Khamis, 16 Oktober 2014

Kek Pisang Sempoi

Assalamualaikum rakan rakan blog WN semua, Diharap agar anda semua sihat sejahtera. Harini mood tersangat free so nak share resepi kek pisang sempoi yang tersangat sedap. Kalau nak rasa keenakan kek pisang yang cair di mulut nii, kenalah mencuba resepinya yee, jangan malas,, hahaha,, adoyai macamlah saya ni terer bab bab masak kek nii. Bukannya apa semenjak dah beli oven nii,, kenalah rajin kan mencuba resepi baru. Sebelum terjumpa resepi ni dah 2 kali akak buat kek pisang tapi semua tak cantik walaupun rasanya sedap,, ada yang merekah kat tengah walaupun suhu oven dah direndahkan ke 180 C,,ada yang mendap kat tengah dan tak masak di tengah dan macam macam lagilah,, so kenalah rajin tahu berapa suhu yang sesuai ikut oven masing masing, tahu adakah loyang untuk bakar kek tuu sesuai atau tak dan sebagainya,, yelahkan  belajar dari kesalahan kan,,,, jom tengok resepi,,,,

Resepi ni saya copy dari blog kak azie kitchen, sesiapa yang nak mencuba boleh tengok link ni ye,,

Tq kak azie,, sedap sangat kek pisang nii. 

Untuk kek pisang ni, tak perlu guna mentega ye hanya guna minyak jagung  saja manakala pisang pula saya guna pisang montel ,beli kat Jusco. Penat meronda pasaraya, tak jumpa pulak pisang emas dan yang seangkatan dengannya.





Sedap tau, jom cuba jangan tak cuba.




Tu dia, kejap aje dah licin.  Budak budak suka makan bapak budak pun suka,, hahah, Kalau kita biarkan semalaman lagi kek pisang akan moist seperti dalam gambar tuu. 

Ok semua, jumpa lagi.

Rabu, 8 Oktober 2014

Koleksi Buku Resepi

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog WN. Terima kasih kerana masih sudi bertandang ke sini. Dah lama saya tak up date blog,, hahaha bila kemalasan melanda , beginilah jadinya. Jom tengok koleksi majalah saji dan buku buku resepi yang dah lama terperap dekat store. Bila dah suka masak dan buat roti, kek dan biskut mulalah tercari cari buku resepi. Aduyai bila masa pulak saya terbeli buku buku resepi yang pelbagai ni sampai diri sendiri pun dah lupa. Kalau majalah saji tu memang saya kumpul dari zaman bujang dulu sehinggalah sekarang,,, percaya tak,,, kumpul je tapi masak dan mencubanya boleh dihitung dengan jari, Kikiki.

Bila  usia meningkat lebih dewasa dan anak anak pun dah besar dan tau memilih makanan,,, so kenalah rajin betul tak,,, takkanlah tak nak memajukan diri,, masak pun kenalah tukar2 tukar menu, jika menu yang serupa saja berulang ulang,, kita yang memasak ni pun boring,, haha. Jomlah layan gambar,,



Banyak ke,,,,,,,,  kalau dahulu beli buku resepi hanya untuk suka suka baca je,,, sekarang ni baca dengan minat sambil menghafal setiap resepi,,,percaya tak,,,,




Tak sangka dapat kumpul buku masak pak engku ni,, dulu beli sebab suka tengok gambar pinggan lama dihidang dengan makanan dan lauk pauk yang sedap sebab tu saya beli,, sekarang ni kat MPH dah takde dah buku pak engku ni,,, kualiti buku sangat bagus dan resepi pun macam ok je,, hihihi belum try lagi resepi dalam buku ni,,errr bila nak cuba nii,,,








Dulu memang minat makan kek lapis sarawak sebab sedap dan nampak cantik,, lagipun dulu dulu emak memang ambik tempahan buat kek lapis betawi n lapis surabaya,,, konon nak ambik semangat buat kek lapis dari emak , sebab tulah beli buku kek lapis ni,, buku dibeli dari tahun 2009  dan selepas lima tahun buku bertapa kat store , alhamdulillah raya puasa tadi baru buat kek lapis sarawak guna resepi buku ni,,, sebenarnya bukannya apa, dulu takde oven besar nak masuk loyang kek segiempat pun tak muat, sekarang ni bersyukur sangat lepas dah beli oven europa bolehlah buat kek lapis. 






Buku dari chef wan ''sedapnyaaa'' tu ialah buku resepi masakan yang pertama akak beli selepas berumahtangga, hihihi kalau 15 tahun dulu nak keluarkan duit rm60 hengget rasa macam mahal je, yelah kerja pun biasa2 aje kan,,,memang suka tengok gambar dalam buku tu terutamanya pinggan mangkuk, teko, kuali dan sebagainya tapi mencubanya  ngakk pernah,, teruk kan,,, laa ni baru nak baca resepi dalam buku ni balik rasa macam best jee,, inshaallah nak cuba jugaklah resepi chef wan ni,,, rasa sangat bertuah sebab buku ni dah berada dalam koleksi resepi buku masakan saya,, haritu jalan satu hari kat kedai buku , dah takde dah buku lama lama niii,,, emmm mana nak cari,,, kat online pun semua kedai yang top2 tu pun dah takde stok,,,





Buku masakan dari asmah laili ni memang tebal dan sangat cantik gambarnya dari depan,, tergudassss lagi tak silap dulu pun beli tahun 2009, beli sebab suka tengok gambar lauk pauk , kuih, biskut dalam buku tu,,,, masih belum mencuba lagikkk resepi dalam buku nii,,,,, sayang ohhhh, nak buka pun pelan pelan, dah siap bersampul lagi, hahah,, rege macam biasalah janji puas hati dengan kualiti buku, hard cover kan,,,,masih tak cukup lagi 2 siri, ade sesiapa kawan kawan yang boleh tolong tak,,,,,





Buku dari penyanyi nora je yang akak dah pernah try resepinya iaitu kek coklat moist sedap dan sangat sesuai dengan oven microvave convection saya yang bulat tu,,,




Sebahagian koleksi majalah saji mengikut tahun dari zaman anak dara ke mak dara,,, macam macam campur rojak pun ada,, majalah rasa, kamus, jelita,,,,




Ok yang 3 buku di bawa ni memang tersangatlah WANTED,,,,untuk melengkapkan koleksi akak yang tak lengkap, jika ada kawan kawan yang terjumpa di mana mana kedai jangan lupa beritahu akak ye,,,nak jual pun boleh,,, 


Buku dari asmah laili,, depan buku gambar ayam dan gambar puding,,,ada lagi ke buku ni kat pasaran malaysia errr,,,,,




Kedua dua buku chef wan ni memang saya tengah cari, tak jumpa lagi buku ni ,, nak cari dalam bahasa malaysia ye kawan kawan, tak reti orang putih, hihi,,,,

Ok, salam mesra semua, bye.

Khamis, 4 September 2014

Merdeka

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya. Dah lama juga saya bertapa dari menulis sebarang catatan,,, bukannya apa, apabila angin kemalasan melanda di tambah pula dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang menimpa negara kita, Malaysia saya lebih suka  menghabiskan masa menonton tv dengan mendengar cerita dan isu semasa negara kita dan negara luar sampai lupa untuk melayan hobi saya yang pelbagai tuu.

Marilah kita bersama sama menghayati erti kemerdekaan negara kita. Tanamkan sifat sayangkan negara kepada anak anak kita yang masih kecil kerana mereka adalah pewaris bangsa.









Lukisan yang sangat cantik di mata saya, begitu nostalgia sekali terutama bangunan lama, tingkap lama, beca lama, basikal lama, kereta lama dan segala galanya lama,,, nampak antik dan klasik bukan.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Kisah Hari Raya 2014

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN yang dikasihi. Semoga anda semua sihat sejahtera. Jom tengok tengok gambar raya yang lepas, baru ada masa nak upload gambar raya ni. Alahai dah dua minggu lebih kita beraya kannn,,,,mesti seronok sekarang ni kalau hujung minggu je kita pergi ke rumah kawan kawan yang buat open house tuu,, jom layan gambar,,,,,,


Main bunga api dan mercun di malam raya,,,,meriahnya rumah atok,,



Pak usu Aidil tetap setia menemani  kanak kanak riang bermain bunga api,,



Riuh rendah dengan bunyi mercun dengan gelak tawa budak budak nii,,, baru ada suasana malam raya kannn,,,




Selamat hari raya aidil fitri dari kami sekeluarga



Bapak dan emak dah bersiap sedia tu untuk agenda salam salaman di pagi raya,, 



Cucu atok dan nenek ambik barisan ye,,,







Kak Aida di samping 2 anak bujangnya yang segak, Akmal dan Fadli



Pak usu Aidil dan family



Bersama dengan kakak tersayang



My anak sedara yang anggun bergaya, Fatin dan Ibrati




Arissa dan Eisya


Marhaban lelaki






Ayahanda dan bonda bergambar bersama ajak dan isteri, kak azie, mariana, linda serta anak anak mereka.

Ok, kita jumpa lagi ye di lain cerita.

Isnin, 11 Ogos 2014

Kuih Raya

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Nak tunjuk gambar hasil air tangan sendiri untuk biskut dan kek raya tahun ni, macam biasa lah baru nak belajar buat biskut dan kek guna oven europa.Memang kena try n error dan kena kenal suhu oven tuu,, bukan boleh ikut resepi bulat bulat dari buku atau internet sebab oven ada bermacam jenama di pasaran. Memang menguji tahap kesabaran jugak,, hihihi kadang kadang ok dan ada juga hangit atau terlebih masa pembakaran biskut tu.


 Pada sayalah, rasanya yang mula mula nak guna oven yang besar macam akak memang kena standby jaga kat tepi oven tuu,, kadang kadang kalau biskut atau kek kita terlebih bakar dalam masa 2 minit pun akan menyebabkan tekstur kuih atau biskut tidak cantik dan kita pun akan rasa frust sangat. So kena berani juga untuk ada modal beli barang  barang bakeri tuu,, bukannya apa sebab barang barang kuih dan mahal kan,,,,cuba bayangkan kalau kita cuba buat kek lapis sarawak dengan bahan bahannya yang terkenal mahal dan lepas tuu tak jadi,,, aduyaiiiii. Ni kes berangan nii,, yelah takkanlah nak buat kek coklat n butter je kan,, nak jugak tukar buat kek yang susah dan rumit,,, nak cabar diri sendiri jugak,, kalau orang boleh kenapa kita tak boleh,,,,,,, hadoii,, hahaha

Jomlah layan gambar nii,,,




kek masam manis berkeju versi bakar,,,,resepi dari amie little kitchen,,http://salamisimon1.blogspot.com/2013/05/kek-lapis-keju-masam-manis-haw-flakes.html



kena ikut step by step ye,,,,



Setelah di cucuk dengan garpu untuk mengeluarkan angin pada kek,, kita tekan pulak dengan penekan kek seperti  di atas dan setelah itu barulah diletakkan asam keping dan dilapis pulak bergilir gilir dengan warna hijau dan kuning.





Beginilah hasilnya, permukaan kek dah nampak masak dan kekuningan,,, memandangkan ni kali pertama akak buat versi bakar dalam oven so kena standbylah kan kat tepi oven tuu n tengok tengok lapisan kek tu takut hangit ke tak,, hihihi,,

Bukannya apa dik,, kalau hangit dan lapisan tak masak mesti kita rasa frust n rugi sangat sebab bahan bahan untuk buat kek lapis ni mahal ooo,, ada berani mau buat tak,,,lagi satu memang dari segi masa tu tak boleh nak kata apalah,, memang kena bagi anak kecik kenyang makan dulu baru boleh fokus buat kek lapis melapis nii.

Inilah dia hasilnya kek lapis asam manis berkeju,,,,kena rajin melapis lagi nii  barulah nampak cantik dan kemas lagikan,,,,jangan tahun depan nak raya baru nak buat lagi seketul kek camniii,, hahaha bilalah akak nak pandai melapis kalau macam tuu,,,


yang ni pulak baru nak belajar buat kek lapis sarawak,, memang terkedek kedek sambil tengok buku resepi,,,




Kali pertama nak buat kek lapis sarawak,, memang teruja terus akak nak buat kek yang susah, kena buat lapisan tengah dulu,,,



lepas tu sapu jem di bahagian dasar kek, ambik inti kek lapis yang dah siap tuu dan letak kat kek yang dah disapu jem tadi,,, lepas tu sapu jem balik,,,

Lepas tu tutup dengan lapisan kek,, grill dengan api atas hingga masak dan buat lagi selapis demi selapis hingga habis.

Gambar lupa nak ambik pulak ,, tengah syok sendiri tetamu puji sebab kek lapis cantik dan sedap,,, tup2 belum ambik gambar kek dah habis.



yang ni pulak kek marble coklat kuning untuk dibawa pulang beraya makan bersama adik beradik dan ipar duai,,, taklah susah membuatnya,, senang aja.





nak tunjuk jugak kek coklat sempoi masa harijadi arissa sebelum puasa haritu,, simple dan sedap ambik dari resepi chef hanieliza


Gaya seorang chef popular sibuk di dapur,,



Semestinya kena bagi adunan kecik untuk si farhan menerap biskut,, experimen tuuu,,



Farhan siap tabur gajus lagi,,,



Gaya farhan dan syahirah menolong buat biskut raya,, berkecah dapur nasib baik buat biskut kalau kek sarawak,,, tak tau nak kata apa hihihi,,

Ok bye2 semua, assalamualaikum






Selasa, 5 Ogos 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1435 H

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan pembaca blog sekelian. Masih dalam mood beraya lagi kan,,saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua pembaca blog WN, rakan taulan, saudara mara  dan kepada semua yang mengenali saya. Ampun dan maaf di pinta andai kiranya saya terkasar bahasa serta kata kata selama mula berbloging di alam maya ini. 

Tidak dilupakan juga marilah kita sama sama sedekahkan Al- Fatihah kepada kaum keluarga yang telah tiada, begitu juga dengan para penumpang dan anak kapal MH 17 yang telah terhempas di Ukraine pada 17 julai lepas dan juga saudara kita di bumi Palestin yang telah terkorban akibat kekejaman rejim Zionis.

Tidak ketinggalan juga semoga pasukan petugas keselamatan negara yang menjalankan tugas siasatan di lokasi kejadian di Ukraine selamat menjalankan tugas mereka dan selamat kembali ke tanahair.