Salam mesra kepada semua rakan pembaca WN. Semoga anda semua sihat selalu hendaknya bersama tugas dan keluarga. Kali ni nak kongsikan gambar gambar yang saya rasa cukup menarik dan mengamit memori indah khususnya semasa zaman kanak kanak saya dahulu. Biasanya kalau ke Amcorp Mall di Petaling Jaya, saya tidak melepaskan peluang untuk ke sana pada hari ahad kerana suka mencuci mata dan meninjau ninjau di pasar karat ber aircond",, hihi di aras bawah. Jika hari sabtu,,, ada juga pasar karat di situ tetapi tidah semeriah pada hari ahad kerana boleh dikatakan ada peniaga yang sanggup turun ke Amcorp Mall dari negeri Perak dan Kedah.
Kalau dulu, kebiasaannya jika singgah ke sini mesti nak membeli teko, cawan atau pinggan lama tetapi semenjak ada hobi baru aktiviti membeli barang lama telah di kurangkan dan hanya tertumpu kepada agenda mencuci mata sahaja. Macam biasa, budget ngak cukup,,,biasalah kolektor budget" macam akak.
Sungguh cantik tak terkata ,,, gerai lama ni kan,,, mengikut tuan empunya gerai,, ia diwarisi dari zaman ayahnya,, mula berniaga dalam tahun 1950 dan gerai ini diletakkan di depan panggung wayang. So,, anda boleh bayangkan tak,,,,hahaha sebelum menonton wayang tu,,, mestilah nak belanja mak we makan kacang dan minum ABC kan,,,,
Sangat suka tengok tin planta marjerin tuu,, teringat dulu sebelum adanya mentega, emak dan makcik makcik biasa guna planta untuk buat biskut raya dan kek belang tuu.
Tin tin rokok lama,,,
Air botol pelbagai perisa,,, tak sangka kan ada juga kolektor yang suka simpan botol botol lama nii,, so generasi baru zaman sekarang sangat bertuah kerana dapat melihat betapa nostalgianya botol botol lama ni.
Perbandingan gelas kopitiam lama dan gelas milo generasi baru,,, di ruang bawah diletakkan pelbagai jenama gelas minuman bergas yang sangan terkenal satu waktu dahulu.
Pemandangan sisi gerai,,,
Ramai peminat yang suka belek2 permainan tikam2 tuu,,,
Permainan tikam tikam pun ada,,,
Tengok harga dulu dan sekarang,,,,
Nampak antik je mesin ABC ni,,
Cantik bila diletakkan macam ni,, rasa macam keychain zaman sukan sea atau pata dulu,,, terlupa tanya tuan kedai,,
Bagi peminat yang suka kumpul piala lama,,,, banyak pilihan kalau nak beli nii,,,
Sabun breeze yang memang nostalgia,,, memang diletakkan bersambung sambung dibawahnya,, tiba tiba teringat zaman kanak kanak dahulu bila emak suruh pergi kedai beli sabun basuh baju,,,nostalgianya,,,
Tengok tu gambar lama pun ada orang suka, ada peminat yang tersendiri,,,,so hargailah gambar gambar lama ye. Bila balik kampung tu cuba tanya emak atau bapak ada tak gambar2 lama dan belikan album yang sesuai untuk simpanan gambar gambar lama yang amat berharga tu walaupun ianya sedikit mahal daripada album biasa.
Bagi mereka yang baru kali pertama datang ke Amcorp Mall,, jangan lupa pulak meninjau ke tingkat atas ye,, terdapat pelbagai barangan mainan tak kisahlah mainan untuk kanak kanak atau orang dewasa,,majalah lama, koleksi barangan coco cola untuk dijual dan sebagainya. Bak kata pepatah, janji poket ada wang, so kalau sekali terpandang terus teringat akan barang tersebut.
Amacam teruja tak tengok mainan tuu,,, kusss semangat,, haha.
Berdasarkan pengalaman saya laa,, kat Amcorp Mall ni, kalau kita tak beli atau belum buat keputusan samada nak beli atau tidak barang yang kita suka tuu,,,lepas tu kita pusing pusing pergi tengok gerai lain atau pergi makan ke,,, lepas tuu kita datang balik kat tempat tadi tuu,,, barang pun dah takde dah kena hangkut atau ada orang tengah belek belek lalu terus bayar,,, hahaha so gigit jarilah kita.Itu adalah pengalaman biasa bagi saya.
Ok kita jumpa lagi di lain catatan,,assalamualaikum.
Takut jugak nak pergi ni..takut tergoda dengan teko teko lama...macam dah insaf..tapi terlajak jugak
BalasPadamWasalam nekcik,,, hihihi biasalah tuu kan,,,, kolektor pinggan lama macam kita,,,, sekali pandang ok lagi,, kalau 2 atau 3 kali pandang,,,,,, tak tahu nak kata apa,,, hahaha. Tq nekcik kerana sudi singgah sini.
PadamAssalamualaikum..saya ada pedang zaman portugis untuk di lepaskan..boleh google dan semak klewang m1940..saya ada 1.
BalasPadam