Salam maulidur rasul kepada semua rakan pembaca blog WN sekelian. Semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera menjalani kehidupan seharian. Tidak lupa kepada pembaca blog WN yang beragama islam,,perbanyakkanlah selawat ke atas nabi muhamad s.a.w di permulaan tahun baru ini.
Dah beberapa hari juga, akak tak update blog,,,, ok harini nak cerita tentang kedai makan kat rimba klasik, bandar baru bangi. Tak jauh dah dari tol bangi menghala ke pusat bandar,,, kedai ni sebelah kiri laluan jalan besar. Kalau makan kat sini sebelah malam kira bestlah jugak,, angin sepoi sepoi bahasa,, pemandangan pun menarik kat kawasan restoren rimba klasik ni. Jom cuci mata sambil tengok tengok gambar ,,,
Pandangan depan restoren.
Promosi ikan bakar lagi,,, sedap ke tak,,,kena cuba dulu,,,
Harga pasaran semasa,,,
Ambik seketul ikan siakap,,, nak masak sambal pedas
Beberapa sotong,,,,
Kerang bakar tergoda tak,,,emm ssepinggan cukuplah,
Sambil tunggu hidangan nasi dan lauk sampai kat meja,,, akak pusing pusing jap ambik gambar dalam restoren ni.
Menuju ke dalam restoren adalah ruangan khusus untuk steambot buffet,,,
Penuh meja,,, pilih saja nak makan apa,,,, emmm akak dan family tak suka makan steambot,,,
Banyak pilihan kan,,,
Siap ada nasi goreng dan mee goreng lagi,, bubur pun ada,,,
Air sekali, kuih dan aiskrim,, kira buffet set la nii,,,
Dalam restoren memang berlatarkan rimba yang sungguh klasik,, hahaha,,,
Ni pemandangan kat luar restoren,, bahagian kiri, bahagian tengah dan kanan untuk mereka yang nak order 'ala carte' menu. Sesiapa yang nak makan sate,nugget, kuih kuih dan lain lain makanan ringan pun ade juga disediakan. Kami makan kat depan restoren,,,Romantik pulak suasananya,,,,
Tuu dia,, dah siap dah sotong bakar, ikan siakap masak pedas, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan ayam goreng kunyit,, cukuplah untuk hidangan kami sekeluarga di hujung minggu. Pssstt,, hari persekolahan makan kat rumah ye anak anak.
Mama sibuk ambik gambar macam biasa.Kikiki.
Dah kenyang,, syahira pun nak lari lari tengok tengok ikan,,,
Best juga makan kat rimba klasik nii,,, sambil makan sambil cuci mata lihat pemandangan kat sini.
Ok hingga jumpa lagi,, bye2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan