Jumaat, 12 Disember 2014

Kenduri Pengantin Fatin Part 1

Salam mesra kepada pembaca setia blog WN. Semoga anda semua sihat sejahtera. Wahhh dah dekat 3 minggu blog ni sunyi sepi maklumlah tuan rumah balik kampung di Johor sebab anak saudara berkahwin di samping cuti cuti Malaysia. Jomlah kita layan gambar ye.


Yang ni rewang untuk orang lelaki kat belakang rumah,,tu dia seekor lembu dah tumbang,,,




Encik suami, aidil, cik mat, pakcik utoh dan sedara mara semua bergotong royong.





Sampai kat bangsal lagi akak tangkap gambar,, hadoiiii, hihihi. Buat kenangan kan,,,.



Pada sebelah petang diadakan majlis baca yassin dan khatam al quran. Turut khatam quran bersama pengantin ialah arissa dan sepupunya eisya, nely dan adik pengantin kak ngah ibrati.







Lepas ni belajar berzanzi pulak ye arissa,,,




Bestnya kan bila baca berzanzi ni,, akak pun join sekali. Teringan zaman dulu dulu masa wakil sekolah baca berzanzi,,, bestnya. Majoriti kempulan yasinan ini masih dipelapori oleh makcik makcik yang veteran. Suara mereka tetap merdu sama macam dulu dulu juga. Saya rasa sangat bertuah sebab dapat berjumpa dengan kawan kawan emak yang memang aktif dalam kumpulan ini semenjak saya masih bersekolah rendah lagi.






So sweet semuanya,,,

Macam biasa lauk hari rewang yang paling popular di johor,,




Labu masak lemak


Tumis hati dan pedal ayam bercili


Sambal ikan bilis power,,, sedap betul sambal nii,,, orang veteran yang masak



Ikan bulu ayam


Kuih muih





Sambil ambik gambar,, sambil berborak dengan orang kampung. Bukan senang taww nak berbual dengan mereka, satu pengalaman yang amat manis untuk saya amat saya hargai di samping bertanya tentang anak anak mereka yang sebaya dengan saya semasa sekolah,, tak sangka jugak ada diantara rakan saya yang dah jadi dr, pensyarah di IPTA tempatan dan YB.


Di sebelah malamnya, diadakan majlis akad nikah selepas isyak'




Keluarga terdekat pengantin perempuan




Debaran pengantin baru






Selamat pengantin baru kepada Fatin n Amir, semoga berkekalan hingga ke syurga




Akak dan syahira turut bergambar bersama pengantin, turut kelihatan emak, kak kiah, yati n adam.

Ok jumpa lagi di lain sambungan ye.Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan