Salam mesra kepada semua pembaca WN. Mood malas pulak melanda, tapi nak juga kongsi gambar masakan semalam . Bila terbaca beberapa blogger buat n3 pasal nuffnang so saya pun semaklah akaun nuffnang,,adoii password pun dah lupa, teruknyakan,,, hahaha nak tergelak pun ada.
Kikikih. Orang lain rajin update blog sampai dapat rm 1 k atau beratus, saya pulak duit boleh dihitung dengan tangan. Tiba tiba terfikir bagus jugak kalau ada pendapatan sampingan dari blog.
Kikikih. Orang lain rajin update blog sampai dapat rm 1 k atau beratus, saya pulak duit boleh dihitung dengan tangan. Tiba tiba terfikir bagus jugak kalau ada pendapatan sampingan dari blog.
Bilalah semangat rajin nak muncul nii,,, cuma fikir boleh ke tidak saya nak update blog setiap hari,, tepuk dada tanya diri masing masing kan,,,,
Oklah layan ikan nii,,,,first time masak cara ni, hasilnya memang mantap,,,,,
Tengok tuu,, bekasnya kecik tak muat kepala ikan nak landing,,,
Sedap je nampak,,,,,,
Buat 2 ekor ikan kukus siakap tuu,,, tup2 budak2 balik sekolah terus makan, lapar hujan hujan kan terutamanya waktu petang, gambar pun tak sempat ambik lagi,,, hahaha
Sememangnya budak2 tanya,,, masak apa ni mama,, tak pernah buat pun sebelum nii,,saya tanya kat anak anak,, emmm sedap tak,, diaorang kata bolehlaaa,,,,biasanya saya selalu masak ikan siakap goreng pedas tak pernah lagi beriya nak mengukus ikan,,, bukannya apa, dulu sebelum berminat dengan dunia baking memang kurang rajin mencuba resepi, rasanya sekarang dah terlebih vitamin masak masak. Hahaha
Memandangkan periuk kukus pun kecik, so ikan kena masuk dalam loyang bulat yang sesuai. Nampak gaya saya kena beli periuk kukus yang baru. Nak tanya pendapat kawan kawan , periuk kukus jenama apa yang sesuai yang boleh kukus kuih kek sarawak, atau masak2 nasi kukus ke dengan kuantiti yang banyak,,,,, brand apa yang elok untuk dibeli,,,periuk kukus nii emak yang hadiahkan masa kawin dulu, terima kasih emak. Sangat berjasa periuk kukus dari emak ini, kalau anak khatam al quran , biasanya memang saya akan kukus pulut kat periuk cap buaya dari emak ni. Kalau bab bab beli periuk n kuali memang saya kurang mahir tapi kalau bab2 nak beli pinggan mangkuk lama atau pyrex,,,, terlebih mahir,, hihi.
Untuk buat sos ikan pulak saya cuma guna sos yang ada kat rumah je, resepi yang sangat senang. Stok ayam pula saya gantikan dengan kiub ayam.
Kepada pembaca budiman yang nak cuba resepi ikan siakap kukus ni , boleh tengok kat sini. Tq kak azie di atas perkongsian resepi yang enak ini.
Hingga jumpa lagi.
salams kenal aina,
BalasPadamsedapnyaaaaaa:)
suka tgk koleksi aina...banyaknyaaa,,,,,sangat nostalgia pingan mangkuk tu:):)
wasalam amiizaa,,terima kasih kerana sudi singgah WN. Koleksi pinggan mangkuk lama memang begitu nostalgia dan sangat cantik di mata saya. Sekiranya amiza berminat boleh lihat di fb antique porcelaine collector, di sana terdapat pelbagai barangan lama untuk di jual.
Padam