Isnin, 22 Julai 2013

Berbuka Puasa di Kampung

Salam 13 ramadan kepada semua pembaca blog WN. Semoga sahabat sekelian sentiasa sihat walafiat hendaknya di sepanjang bulan ramadan yang mulia ini. Dah lama rasanya saya tak update blog ni walaupun beberapa hari ditinggalkan.Rasa seronok pula bila tengok angka bilangan pembaca WN semakin meningkat dari sehari ke sehari. Yelah siapalah saya ni, seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang tidak pandai mengarang ayat ayat yang cantik dan puitis, hanya sekadar bahasa yang simple" saja yang saya coretkan. Jutaan terima kasih kepada rakan rakan pembaca semua yang sudi membaca blog WN.

Hari sabtu dan ahad lepas, saya sekeluarga pulang ke kampung di Batu Pahat. Semestinya bila bulan puasa memang kami tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa bersama bapa dan emak dan ahli keluarga yang lain di kampung. Kalau nak tunggu cuti raya tuu, rasa lambat sangat nak balik kampung. Bila dah berkumpul bersama keluarga di kampung, rasa seronok sangat. Kalau masa sahur tu,, emak boleh hidangkan dan masakkan makanan yang kita suka. Hihihi apalagi budak budak nii,, makan bertambah lah,, nenek masak sedap sedap. Seronok tengok gelagat anak anak makan. 




Tengok tuu begitu berselera sekali budak budak ni makan bersama atuknya.  Untuk orang perempuan , saya, emak dan kakak berbuka puasa di meja dapur. Hahaha tak cukup ruang pulak, biasalah kan kalau time puasa tuu memang penuh satu meja dengan makanan dan anak anak pun masing masing dak siap sedia duduk kat kerusi. So kaum ibu kena bagi peluang lah kat anak anak lelaki ni untuk makan bersama atuknya.
Masa berbuka ni, si Farhan dan sikecik Syahirah tertidur lak. Kalau tak lagi kecoh dengan gelagat budak berdua tuu. 




Macam macam lauk ada, ada yang emak masak dan ada pula yang dibeli di pasar ramadan. Itu tak termasuk lagi dengan kuh muih, roti john, bubur lambuk yang jiran jiran bagi. Yang tuu kami letakkan di meja dapur. 




Tengok tu, kakak saya ni baru je balik dari kerja. Agaknya tengah fikir nak makan apa,,, bubur lambuk, soto ayam, roti john, nasi, dll,,. Biasalah kan, adik balik sesekali,, kenalah belanja makanan lebih sikit. Kikiki. 


Seronok kan,,,,Rasanya memang sesuai kalau dekat rumah kita ada dua meja panjang. Haaaa, penuh makanan beratur. 



Ok, kita jumpa lagi.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan