Selasa, 28 September 2010

Koleksi Abang Ngah

Hello kawan kawan semua, terasa lama diri ini tak bersiaran langsung di blog. Banyak ke pergi open house, beraya sakan ye tahun nii, mesti ada yang dah naik 2 atau 3kg ni. Hi hi bolehla puasa 6 lepas ni. Bulan shawal masih ada lagi seminggu lebih dan boleh diet balik. Harini saya nak story dan share gambar di rumah abang ngah saya di kampung. Abang ngah saya ni seorang guru, beliau mula stat kumpul barang barang lama ni semenjak dari sekolah menengah lagi bermula ngan mengumpul duit syiling lama.






Sebelum saya terjebak dalam mengumpul pinggan mangkuk lama nii, bila saya pergi ke rumah abang ngah saya toleh sebelah mata je tapi sekarang saya terenung renung harta karun beliau. Ha ha ha apalagi bila tengok barang tembaga yang berkilat kilat tuu. Abang saya ni hobi dia memang pelik sikit dan suka kumpul batu batu, tak kisahlah batu cincin dari pelbagai warna dan spesis atau diaorang panggil "batu akek". Kereta mini yang antik tuu pun dulu abang saya ada pelbagai warna tapi sekarang dia dah jual sebab takde tempat parking. Hi hi hi , jangan marah ye abang ngah.



Jom tengok koleksi yang antik nii, zasss












Ini macam teko lama jee, saya pun tak pernah tengok agaknya kat amcorp ada kot














Tengok tuu, pelbagai barang ada kat dalam lemari nii


















Bagi saya ni, nama pun orang perempuan mesti suka kumpul pinggan, mangkuk, cawan, dulang tetapi bagi orang lelaki mesti suka kumpul barang barang sebegini kan, setuju tak.












Tuu diaa, cincin pelbagai saiz dan warna yang tuu baru koleksi sebahagian je. Ada banyak lagi dalam lemari tu. Hi hi, boleh ke pakai cincin yang besar besar nii masa mengajar abang ngah, dah tentu anak murid kecut nama pun guru disiplin.










Koleksi duit syiling lama










Pelbagai spesis kayu atau rotan pun ada nasib baik mak ngah tak pening bila tengok




























Wah lihat tu, sebahagian koleksi tembaga memang cunn dan bersinar sinar. Abang ngah kata kalau orang sekampung atau kawan kawan beraya ke rumah beliau mesti suka toleh kat dalam almari dan terus interview tentang barang barang lama nii.




Ok lah tu je untuk kali nii semoga gembira membaca catatan ini ye. Bye bye.




















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan