Sabtu, 25 Oktober 2014

Makan di Cibiuk, Bangi

Assalamualaikum kepada semua rakan pembaca blog WN. Semoga anda di sana sentiasa sihat dan gembira selalu. Harini nak kongsi gambar makan bersama keluarga di Cibiuk, Bangi yang dah lama terperap kat laptop ni. Ini merupakan kali kedua saya dan keluarga makan di sini. Kalau dahulu kali pertama datang kami memilih menu yang yang paling sedap yang disyorkan oleh pekerja yang mengambil order makanan,,, tapi kali ni kami hanya mengikut menu yang tertera di kupon cabutan bertuah. Biasalahkan,,, nama pun free,, haha.



Terima kasih kepada yang memberi,,,




Rumah Makan Cibiuk






Pilih saja mana yang berkenan, biasa kalau bawa anak anak mesti suka makan ayam kan,,,



Terkenal dengan aneka sambal sunda,,,




Sesuai untuk mereka yang nak bersantai santai, kalau bawa anak ramai n kecik rasa tak sesuai makan kat meja jepun nii,, hihi



Pemandangan tepi dinding




Yang ni sesuai,, hihi, lamanya nasi nak sampai, air free pun dah nak habis,,, baik saya tangkap gambar dulu



Tempat sambal free,, boleh angkut mana satu sambal yang disukai,,,pilihla mana yang berkenan








Tu dia,,,,, sedap ke sambal tuu,,lupa pulak apa rasanya ,,,



Aksi Danish ,,,


Sekelip mata orang dah ramai, kita orang sampai lepas maghrib,,, jam lapan malam dah penuh orang




Saja tangkap gambar troli bakso tu n bakso sekali walaupun takde ode bakso,,,tak tau rasa apa,,,



Air free,,




Nasinya sedaplaa,,, wangi jugak,,,



Sup free,,,



Sayur free,,,



Rasa ayam bakar 2 ketul  ni saya tambah sebab si kecik nak makan ayam,,,sedap jugak ayam ni.


Ikan goreng free,,,,bolehlaaa



Free tempe n tahu


Sambal colek yang banyak pilihan tadi diletak campur campur,,



Air milo tak termasuk pakej garut,, tambah sendiri




Alhamdulillah lega dah kenyang, kepada rakan rakan yang nak cuba makanan sunda ni,, bolehlah datang ke sini, tempat pun ok, ade kelasss gitewww. Rumah makan cibiuk ni berada di seksyen 7, bandar baru bangi ye dan restoren ni berhadapan dengan silk highway.

Ni alamatnya,,,

No. 1-G, JLN PUTRA 6, TMN PUTRA KAJANG , 43000 KAJANG, SELANGOR

Khamis, 23 Oktober 2014

Bekas Kuih Pyrex Autumn Glory

Salam mesra kepada semua pembaca setia blog WN. Bestkan kalau time cuti cuti perayaan ni, boleh lepak kat rumah atau jalan jalan kat soping mall. Harini saya duduk kat rumah aje, malas nak kuar sebab musim hujan dan banyak kerja rumah yang perlu dibereskan. Harini layan gambar koleksi bekas kuih ye,,, jangan jemu tahu.







Bekas kuih yang mengimbau segala kenangan di zaman kanak kanak dahulu terutamanya di musim perayaan. Kalau di kampung kampung ia diperkenalkan melalui sistem parti atau lebih dikenali sebagai sistem kutu yang perlu dibayar secara ansuran bulanan. Sangat terkenal dan biasanya mesti ada di rumah guru guru wanita atau yang berkedudukan sederhana. Bagi mereka yang mempunyai anak anak yang sudah bekerja terutamanya yang bekerja di Singapura yang terkenal pada zaman awal dan pertengahan 80 an, kebiasaannya akan menghadiahkan kepada ibu mereka atau menjadi sasaran daripada orang kampung atau saudara mara untuk mengirim membelikan set pyrex di sana kerana harganya jauh lebih murah berbanding di sini.


 Dua bunga yang berwarna oren kemerahan dan  kekuningan berserta bunga putih kecil di tengah tengah yang melambangkan kemewahan set "autumn glory seindah namanya yang pernah menjadi igauan kepada kaum wanita tidak kira di mana mereka tinggal samada di kampung, pekan atau bandar maupun kedudukan darjat seseorang bukanlah pemisah untuk mereka menggapai set pingan mangkuk yang lengkap berserta bekas kuih yang sunguh klasik ini.

Hingga jumpa lagi.

Isnin, 20 Oktober 2014

Bekas Kuih Pyrex Chelsea

Salam mesra kepada semua pembaca setia blog WN. Petang petang ni kita layan gambar bekas kuih pyrex ye. Layannn,,,,





Dah lengkap set tiga segi dan empat segi, alhamdulillah, Terima kasih kepada seller zamri, maria antik house, kak zai pre love dan daniel lye yang telah melengkapkan set chelsea  yang unik ini.








Jumpa lagi, bye.

Bekas Kuih Tiga Segi SOL

Salam ceria kepada semua rakan rakan pembaca blog WN. Dah lama juga saya tak post catatan tentang pinggan mangkuk, so petang ni layan gambar pyrex ye. Memang tak sangka dapat bekas kuih tiga segi SOL. Walaupun hanya 2 biji bekas kuih saya amat bersyukur, bukan senang nak dapat kumpul pyrex dari england yang bergambar sayuran hijau dan tomato oren nii,, err betulke gambar tomato, u allss tengok sendirilah ye, bye2.





Senangnya Masak Nasi Minyak

Salam ceria di petang isnin, bertemu kembali. Tadi kita cerita pasal daging masak hitam, so sambung cerita pulak dengan nasi minyak ye.

Nasi minyak ni pun saya gunakan resepi dari azlita masam manis, untuk dimakan bersama dengan daging masam hitam. Memang gandingan yang sesuai tau. Saya gunakan beras basmathi faiza yang belum habis2 lagi untuk stok raya puasa lepas. Daripada terperuk beras basmathi kat dapur baik kita rajinkan diri masak nasi minyak ke, beriani ke, nasi arab ke hihihi. Jika ikut resepi ita, beliau gunakan beras jasmine pusa gold extra long nanti next time nak cuba masak guna beras tu,, mesti nasi minyak tuu jadi super duper sedapp n gebu lagi, Jom layan gambar.







Gandingan yang sesuai, Selamat mencuba ye, Sila cek resepi kat sini

Jumpa lagi.

Sedapnya Daging Masak Hitam

Salam mesra kepada rakan rakan pembaca blog WN. Harini kita tengok makanan pulak ye. Ada tak rakan rakan blog yang dah pernah try resepi dari azlita masam manis nii, ruginya kalau anda tak cuba. Jangan tak percaya tau,, tersangat sedap sehingga habis sekuali dikerjakan oleh anak anak. Tq ita di atas perkongsian resepi yang sedap ini. Sebenarnya anak anak taklah berapa suka makan daging, jadi bila dah rajin check resepi kat blog ita, macam sedap jeee, tu yang saya cuba apalagi memang banyak stok daging qurban masa raya haji lepas.








Masih terbayang bayang kesedapannya,,, jangan tak cuba ye.

Ni resepinya,, bolehla cek kat sini. Ok kita jumpa lagi. Bye.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Buku Masakan Chef Zaidah

Salam ceria kepada semua rakan pembaca blog WN. Semoga sentiasa sihat dan gembira bersama keluarga.

Harini nak cerita tentang buku pertama masakan yang saya beli. Masa ni saya bekerja kat Ipoh dan macam biasalah kan di Ipoh tak sama macam KL, nama aje bandaraya tapi lebih sunyi dan sangat damai berbanding di KL. Saya pulak lepas balik kerja memang suka memerap kat rumah , malas nak kuar2 dan lebih suka melayan x-stitch dan membaca buku resepi. Alahai dari dulu memang suka tengok buku resepi tapi masaknya boleh di kira dengan jari. Hahaha. Biasalah orang bujangkan,,,, lebih ringkas kalau beli je n jimat masa.

Masa tu juga teman serumah pun memang sama minat membeli buku resepi dan membuat xtitch, tak sangka pulak teman serumah mempunyai hobi yang sama. Emmm teringat kenangan dulu dulu memang mengusik jiwa. Masing masing berlumba lumba nak habiskan projek xtitch sampai tak mahu pergi soping atau tengok wayang,,,, hebat betul penangan xtitch ni kalau dah mabuk kepayang.

Jomla layan gambar buku masak nii,,,,, melilau pulak cerita kat atas tuu,,,,



Buku masakan chef zaidah ni rasanya saya beli pada tahun 1997 edisi 1 dan edisi 2 saya beli pada tahun 1998. Buku edisi 3 kak aida bagi kat saya memandangkan saya dah ada koleksi bukunya yang terawal. Tq da kerana memahami hobi adikmu ini.




Dahulu kalau kat tv selalu chef zaidah ni kuar dalam rancangan masak masak kan, tak silap dalam rancangan kuali kot di tv 3,rasanya awal tahun 90an. Pada zaman tu emak selalu suruh saya jadi tukang salin resepi sebab daripada menganggur tak buat apa apa lepas spm,,, baik jadi tukang tulis buku resepi emak, hahaha.





Dari dulu lagi saya memang suka tengok baju kebaya yang chef zaidah pakai, semuanya cantik berkerawang sulam dan semestinya apabila dah beli buku masakan ni secara tak langsung saya pun menempah satu baju kebaya berkerawang di pasar Super Kinta, Ipoh. Perrr memang nostalgia kan, baju tu kainnya pemberian dari emak lagi,, sutera maaaa, hujau pucuk pisang ooohhh,,,

Memandangkan hobi saya zaman anak dara dulu suka buat kek coklat dan biskut almond london,, hihih itu saja yang saya tahu buat pun,,,,,so buku edisi 2 ni memang berkedut seribu saya kerjakan,,, alahai


Tengok tuu ada tompok2 minyak atau buttercup lagi kat buku tuu,,




Biskut yang ni memang berangan tak sudah nak buat,,,, suka tengok sebab cantikkk n kalerfull,,,,





Sangat suka baca ruangan sembang dapur ni,, tengok tuu kelas kooo,, buat kek pun nak kena pakai baju kebaya cantik tawww siap brooch lagi,,,rambut pun kena cucuk sanggul lintang barulah kek tuu nampak cantik kejadiannya. Kikiki.




Adoiii perasan lagi niii,,, cantik baju chef zaidah tuu dan untuk kali kedua akak pun tempah lagi sekali baju kebaya bersulam kaler purple sebiji macam baju chef tuu,, macam biasa anak tauke kain sutera masa tuu, jadi apa lagi mintak ngan emak laa, Sebenarnya masa tu emak berniaga kain ke kampung2 secara ansuran bulanan, biasalah kain sutera kan kalau tak silap saya baju sutera terengganu atau kelantan tu tersangat popular masa tahun 93 ke 98 kan,,,sangat mengkagumi kegigihan emak untuk berniaga, pada zaman tu emak masih berkayuh basikal lagi sedangkan kawan kawan emak dah bawak motor,,,,





Tips yang sangat berguna dari chef zaidah.




Semestinya resepi ni memang kena cuba,,,,





Dah pun lengkap buku koleksi  seni rasa chef zaidah ni,,,,sempat lagi skodeng yang ni kebayanya bersulam tampal,,,, kakak saya tempah sebiji baju kebaya warna merah bersulam tampal macam chef zaidah pakai tuu,,,saya dengan muka tak malu memang suka pinjam baju kakak masa tuu,, melaram habis zaman muda belia dulu, kikiki. Masa ni kiranya saya dah bertunang dan akan berumahtangga tu yang budget ciput tak boleh tempah baju kebaya mahal,, huhuhu.




Resepi yang enak dalam buku koleksi 3.



Ok jumpa lagi, 

Buku Resepi Emak

Assalamualaikum kepada semua rakan pembaca blog WN. Semoga anda sentiasa sihat dan ceria dihujung minggu bersama keluarga dan tugas seharian.

Jom tengok gambar buku resepi emak saya. Buku resepi ni memang banyak kenangan pada saya terutamanya masa sekolah rendah dahulu. Kalau nak tahu sebenarnya saya ni bukanlah rajin sangat tolong emak ke dapur untuk masak atau buat kuih masa zaman sekolah rendah dulu,, hahaha, biasanya ikut mood saja biasalah zaman kanak kanak kan,,,tapi apa yang saya ingat saya suka tengok gambar lauk pauk atau kek dan biskut yang warna warni dan menjadi sasaran saya adalah buku masakan emak yang satu ni.

Alhamdulillah sekarang buku ni berada di dalam simpanan saya. Itupun setelah saya terjebak dalam hobi membaking kuih,, kikiki dengan tak malunya saya minta dengan emak untuk saya buat rujukan memasak.





Satu satunya buku masakan emak yang berkalerfulll,,,,,, hadiah dari bapak kepada emak. Terus saya sampul dengan sampul plastik yang tebal dan gam balik mana mana kulit keras yang dah tercabut tuu. Sayang ohhhh,, hard cover lagik.






Kelasssss kan,,, 



Tengok tuu tahunnya,,,,kira buku lama jugak lah kan,,,,






Menu yang memang berbaloi baloi dalam satu buku masakan








Berselera tak tengok ayam tuuu,,,,





Cantikkan gambar puding tuu,,,,hiasan dalam pinggan ayam tu pun nampak sedap je mata memandang







Kuih yang menjadi kesukaan saya dan adik. Bila balik sekolah agama sebelah petang mesti selalunya ada emak buat, biasalah orang dulu kan selalu tanam pokok pisang kat belakang rumah so stok pisang memang sentiasa ada. Tapi kannnn sebenarnya dari saya kecik lagi memang dah minat dengan tuperware kuning yang berombak ombak tuu,, hahaha, ada juga lah saya beli buat koleksi sebarang 2 tapi takdelah sebanyak pingan mangkuk lama yang saya kumpul tuu.






Entah kenapa dulu saya suka sangat tengok page" gambar bahulu gulung nii,,, nak kata reti tolong emak gulung bahulu tak pernah buat,, tengok adalah cuma kalau pukul bahulu dengan pengandar berlingkar besi yang besar tuu adalah. Haha tapi kejap ajelah sakit tangan ohhh,,,,budak sekolah rendah lagikan saja saja suka menyibuk kacau emak buat kerja apapun bapa memang suka makan bahulu gulung yang emak buat,,, tapi lupa tanya pulak samada emak ikut resepi buku ni ke atau resepi lain,,,,





Dulu selalu saya berangan bila tengok kek coklat ni tapikan zaman awal 80 an" memang tak pernah jumpa kek coklat, huhuhu biasalah kan orang kampung cuma boleh tengok gambar kat buku aje,, huhuhu apapun alhamdulillah masa zaman bujang saya dah kira tererlah buat kek coklat,, puji diri bagi kembang haha,,,





Gambar yang ni pun saya suka tengok juga dan rasanya ada jugak suruh emak buat sebiji sama macam gambar kat buku,, hihihi ingat ingat lupa tapi biasanya masa raya emak akan buat kek bahulu yang warna warni tuu.





Rupanya bahulu ni ada letak kelapa parut atau kelapa kering, sila baca resepi kat atas ye,,, patutlah permukaan kuihnya nampak macam sedap dan mengoda je,,bilalah nak buat resepi ni ye,,,






Belek punya belek buku masak emak nii tiba tiba je terpandang pinggan pyrex segiempat tuu, entahlah dah lupa nama bunga lak,, rasa rugi pulak tak beli haritu kat online,,, rare spesis pinggan bunga tu,,klasik sangat 

Oklah ye teman teman, kita jumpa lagi, assalamualaikum.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Congo Bars

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Mood terlebih rajin harini. Jom kita tengok resepi congo bars n layan gambar congo bars ni, mesti try tau dan jangan malas malas. Yang mana anak ramai tu n nak jimat budget, kita buat ajelah senang cerita, kikiki.

Selalunya kat fb ramai orang tayang congo bars ni kan,, resepi saya ambik dari blog azlita masam manis, sapa yang tak kenal kan,, kalau yang rajin google tuu mesti tau blog masam manis. Memang banyak resepinya kalau kita cuba menjadi.

Jom, apalagi cuba jangan tak cuba.







Boleh tengok resepi di sini ye, tq azlita di atas perkongsian resepi yang senang diikuti.

 Kepada rakan rakan yang tak berapa suka rasa yang terlebih manis2 tuu, kena kurangkan gula perang ye, biasalahkan hihihi, yang mana on diet tuu atau utamakan kesihatan tak mau manis2 atau nak bagi kat emak ayah yang ada darah tinggi atau diabetik boleh kurangkan ke 260gm atau 270 gm dan lebihkan badam atau choc chips. Bukannya apa terpulang kepada rasa tekak masing masing ye.

Bye bye.

Senangnya Masak Ayam Masak Merah

Assalamualaikum kepada semua teman teman pengunjung blog WN. Semoga anda sentiasa sihat dan ceria hari ni.

 Jom harini saya nak kongsikan resepi masakan ayam masak merah yang pada saya sangat sedap dan simple je,,, cuma guna barang barang asas yang ada di dapur tak perlu nak beli tomato puree atau madu untuk menyedapkan masakan . Resepi ni saya cuba dari blog kak azie kitchen,,, tengok sini

Terima kasih kak azie kerana sudi berkongsi resepi yang sedap nii,,,
Bila tengok anak anak makan sehingga menjilat jari, kita pun suka dan bersemangat nak cuba lagi resepi daripada rakan rakan blogger yang memang handal memasak. Eemmmm, kalau nak tahu rasanya sedap ke tak,, kenalah berexperimen kat dapur ye,,,bye bye