Khamis, 23 Oktober 2014

Bekas Kuih Pyrex Autumn Glory

Salam mesra kepada semua pembaca setia blog WN. Bestkan kalau time cuti cuti perayaan ni, boleh lepak kat rumah atau jalan jalan kat soping mall. Harini saya duduk kat rumah aje, malas nak kuar sebab musim hujan dan banyak kerja rumah yang perlu dibereskan. Harini layan gambar koleksi bekas kuih ye,,, jangan jemu tahu.







Bekas kuih yang mengimbau segala kenangan di zaman kanak kanak dahulu terutamanya di musim perayaan. Kalau di kampung kampung ia diperkenalkan melalui sistem parti atau lebih dikenali sebagai sistem kutu yang perlu dibayar secara ansuran bulanan. Sangat terkenal dan biasanya mesti ada di rumah guru guru wanita atau yang berkedudukan sederhana. Bagi mereka yang mempunyai anak anak yang sudah bekerja terutamanya yang bekerja di Singapura yang terkenal pada zaman awal dan pertengahan 80 an, kebiasaannya akan menghadiahkan kepada ibu mereka atau menjadi sasaran daripada orang kampung atau saudara mara untuk mengirim membelikan set pyrex di sana kerana harganya jauh lebih murah berbanding di sini.


 Dua bunga yang berwarna oren kemerahan dan  kekuningan berserta bunga putih kecil di tengah tengah yang melambangkan kemewahan set "autumn glory seindah namanya yang pernah menjadi igauan kepada kaum wanita tidak kira di mana mereka tinggal samada di kampung, pekan atau bandar maupun kedudukan darjat seseorang bukanlah pemisah untuk mereka menggapai set pingan mangkuk yang lengkap berserta bekas kuih yang sunguh klasik ini.

Hingga jumpa lagi.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum puan.. Nak jual tak set Autumn Glory ni. Paling penting bekas kuih rayanya.

    BalasPadam