Selasa, 18 Jun 2013

Lepak di Ipoh Station, Puchong

Salam mesra semua, apa kabar,, tentu rakan rakan sibuk semula selepas cuti sekolah di buka ni,,begitu juga dengan saya,, asyik bussy aje hihi. Sempena sambutan hari bapa ahad lepas saya ajaklah encik suami jalan jalan ke kafe Ipoh Station sambil layan permintaan anak anak nak makan makan. Ini kali kedua saya ke sana, kali yang pertama berkesempatan berjumpa dengan encik Azlan dan Azlina pada bulan disember lepas,,, peramah orangnya dan makanan yang di order pun habis licin. 

Haha,, jomla tengok gambar kat dalam kafe ni,, semuanya berimej antik,, sungguh kagum dengan koleksi encik Azlan dan isterinya. Memang tabik hormat laa. So kepada geng geng antik yang belum singgah lagi ke sini,, apa tunggu lagi tuu,,, sambil makan sambil cuci mata,,, seronokkan.




Budak Farhan nii posing kat depan kafe,,, lihat kat belakang tuu gerobok lama,, suis lama,, kipas lama,, bingkai cermin dan pintunya pun dari kayu lama,,,, memang hebat,,,,,






Macam biasa mata saya akan selalu zoom kat teko n cawan,,, jangan marahhh,,




Beruntungkan,,, dapat tengok suratkhabar jawi zaman dulu punya,,,wahh ni baru kat depan pintu masuk,, belum masuk ruangan utama lagi,, jeng jeng jeng,,,,



Sambil tunggu makanan siap macam biasa,, kamera woman yang tak bertauliah ni pun sibuk ambik gambar ,, jom lihat ,, signage yang antik nii diletakkan di dinding ruang makan utama,,





Canggihkan ,,, sudut cashier nii,,,semuanya dikelilingi oleh barang barang lama,,,,penuh harta karun kat dalam lemari hitam tuu,, jam loceng, bekas rokok lama, kamera lama, piala lama,,, sudut cashier ni kat dalam ruang utama berdekatan dengan sudut makan.





Ok yang ni pula kat sudut belakang,,,





Tengok tuu tiffin enamel bunga bunga,,,,







Almari dapur lama,, yang penuh dengan tin makanan dan minuman zaman dahulu.






Anak dah panggil pulak,, makanan yang di pesan dah sampai,, jom makan,,,





Selamat hari bapa kepada encik suami,,hihi beby Syahirah memang suka kalau papa yang suapkan makanan,,,,




Wah amir,, cepat je makan roti bakar tuu,,, licin terus



Nanti mama nak rasa nasi lemak cikit ye arissa,,, nak makan mee rebus dulu,,,jemput makan semua,,,


Sementara tunggu budak budak habis makan ,,, saya pun continue balik ambik gambar kat ruangan bersebelahan pula berdekatan dengan laluan ke toilet,,,







Mesti terkejut kalau peminat kopitiam tengok koleksi nii,, terus tak jadi nak pergi toilet,, hihihi.


Sempat lagi saya melilau ambik gambar kat ruangan meja makan ala ala filem P Ramlee nii, jom lihat,,,







Tengok tuu koleksi botol encik Azlan,,,, banyaknya....



Koleksi mainan lama pun banyak,,, waduhhh




Koleksi tin makanan bayi zaman dulu, tin milo,tin nestum,, tin planta teringat zaman kanak dulu.




Nampak tak,, koleksi talipon lama,, sampoa,, acuan kuih,,,,terbaik dari ladang ni.




Koleksi seterika lama dan jubin antik lama,,, bercerita tentang jubin or tiles lama,, saya pun dah terjangkit dengan yatt precious,,,hihi jangan marah yatt,, bila nak update blog nii,, dah lama menyepi,,,




Khas untuk tatapan yatt precious,,, cantik tak,, akak pun dah beli jubin rose hijau macam yatt tuu,,, beralih arah nak kumpul tiles pulak macam yatt,, tapi harga sekeping lebih kurang macam harga teko pulak kan yatt,,,





Rasa macam nak beli motor vespa pulak,,, kikiki lawa kan,,, manalah encik Azlan dapat mainan nii,,,








Beca lama di depan cafe Ipoh Station,,, perasan tak tiles lama kat belakang tu,, hahaha kes berangan la nii nak buat rumah yang ada tanggan batu dengan tiles macam nii,,

ok lah panjang pula karangan saya pada harini,, bye2 dulu. Kalau ada rakan rakan yang nak tengok koleksi encik Azlan dan isteri, bolehla layari kat web http://ipohstation.blogspot.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan