Selasa, 31 Mac 2015

Festival Vintage Selangor di Anggerik Mall, Shah Alam

Salam mesra kepada semua pembaca setia WN. Apa khabar. Semoga sahabat sahabat di luar sana sentiasa sihat disamping menjalani tugasan seharian. Harini nak berkongsi gambar di festival vintage bertempat di Anggerik Mall ahad lepas. Saya rasa seronok sangat sebab dapat berjumpa dengan geng geng fb dan juga peniaga peniaga barang lama di sini. Apapun tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menghimpunkan para peniaga dan peminat barang barang lama di bawah satu bumbung. Memang terbaik.
 Jom kita tengok gambar.



Semuanya saya suka,,,,



Kesemua barang barang ini saya belum ada,,, katil lama, tabak tembaga, beg lama, alas tilam lama yang ada hanyalah sehelai tikar mengkuang saja, huhu jangan gelak yee.



Sangat sangat nostalgia laa,,,,suka tengok



Masih mengharap untuk mendapatkan tv lama seperti itu,,



Seronoknya , cuba bayangkan kita di zaman kanak kanak dahulu bersama adik beradik yang lain duduk bersimpuh dengan sopan di atas tikar mengkuang itu sambil menunggu emak datang untuk membuka tudung saji antik itu,,,,emm gerobok simpanan makanan lama, dapur lama, kuali tembaga, teko enamel lama semuanya memang mengimbau kenangan terindah di masa kecil.



Cantik pulak saprah tuu,,,




Terima kasih kak Lela bagi kita rasa duduk kat kerusi merah antik tuu, hihi




Vespa lama teringin juga kalau dapat seketul,,, aduyaiiii haha



Peralatan petrol pam,,, mantap sungguh koleksinya, tahniah bro Mustaqim



Cantiknya isi dalam lemari



Macam macam jenis cawan kopitiam,,,



Koleksi kopitiam yang sungguh hebat, tahniah bro Yusri.




Cantik pulak botol botol nii, jangan jangkit sudahlah, haha



Dah lupa nama adik ni,,tapi ingat kumpulannya botologi malaya



Mendengar tip dan idea cara cara untuk membersihkan botol dan mengekalkan keantikannya,,, syabas kepada adik adik dari botologi malaya


Pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi untuk mendapatkan botol botol lama ini.







Mainan lama yang memang tidak jemu dipandang mata, tahniah kepada tuan Azlan, taukeh Ipoh Station yang memang terkenal dengan koleksinya yang hebat.




Sangat menarik koleksi ini,,,



Cantiknya motor lama ni, teringat moto arwah datuk



Ternampak pyrex, kusss semangat, nasib baik dah ada,,



Suka tengok signage lama lama ni,,,,



Bro Sahid Ahmad,, banyaknya koleksi buku buku lama bro,, tabik hormat laa



Teringat beg kotak2 merah hitam tu, tapi dulu pergi sekolah kita bawa yang kecik aja sesuai dengan usia.


Saya tetap suka dengan barang barang yang berkarat, biarlah orang nak kata apa,



Cuci mata dengan pinggan mangkuk pulak,,,



Bro Sani dari Perak dengan barangannya yang sungguh meletup,,,




Kalau aku kaya,,,,,boleh beli pinggan2 itu


Banyaknya barang tembaga bro Sani, koleksi tembaga yang sungguh hebat,,



Kak Zainab, taukeh perabot lama




Bergambar bersama rakan rakan PML bro Adiq, bro Sani, kak liza tuan punya kedai Ipoh Loken memerangkap penganjur festival vintage, penulis, kak Zainab dan puan Annisa serta anaknya.



Kain lama yang sungguh menawan



Nak cari jugaklah baju kebaya emak yang lama lama macam ni, nak buat koleksi,,,

Kain broket cina zaman dulu



Ini dia tuan empunya koleksi tekstil dan busana tradisional, saudara Shahril. Tahniah Shahril koleksi yang memang outstanding.



Pusing entah berapa kali round entah,,tiba tiba ternampak set pinggan mangkuk kat atas meja,, ayoyo sangat cantik, siapa punya koleksi nii,,





Yang ni pun sama,, biru lagikkk,,,gobok pun lawa jugak,,,terpesona saya memandangnya


Adoiii, memang menguji keimanan betul. Memang sangat hebatlah koleksi puan Normah nii, terjojol mata hitamku, apakan daya nak beli kurang kemampuan so mampu telan air liur aje.



Anda berminat tak,,,huhu


Cantiklah pulak butang baju intan pink tu,,,,



Pening tengok kecantikan cincin buah kana nii,,,tengok harganya tuhhh,,,nangiss tengok


Bila terpandang motor vespa lama,,, rasa pun macam nak angkut satu, berangan tak sudah makcik ni, alahai






Teringat jugak motor zaman bujang dulu,,






Idaman kalbu jugak ni, bila nak dapat entah,

Antara barang yang saya beli harini ialah dua ketul pinggan besar berbunga yang sangat lawa, majalah masakan lama dan sebekas dodol. Jadilahkan daripada pulang dengan tangan kosong.
Ok jumpa lagi, bye2.


8 ulasan:

  1. MasyaAllah aina,nostalgianya barang2 ni, cadar kuning sulam tampal kan tu, memang old school sangat, mak ana ada dulu cadar tu sama warna lak tu..seronok tengok gambar2 aina,terima kasih kongsi ye aina :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam ana, terima kasih kerana sudi membaca coretan dari aina, ye cadar tu memang old school dan sangat sesuai digandingkan bersama dengan katil tiang besi tu.

      Padam
  2. assalam..nk tny festival ni masih berlangsung sampai bile ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam, festival ini telah berlangsung pada hari ahad yang lepas.Terima kasih.

      Padam
  3. ....macam nak pengsan nengok barang2 tu semua...Koleksi barang2 kemas intan pun meletop sangat terutama kalung intan tu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat che mat gebu, koleksi yang sungguh mantap tuu, kalau che mat terpandang kerongsang bunga intan depan mata lagilah nak pengsann, memang terlopong terus. Tq sudi singgah WN che mat.

      Padam
  4. Salam.. mmg di mall tu ada jual barang2 vintage tu ke? Harga barang2 lama ni mahal tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang saya tak pasti puan samada masih ada lagi tak pasar mingguan di Angerik Mall,,, puan boleh lihat di FB antique Porcelaine Collector,, harga barang2 lama adalah mengikut harga pasaran semasa bergantung kepada item yang dijual mengikut kategori masing masing.

      Padam