Salam ceria kepada semua teman pembaca WN semua, dah lama juga saya tak kongsikan gambar hobi mengumpul pinggan mangkuk atau barang barang lama, so bila mood rajin muncul,,, harini kita tengok gambar pelbagai spesis barang2 lama yang popular zaman 70an dulu salah satunya jug. Emak kata jug anggur ni dulu beli sekali dengan cawannya tapi cawan semuanya dah pecah. Kalau kita tengok balik gerobok kat rumah nenek atau makcik2 senior biasanya masih ada lagi diaorang simpan cawan anggur kalau tak silap saya ada garis hijau n biru lagi di bawah corak anggur tu yang saya pernah nampak masa berhari raya dulu. Pernah juga ternampak kat fb jualan barang lama pun masih ada peniaga online yang menjual jug dan cawan anggur ni.
Memandangkan di mata saya jug ni ada kelainan yang tersendiri, dengan muka tak malu saya pun meminta dengan emak dan gantikan dengan jug yang baru yang lebih ceria berwarna warni sesuai dengan zaman milenium, haha.
Walaupun rim gold sudah sedikit pudar tetapi ianya tetap menawan hatiku.
Jug yang berat so simpan dalam kotak dulu, macam biasa. Ok bye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan