Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Nak tunjuk gambar hasil air tangan sendiri untuk biskut dan kek raya tahun ni, macam biasa lah baru nak belajar buat biskut dan kek guna oven europa.Memang kena try n error dan kena kenal suhu oven tuu,, bukan boleh ikut resepi bulat bulat dari buku atau internet sebab oven ada bermacam jenama di pasaran. Memang menguji tahap kesabaran jugak,, hihihi kadang kadang ok dan ada juga hangit atau terlebih masa pembakaran biskut tu.
Pada sayalah, rasanya yang mula mula nak guna oven yang besar macam akak memang kena standby jaga kat tepi oven tuu,, kadang kadang kalau biskut atau kek kita terlebih bakar dalam masa 2 minit pun akan menyebabkan tekstur kuih atau biskut tidak cantik dan kita pun akan rasa frust sangat. So kena berani juga untuk ada modal beli barang barang bakeri tuu,, bukannya apa sebab barang barang kuih dan mahal kan,,,,cuba bayangkan kalau kita cuba buat kek lapis sarawak dengan bahan bahannya yang terkenal mahal dan lepas tuu tak jadi,,, aduyaiiiii. Ni kes berangan nii,, yelah takkanlah nak buat kek coklat n butter je kan,, nak jugak tukar buat kek yang susah dan rumit,,, nak cabar diri sendiri jugak,, kalau orang boleh kenapa kita tak boleh,,,,,,, hadoii,, hahaha
Jomlah layan gambar nii,,,
kek masam manis berkeju versi bakar,,,,resepi dari amie little kitchen,,http://salamisimon1.blogspot.com/2013/05/kek-lapis-keju-masam-manis-haw-flakes.html
kena ikut step by step ye,,,,
Setelah di cucuk dengan garpu untuk mengeluarkan angin pada kek,, kita tekan pulak dengan penekan kek seperti di atas dan setelah itu barulah diletakkan asam keping dan dilapis pulak bergilir gilir dengan warna hijau dan kuning.
Beginilah hasilnya, permukaan kek dah nampak masak dan kekuningan,,, memandangkan ni kali pertama akak buat versi bakar dalam oven so kena standbylah kan kat tepi oven tuu n tengok tengok lapisan kek tu takut hangit ke tak,, hihihi,,
Bukannya apa dik,, kalau hangit dan lapisan tak masak mesti kita rasa frust n rugi sangat sebab bahan bahan untuk buat kek lapis ni mahal ooo,, ada berani mau buat tak,,,lagi satu memang dari segi masa tu tak boleh nak kata apalah,, memang kena bagi anak kecik kenyang makan dulu baru boleh fokus buat kek lapis melapis nii.
Inilah dia hasilnya kek lapis asam manis berkeju,,,,kena rajin melapis lagi nii barulah nampak cantik dan kemas lagikan,,,,jangan tahun depan nak raya baru nak buat lagi seketul kek camniii,, hahaha bilalah akak nak pandai melapis kalau macam tuu,,,
yang ni pulak baru nak belajar buat kek lapis sarawak,, memang terkedek kedek sambil tengok buku resepi,,,
Kali pertama nak buat kek lapis sarawak,, memang teruja terus akak nak buat kek yang susah, kena buat lapisan tengah dulu,,,
lepas tu sapu jem di bahagian dasar kek, ambik inti kek lapis yang dah siap tuu dan letak kat kek yang dah disapu jem tadi,,, lepas tu sapu jem balik,,,
Lepas tu tutup dengan lapisan kek,, grill dengan api atas hingga masak dan buat lagi selapis demi selapis hingga habis.
Gambar lupa nak ambik pulak ,, tengah syok sendiri tetamu puji sebab kek lapis cantik dan sedap,,, tup2 belum ambik gambar kek dah habis.
yang ni pulak kek marble coklat kuning untuk dibawa pulang beraya makan bersama adik beradik dan ipar duai,,, taklah susah membuatnya,, senang aja.
nak tunjuk jugak kek coklat sempoi masa harijadi arissa sebelum puasa haritu,, simple dan sedap ambik dari resepi chef hanieliza
Gaya seorang chef popular sibuk di dapur,,
Semestinya kena bagi adunan kecik untuk si farhan menerap biskut,, experimen tuuu,,
Farhan siap tabur gajus lagi,,,
Gaya farhan dan syahirah menolong buat biskut raya,, berkecah dapur nasib baik buat biskut kalau kek sarawak,,, tak tau nak kata apa hihihi,,
Ok bye2 semua, assalamualaikum
Ok bye2 semua, assalamualaikum
Memang membuat kek lapis menuntut kesabaran yang maksima... tapi bila dah siap & menjadi, berbaloi-baloi rasanya.
BalasPadamTerima kasih amie kerana sudi bertandang ke blog WN. Terima kasih di atas perkongsian resepi dari amie yang membuatkan saya telah terjebak ke dunia kek lapis sarawak,, hihihi. Inshaallah mudah mudahan segala panduan dan tips tips dari blog amie akan saya jadikan panduan dalam dunia masakan.Selamat hari raya untuk amie dan keluarga.
Padam