Jumaat, 27 Februari 2015

Koleksi Pyrex June Rose

Salam ceria kepada semua rakan rakan pembaca setia blog WN. Semoga anda semua sentiasa sihat bersama keluarga. Lama jugak dok bertapa tanpa menulis sebarang catatan di blog ini. Bukannya apa kekangan masa dengan tugas seharian dan kemalasan mempengaruhi mood menulis. Hihihi.

Jomlah kita layan gambar koleksi pinggan, cawan, mangkuk pyrex lama ni ye,, gambar ni memang dah lama ada dalam laptop cuma tula asik bussy je tak sempat nak n3. Ini koleksi pyrex pertama akak bermula dengan mengumpul bunga merah june rose.




Mengimbau kenangan silam




Mangkuk gula jr mula menampakkan tanda tanda penuaan


Creamer jr ada kelainan daripada jenis yang biasa tu, yang ni gemuk 




Pelbagai spesies mangkuk kaserol yang berlainan




Sangat lawa kaserol segiempat ni,,,tq cikgu taslimah




Alhamdulillah pinggan mangkuk jr semua dah lengkap. Masih mencari dulang june rose dan gravyboat, Pengumpulan koleksi pyrex jr ni bermula pada bulan disember 2013. Saya hanya membeli sedikit demi sedikit bergantung kepada budget. Kepada kolektor baru di luar sana, jika berminat untuk membeli pinggan mangkuk pyrex bolehlah sertai fb pyrex collector ye. Macam macam ada.

Ok, sekian dulu, jumpa lagi nanti.

7 ulasan:

  1. ana ada miliki set kaserol bulat sahaja setakad ni.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah ana, itu permulaan yang bagus sebagai seorang kolektor pinggan mangkuk. Teruskan usaha pengumpulan ya ana.

      Padam
    2. makcik saya da byk koleksi pyrex minat fon dia no 03-62578809.

      Padam
  2. termasuk dgn koleksi tray june rose pun da, lau minat call no tadi

    BalasPadam
  3. Wah, koleksi ini serupa dengan yg mak saya jugak mengumpul. Set tersebut adalah "trousseau" atau barangan pengantin baru yang dibawa ke kediaman baru pasangan pengantin.

    Nasib hampir semua dalam set ini lengkap, kecuali cawan & saucer (2 biji) yang terhempas! Sekarang dalam proses mencari gantian, nampaknya ada dijual di eBay, hanya harga-nya tak berbaloi!

    BalasPadam
  4. Sy ada keep juga set pyrex june rose ni
    -set 6pcs cawan teh
    -set pinggan mkn beso 6pcs
    -pinggan bentuk oval 1pc
    - periuk kaca tu 1 pc.

    Beli kt cashconverter klang. Ttl dlm rm350 klu x silap. Beli sbb cantik & nmpk antique. Pingggan guna hari utk makan. wife kata sayang nk guna, bg sy x de nk sayang2, beli utk digunakan bkn utk hiasan mata je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima ksih kerana sudi membaca coretan WN. Kita rasa puas apabila pyrex berbunga rose merah ini dihidangkan bersama dengan makanan yang enak terutamanya bila hari raya,,,,, semua bersusun atas meja,,,, perasaan begitu susah untuk digambarkan ,,,

      Padam