Salam 16 ramadan kepada semua pembaca blog WN. Dah habis soping untuk raya ke,,,, saya tak habis lagi soping. Kasut dan sandal untuk anak anak dan diri sendiri pun tak beli lagi. Rasanya hujung minggu ni nak habiskan soping persiapan untuk keperluan raya so malam tujuh likur "lailatul qadar" nanti boleh fokus untuk tambahkan amal ibadat.
Jom layan gambar semasa berbuka puasa ni. Masa ni emak mertua dan adik ipar datang ke rumah. Seronok sakan anak anak bila nenek datang ke rumah. Macam macam permintaan budak budak nii nak suruh nenek masak lauk kegemaran mereka. Hahaha. Saya pun tumpang sekaki dan belajar sekali macam mana nak masak sesedap air tangan emak.
Seronok pulak rasa sekali sekala duduk makan di atas tikar, kann hihihi maklumlah rumah saya ni kecik aja jadi bila adik beradik bertandang memang tak muat kalau semua orang nak duduk makan kat atas meja,
Papa, amir, farhan dan cik mat sedang menikmati juadah berbuka. Si danish pulak sibuk nak duduk dengan nenek berhimpit hempit. Alahai,,, mama, arissa, nenek , mak usu dan anak anak duduk di atas tikar.
Keesokan harinya,, giliran saya memasak dan diberi markah oleh emak,, lulus ke tak untuk lauk pauk yang di minta oleh budak budak ni dari segi rasa ajelah,, gaya persembahan tidak dikira. Bukan ranncangan master chef daa,,,.kikiki.
Lauk yang di beri markah hanya untuk asam pedas dan sambal udang aja. Yang lain lain tidak dikira. Agar agar santan gula melaka tuu saja suka suka nak buat,,, rasa sedap pulak,, selalu budak budak tak suka makan, tapi time puasa ni laku pulak. Roti john beli kat pasar ramadan. Nampak sedap tak kawan kawan lauk pauk nii,,,, emm saya nii bukanlah pakar memasak setakat masak simple2" ok lah. Kalau masak untuk kenduri kendara memang out of order".
Kedua dua lauk nii,,, di beri markah lulus oleh emak hahaha,, tak taulah berapa persen janji lulus.
Bila dah siap dihidang sebegini,,, biginilah gaya si farhan dan syahirah,, asyik terjenguk jenguh kat dulang tuu,, bilalah masa nak berbuka puasa nii,,, syahirah pulak asyik nak memegang sudu aja,, agaknya dia pun pelik sebab tak pernah tengok makanan dalam dulang dan letak di lantai. Apalagi tuan tanah kedaung pun mulalah menjerit,,, sabar ajalah bulan puasa kan,,,,,
Ok bye, jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan