Salam sejahtera kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda semua sihat sejahtera di samping keluarga tersayang. Lama juga akak tak menulis, kesian pulak kat blog yang dah berhabuk ni ,,, hihi. Bukannya apa,, macam kurang mood sebab kawasan tempat tinggal akak masih dalam catuan air. Selang 2 hari air akan ditutup dan dibuka balik. Jadinya banyaklah kerja yang terbengkalai yang akan dibuat kalau air dah ada,, biasalahkan kalau keluarga ramai,, satu hari tak basuh kain baju habis berlambak lambak baju dalam bakul.
Haritu kat dalam suratkhabar katanya tempoh catuan sehingga bulan julai,,, tetapi baru baru ni disebabkan tiap tiap hari hujan so tempoh catuan air di Selangor sehingga akhir bulan april. Harap2 betul la tuu,, senang sikit nak buat kerja kerja dapur.
Gara gara catuan air,,, kat mana mana kedai pun harga tong air pun melambung. Saya sendiri berabis dekat 300 hengget,,, beli 3 tong besar,,, aduyaiii. Jom layan gambar kat bawah ni,,, rasa nak tergelak bila tengok gambar kartun ni yang saya ambil gambarnya dari suratkhabar utusan.
Tengok bapak kartun tuu,, tadah air. Hihihi.
Kerahan tenaga untuk suami dan anak anak jugak ye,,,tolong angkut air dan tadah air. Kesian kat emak,,,Hahaha
Dah beli tong air mahal mahal,,, kenalah digunakan sepenuhnya walaupun hari hujan,,, lucu tak kawan kawan,,,,
assalamualaikum aina..harap2 kali ni betul2lah berakhirnya catuan menjelang ujung bulan ni kan..payah sungguh nak kena ikut jadual ni... :)
BalasPadamwasalam ana, dah berakhir pun ana catuan air tuu,, diharapkan walaupun air lombong yang telah dirawat yang disalirkan kepada pengguna itu tidak akan memudaratkan kepada rakyat untuk jangka masa panjang.
Padam