Rabu, 8 Oktober 2014

Koleksi Buku Resepi

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog WN. Terima kasih kerana masih sudi bertandang ke sini. Dah lama saya tak up date blog,, hahaha bila kemalasan melanda , beginilah jadinya. Jom tengok koleksi majalah saji dan buku buku resepi yang dah lama terperap dekat store. Bila dah suka masak dan buat roti, kek dan biskut mulalah tercari cari buku resepi. Aduyai bila masa pulak saya terbeli buku buku resepi yang pelbagai ni sampai diri sendiri pun dah lupa. Kalau majalah saji tu memang saya kumpul dari zaman bujang dulu sehinggalah sekarang,,, percaya tak,,, kumpul je tapi masak dan mencubanya boleh dihitung dengan jari, Kikiki.

Bila  usia meningkat lebih dewasa dan anak anak pun dah besar dan tau memilih makanan,,, so kenalah rajin betul tak,,, takkanlah tak nak memajukan diri,, masak pun kenalah tukar2 tukar menu, jika menu yang serupa saja berulang ulang,, kita yang memasak ni pun boring,, haha. Jomlah layan gambar,,



Banyak ke,,,,,,,,  kalau dahulu beli buku resepi hanya untuk suka suka baca je,,, sekarang ni baca dengan minat sambil menghafal setiap resepi,,,percaya tak,,,,




Tak sangka dapat kumpul buku masak pak engku ni,, dulu beli sebab suka tengok gambar pinggan lama dihidang dengan makanan dan lauk pauk yang sedap sebab tu saya beli,, sekarang ni kat MPH dah takde dah buku pak engku ni,,, kualiti buku sangat bagus dan resepi pun macam ok je,, hihihi belum try lagi resepi dalam buku ni,,errr bila nak cuba nii,,,








Dulu memang minat makan kek lapis sarawak sebab sedap dan nampak cantik,, lagipun dulu dulu emak memang ambik tempahan buat kek lapis betawi n lapis surabaya,,, konon nak ambik semangat buat kek lapis dari emak , sebab tulah beli buku kek lapis ni,, buku dibeli dari tahun 2009  dan selepas lima tahun buku bertapa kat store , alhamdulillah raya puasa tadi baru buat kek lapis sarawak guna resepi buku ni,,, sebenarnya bukannya apa, dulu takde oven besar nak masuk loyang kek segiempat pun tak muat, sekarang ni bersyukur sangat lepas dah beli oven europa bolehlah buat kek lapis. 






Buku dari chef wan ''sedapnyaaa'' tu ialah buku resepi masakan yang pertama akak beli selepas berumahtangga, hihihi kalau 15 tahun dulu nak keluarkan duit rm60 hengget rasa macam mahal je, yelah kerja pun biasa2 aje kan,,,memang suka tengok gambar dalam buku tu terutamanya pinggan mangkuk, teko, kuali dan sebagainya tapi mencubanya  ngakk pernah,, teruk kan,,, laa ni baru nak baca resepi dalam buku ni balik rasa macam best jee,, inshaallah nak cuba jugaklah resepi chef wan ni,,, rasa sangat bertuah sebab buku ni dah berada dalam koleksi resepi buku masakan saya,, haritu jalan satu hari kat kedai buku , dah takde dah buku lama lama niii,,, emmm mana nak cari,,, kat online pun semua kedai yang top2 tu pun dah takde stok,,,





Buku masakan dari asmah laili ni memang tebal dan sangat cantik gambarnya dari depan,, tergudassss lagi tak silap dulu pun beli tahun 2009, beli sebab suka tengok gambar lauk pauk , kuih, biskut dalam buku tu,,,, masih belum mencuba lagikkk resepi dalam buku nii,,,,, sayang ohhhh, nak buka pun pelan pelan, dah siap bersampul lagi, hahah,, rege macam biasalah janji puas hati dengan kualiti buku, hard cover kan,,,,masih tak cukup lagi 2 siri, ade sesiapa kawan kawan yang boleh tolong tak,,,,,





Buku dari penyanyi nora je yang akak dah pernah try resepinya iaitu kek coklat moist sedap dan sangat sesuai dengan oven microvave convection saya yang bulat tu,,,




Sebahagian koleksi majalah saji mengikut tahun dari zaman anak dara ke mak dara,,, macam macam campur rojak pun ada,, majalah rasa, kamus, jelita,,,,




Ok yang 3 buku di bawa ni memang tersangatlah WANTED,,,,untuk melengkapkan koleksi akak yang tak lengkap, jika ada kawan kawan yang terjumpa di mana mana kedai jangan lupa beritahu akak ye,,,nak jual pun boleh,,, 


Buku dari asmah laili,, depan buku gambar ayam dan gambar puding,,,ada lagi ke buku ni kat pasaran malaysia errr,,,,,




Kedua dua buku chef wan ni memang saya tengah cari, tak jumpa lagi buku ni ,, nak cari dalam bahasa malaysia ye kawan kawan, tak reti orang putih, hihi,,,,

Ok, salam mesra semua, bye.

2 ulasan:

  1. rajinnyer ainaaaa ...hihihihi dedulu selalu gak beli buku..sekarang akak dah slow..

    BalasPadam
  2. wasalam kak aida, terima kasih kak kerana sudi bertandang ke WN. Buku tu kebanyakannya buku yang dibeli 5 tahun yang lepas kak bersama sama dengan bermulanya hobi kumpul PML tahun 2009, lepas tuu dah jarang beli buku sebab dah terlebih soping PML, sekarang ni lepas terjebak dengan dunia masakan semakin rancak beli buku kak aida, hihi.

    BalasPadam