Ahad, 8 Ogos 2010

Baju Songket Lama Emak



Salam semua sahabat maya. Pada hari ini saya ingin menunjukkan sepasang baju kurung emak dari jenis kain songket yang agak popular pada pertengahan tahun 1966 atau pertengahan tahun 60 an. Mengikut kata emak, dulu sepasang kain songket untuk dijadikan baju kurung hanya berharga lima puluh ringgit sahaja. Kain songket ini pun emak beli daripada sistem parti yang terkenal di zaman zaman dahulu iaitu bukan sahaja melibatkan barangan tuperware dan pinggan mangkuk tetapi juga kain songket. Kata emak ramai juga orang kampung yang menyertai sistem parti songket ni kerana mereka hanya perlu membayar lima ringgit sahaja setiap bulan sehinggalah sampai sepuluh bulan.

Kalau kawan kawan perasan terdapatnya satu garisan kuning dan sedikit kecoklatan pada bahagian baju songket diatas. Ini adalah kerana ianya terlalu lama dilipat dan tidak di gantung. Sebenarnya baju songket emak ini adalah koleksi pertama dan permulaan bagi saya sebelum melangkah jauh dalam pengumpulan pinggan mangkuk lama. Entah kenapa setelah saya bertunang ketika itu saya terus bertanya kepada emak ada tak lagi baju songket lama untuk saya mengayakannya di studio pengantin nanti, lantas emak telah memberikan kepada saya baju songket ini tetapi sayangnya ianya kecil dan memang tidak muat ke badan saya jadi saya simpan sahaja baju lama emak ini.

Kalau kawan kawan nak tau baju ini memang dipinjam oleh adik beradik emak dan juga saudara mara untuk bersanding ketika itu. Hebat jugakan kain songket zaman dulu dulu ni. Kata emak lagi setelah dipakai baju ini ia akan di hantar ke kedai cucian di bandar. Wah special betul si songket ni. Saya juga telah membawa baju songket ini ke kedai dobi untuk dicuci "dry cleaning"tetapi mereka tidak mahu mengambil risiko mencuci baju songket lama kerana takut nanti kain songketnya rosak pulak.



Closed up bahagian hadapan baju.





Closed up bahagian hadapan kain. Kata emak orang dulu dulu memang suka memakai "kain kelerek" untuk disuai padankan dengan baju kurung. Biasanya mereka memakai talipinggang khas untuk mengikat kain ini agar nampak kemas dan ditepi kanan kain tersusun rapi "kelerek" kain yang telah kemas di seterika. Berbezakan dengan zaman sekarang penggunaan zip lebih meluas dan tidak perlu lagi seperti dahulu memakai talipinggang. Al kesah si kain songket ni.






Closed up corak di hadapan kain. Cantikkan bunganya. Blog"Eisantique" masih ada menjual pelbagai jenis kain songket lama ini kalau ada sesiapa yang berkenan bolehla beli dengan dia.






Corak kain songket seperti di atas, mengikut kata emak biasanya dipakai sebelah belakang kerana kurang bunganya manakala yang bercorak berbunga bunga penuh dipakai sebelah hadapan jadi barulah orang boleh nampak. Betul tak cik Senah ? Ok lah cukup setakat di dini kita jumpa lagi di lain kali ya. Selamat berhujung mingg
u.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan