belakang tuuu,, namanya kaya raya cafe



Hobi bertukar sudah.... beli beberapa novel n sehelai baju,,,, mana pinggan mangkuk,,, hihi dah hingsafff, takde tempat parking,,,




Rugikan kalau tak beli tshirt collectors edisi merdeka nii,,,,

Ok sampai jumpa lagi,,,



Rabu, 14 Februari 2018

Angpow Raya 2018

Assalamualaikum kepada sahabat2 online
Semoga sihat2 saja ye
Gong Xi Fa Cai kepada kawan2 chinese yang budiman
Selamat bercuti sempena tahun baru CNY ye.
Jom layan angpow2 yang cantik nii
Setelah lama menyepi dari hobi nii
Tahun ni baru nak setat" balik, hahaha


First time dapat banyak nii,, hasil dari menebalkan muka dan membeli barang serta makan di restoren.


Samsung,,,, suka kartunnya


Unik betul ,,,, Alamanda

Digi pun hebat jugak,, 


P&G pun tak ketinggalan, yang ni hasil membeli syampoo Head & Shoulder's


Aksi si kecik bila dapat angpow
Excited nak sambung angpow
Dapat ilmu mengenal bank, jenama h/p , supermaket dan lain2.




Wokay, jumpa di lain hari.