Salam mesra kepada semua rakan pembaca WN. Semoga anda semua sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. Kalau tengok tajuk kat atas,, rasa terus nak masak asam pedas tak,,, hahaha.
Oleh kerana minggu ni saya terlebih rajin meng"google resepi dekat blog masak maka dengan sendirinya tanpa ada paksaan vitamin rajin pun dah terover,, so saya pun masak asam pedas berlainan dari resepi yang biasa selalu masak. Hasilnya memang sangat memuaskan dan berbau satu rumah dengan asam pedas melaka, hahaha.
Bukan saja anak anak yang berkata sedap, saya sendiri yang masak pun rasa sedap, Jom cubalah ye,, tak rugi kalau kita mencuba resepi yang baru, so lepas ni tak payah jalan ke Melaka kalau nak makan asam pedas. Masak sendiri lagi jimatkan. Layan gambar dulu ye.
Masih terasa kesedapannya. Penggunaan belacan, halba, lada hitam memang menambahkan lagi keenakan rasa asam pedas rupanya, baru akak tau dik. Terima kasih kepada penyumbang resepi ya.
Puas anak anak makan asam pedas ikan merah ni.
Kepala ikan untuk bapa budak makan, hihi.
Walaupun takde bunga kantan, nasib baik ada daun kesum, janji ada, tu yang penting untuk menambahkan aromanya, Resepi asal ada bunga kantan tau, lagilah enak asam pedasnya. Alahai.
Kepada rakan rakan yang ingin mencuba, boleh tengok kat blog cik ayu, di sini.
Hingga jumpa lagi, bye.
Assalam Sis,
BalasPadamwah itu dia asam pedas melaka...
memang tengok aje dah kecur dah air liur..heheh
hari ni kita pun masak asam pedas melaka recipe yang ini..
terimakasih sis sudi mencuba...:)
Wasalam ayu, terima kasih kerana sudi berkunjung balas ke sini dan terima kasih juga kerana sudi berkongsi resepi asam pedas melaka yang sungguh enak lagi terangkat nii.
Padam