Salam maal hijrah kepada semua sahabat pembaca WN. Semoga anda semua sihat selalu bersama tugas seharian dan keluarga masing masing. Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini kita menjadi insan yang lebih baik dari segenap aspek berbanding tahun sebelumnya.
Bersempena cuti maal hijrah hari selasa lepas, saya sekeluarga pergi ke Kampung Baru semata mata kerana akak dan encik suami nak makan lontong kat sana. Dah hampir setahun tak makan lontong asli Kampung Baru ni,,,,, memandangkan sekolah cuti so apalagi,, jalan jalan cari makan laa. Anak anak pula macam biasa, selera budak budak mesti nak makan nasi lemak ayam goreng.
Kat gerai ni memang banyak pilihan kalau nak makan lontong atau nasi lemak ke,, boleh pilih nak letak sambal sotong, kerang, rendang dan sebagainya. Pada akak tetap suka dengan bergedil kat gerai ni,, memang best emm tak pastilah pulak ayam ke daging rasa sedap aje terus makan hahahah.
Lontong jawa Kampung Baru ni memang terkenal popularnya,,,, lihat sahaja serundingnya tuu,, memang tip top,, kuah lontongnya pulak nampak lain sikit dari kuah lodeh orang johor,, bila dah campur dengan segala sambal memanglaa terbaik,,,,, siapa yang belum cuba tuu boleh datang kat gerai ni. Kalau lambat lambat datang gerenti lauk pauknya dah habis dan tak dapat tempat duduk hihihi,,, kena datang pagi pagi laa,,, jomlah tengok gambar,,,
Kalau dah datang kat deretan gerai ni gerenti tak sesat,, sebab ada satu gerai aje yang jual lontong daun pisang dan lopis. Boleh makan bawah pokok kat tepi jalan lagi mana yang dating berdua tuu, hihihi. Mengikut kata tauke gerai, mereka menjual lontong dan lauk pauk ni sejak zaman nenek mereka lagi,,, hebatkan,,,,
Tapau kuih lopis bawa balik nak makan kat rumah,,,
Ada kelainan sikit dari lopis yang emak buat,,,, kalau nak tau ,,, kenalah rasa ekkk,,,,
Dah kenyang makan lontong so sebelum balik sempat lagi soping dan jalan jalan kat sogo,, hahahha nak renew kad sogo dan ambil hadiah hari jadi yang lepas,, oklah dapat jute beg nii,,,,sapa nak bagikan dari takde,,, angkut ajelah hihi. Ok bye bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan