Khamis, 3 Mac 2011

Jualan March

Salam rindu kepada rakan rakan antik sekelian, di doakan agar rakan rakan semua sihat hendaknya. Hampir dekat 2 bulan saya tak menulis apa apa catatan di blog saya ni, biasalah apabila musim persekolahan bermula memang saya busy memanjang, sibuk dengan urusan harian, menguruskan anak anak, memasak, mengemas, membasuh, meneliti buku kerja anak anak dan sebagainya. Sekarang ni baru saya terasa, bestnya kalau ada pembantu rumah dan driver, cewahh saya pulak perasan, tak mampu akak nak bayar dikk, hi3. Bila dah letih tu makanya nak mengadap laptop pun malas lalu tertidurlaa. Apapun jutaan terima kasih kepada pengunjung pengunjung setia Warisan Nenek.



Catatan kali ni saya nak menjual beberapa barang PML yang saya ada extra dan juga koleksi peribadi saya sendiri. Kebanyakan koleksi saya beli di Amcorp Mall dan juga beli on line. Jadi harga tu saya harap anda semua faham ye, setakat untung bawah rm 10- 15 senang cerita di sini. Bolehla beli jajan anak anak janji ruang di lemari kosong takla sesak dan sendat. Jomla lihat ye mana tau berkenan di hati,





Sebiji teko mini buluh emas dan 4 cawan ML tanpa alas, mmg nampak antik RM 100



SOLD








Mangkuk nasi tambah 22.5 cm, ni pun susah nak jumpa RM 35 ada 1 je





Ok kalau ada kawan kawan yang berminat tu, bolehla messsage saya di talian 019-2601585. Harga yang tersenarai adalah tidak termasuk pos.

Terima kasih ya. Bye.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan