Rabu, 26 Mei 2010

Release Tension




Bertemu kembali sahabat sekelian. Memandangkan minggu ini dan minggu hadapan anak anak sibuk dengan peperiksaan dan sedikit sebanyak kita sebagai ibu pun stress dan tension juga menguruskan mereka maka n3 kali ini saya nak berkongsi dengan sahabat semua tentang percutian saya ke Bali pada tahun lepas. Jom layan cuci mata tengok gambar pantai tuu,,,,


Ha nilah dia yang dikatakan Pantai Kuta dekat Bali ni. Ia sangat popular semenjak tahun 1970 kerana kebanyakan pelancong asing yang datang menjadikan pantai ini tempat bermain sukan air. Semenjak tu banyaklah hotel, restoran dan bar dibina Hard Rock Cafe pun ade tak jauh dari pantai ni. Ape lai maka jadilah pantai ini salah satu tempat peranginan yang terkenal di dunia.Tengok tu pasirnya sungguh putih dan bersih.






Yang ini pula adalah Pantai Jimbaran. Ianya terletak di selatan Pantai Kuta.Biasanya pengunjung yang datang ke sini sudah pasti ingin menikmati makan malam di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam. Nak tau tak meja makannya betul betul menghadap ke laut.Oh memang best betul time ni santai je ngan husband berdua dan takde gangguan. Makanan lautnye pun di masak gan enak sekali di tambah pula gan sambal balinye yang tidak pedas dan rasanya manis. Nasi putihnya lembut dan terasa macam beras pulut pulak. Sambil makan sambil menonton tarian tradisional Bali. Sungguh mengasyikkan sekali.





Gambar yang ini pula di ambil dari pandangan sisi kuil di Tanah Lot.






Inilah dia pemandangan yang sungguh menakjubkan manusia. Terdapatnya kuil yang berdiri sungguh megah di atas batu yang di bina di pinggir laut dan menghadap lautan Hindi.Pada keseluruhannya pinggir laut di kelilinggi oleh kuil kuil yang telah di bina semenjak abad yang ke 15 lagi.



Ok ,, dah tengok gambar pantai,, jom kita tengok gambar pemandangan kat airport pulak,,,









Ina adalah papan tanda selamat datang ke Bali di lapangan terbang Ngurah Rai. Lapangan terbang ini sangat unik sebab ianya di bina di atas laut yang telah di tambak. Semasa pesawat hendak mendarat kelihatan lautnya yang biru dan berkilau kilau memancar seperti kristal. Siap ada simbolik pintu gerbang ukiran Bali lagi     di tepi sisi pintu kaca besar selepas turun dari kapal terbang.


Oklah,, nanti kita sambung cerita lagi. Bye bye.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan