Rabu, 12 Jun 2013

Bersarapan di Batu Pahat

Salam mesra kepada pembaca setia WN. Bersua kita kembali ye,, harini nak bercerita tempat breakfast yang paling sedap kat BP nii,, hihi pada saya lah,,, biasanya selepas pergi cuci mata kat pasar karat saya bersarapan kat kedai ni,,, ada banyak pilihan makanan kat sini tapi yang powernya tuu teh tarik,, rasa serba lengkap,,,, teringat masa mengidam dulu,,, asyik nak minum kat kedai nii aja,,pantang bila balik kampung,, hahaha. Kat sini sentiasa ramai orang datang,, kekadang tuu kena beratur tau maklumlah lokasi kedai ni pun memang bersebelahan dengan pasar besar Batu Pahat.



Nama memang cina tapi semua makanan orang melayu yang masuk. Kata tuan empunya gerai yang berniaga lontong, mee rebus, soto, nasi ayam, nasi lemak nii dah tiga generasi dah keluarga dia berniaga kat kedai Chop Tong Ah nii,,, wah hebatkan,,, patutlah ramai pelanggan tetap yang makan kat sini.



haa,, sedap tak,,,, ni makanan kegemaran saya,, lontong dan minum teh yang ummpp,,jemput makan.



Amboi si kecik syahirah nii pun suka makan soto,, dap dap dap,,, hihihi  like father like daughter,,,



Masih mengantuk lagi si Danish nii,, pepagi lagi emak dia dah ajak bangun n breakfast,, kikiki



Inilah orangnya,, tauke kedai kopitiam popular nii,, lupa pulak namanya,, bapak kata tauke nii kawan dia dulu masa muda muda,, belajar bersama cop gambar dan ambil gambar kat kedai menjual kamera zaman 60-70an. Nama panggilannya Ah Kaw. Tak sangka lak kan,,, bapak punya hobi yang sama dengan tauke nii. Patutlah dulu seingat saya memang banyak barang antik ada kat kedai nii terutamya kamera lama, jam dinding lama, seterika lama tapi beberapa tahun ni memang saya tak nampak pun benda benda tuu kalau datang makan kat kedai ni. Rupa rupanya kata bapak,, semua kamera dan barangan lama tuu dah di curi orang,, kedai kopitiam ni telah di pecah masuk. Borak punya borak dengan bapak barulah saya tahu cerita sebenarnya,,, emm sememangnya bapak saya memang selalu singgah breakfast kat kedai ni kalau beliau pergi ke pasar basah tuu,, makanan kegemaran bapak  memanglaa roti bakar,,, psst memang sedap tawww roti bakar kat sini. 



Tinggal barang barang coco cola aje sebagai hiasan,,, tapi gambar kamera yang pelbagai jenis tetap ada seperti di atas,,, gambar pun gambar lah kann,,,



Maaf ye gambar kelam,,, hihi itu dia sebahagian koleksi tin coco cola juga di pamerkan,, tak tau lah gobok tuu berkunci ke tak,,, rasa macam dah puluhan tahun jugak tin tin tuu,,,





Sesiapa yang nak makan sate pun boleh makan kat kedai nii,, rasa saya biasanya kalau jam 12 tengahari kat sini,, banyak makanan dan sate dah habis,, so sesiapa yang nak pergi makan kat sini ni datanglah awal sekitar jam 9 ke 11pagi,, sedang elok lah tuu. Rasa sate tuu memang manis lemak berkrim kesukaan ramai.


Tak sangka pulak saya bila terbaca blog dari akmal photography tentang kedai nii,, ada pula gambar bapak saya tersesat,, hihihi semestinya bapak yang berkopiah tu laa ,, ni dia gambarnya,,, minta izin ye saudara akmal,, jangan marah,,, ni mesti bapak tengah tunggu roti bakar tuu,,, Ok lah ye panjang sangat celoteh saya nii,,, jumpa di lain catatan ye,, bye.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan